Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
peminat tegar Apple sudah pasti menunggu kehadiran gajet terbaru. Apple memperkenalkan tiga jenama iPhone baru pada 12 September 2017 lalu. Tiga model baru termasuk iPhone 8 dan 8 Plus, yang mempunyai pemproses lebih cepat dan kamera yang lebih baik daripada model lepas iPhone 7.
Dan kini anda boleh mengecasnya secara wireless.
Paling mengejudkan persaing sempena ulang tahun ke sepuluh, Apple juga telah melancarkan iPhone X, telefon pintar yang berharga USD999. iPhone X pada dasarnya cuba memasarkan sebagai alat dari masa depan yang tiba sedikit lebih awal. Ia adalah iPhone pertama yang mempunyai skrin OLED. iPhone X datang dengan perubahan lain seperti butang ‘home’, ciri baru Apple yang dipanggil Face ID.
Face ID ini yang mengimbas wajah anda untuk membuka kunci iPhone dan bukannya kaedah sentuhan tradisional yang masih digunakan pada iPhone 8 dan 8 Plus .
Perbezaan iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8Plus
Melihat senarai perkakasan pada iPhone baru, jelas bahawa model iPhone 8 nampaknya ‘lebih segar’ daripada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan beberapa tambahan spesifikasi.
Begitu juga untuk sistem penyimpanan. Seperti iPhone 8, terdapat hanya dua pilihan storan pada iPhone X iaitu 64GB dan 256GB. iPhone X 64GB akan dijual dengan harga USD999 (kira-kira RM4,200) dan model 256GB mencapai harga USD1,150 (kira-kira 4,840). Ia akan dijual di Amerika Syarikat mulai 3 November 2017.
IPhone X mempunyai skrin OLED dari sudut tepi, teknologi pengenalan wajah dan paparan yang lebih bersemangat dan jelas daripada model lain. Tetapi ianya tidak terlalu berbeza daripada iPhone 8 atau iPhone 8 Plus yang lebih besar. Kedua-dua telefon mempunyai cip Bionik A11 yang sama, boleh menyokong aplikasi realiti bertambah serta kalis air dan habuk.
Persamaan iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8Plus
Ada juga persamaan ketiga-tiga model iPhone baru ini iaitu:
- Pemproses yang sama: A11 Bionic
- Kamera 12-megapiksel utama yang sama
- Kamera selfie 7-megapiksel yang sama
- Keupayaan rakaman video sama: 4K pada 60, 30, dan 24FPS. 1080p slo-mo pada 240FPS
- Pengecasan tanpa wayar
- “Kaca paling keras yang ada di telefon pintar, depan dan belakang.”
- IP67 air dan rintangan debu
- Kecerahan skrin maksimum sama
- Sentuhan 3D
- Pengecasan pantas
- Penyimpanan 64GB atau 256GB
Kaehadiran iPhone terbaru di Malaysia ini sudah pasti dinantikan oleh peminat-peminat tegar Apple. Berikut adalah kemungkinan harga iPhone 8 di pasaran Malaysia pada 20 Oktober 2017 nanti.
Bagaimanapun anda boleh membuat tempahan iPhone 8 dan 8 Plus melalui laman Apple bermula 13 Oktober ini.
Harga Iphone 8 dan Iphone 8 plus di Malaysia
iPhone 8 64GB – RM3649
iPhone 8 256GB – RM4399
iPhone 8 Plus 64GB – RM4149
iPhone 8 Plus 256GB – RM4899
Bagi peminat iPhone, pilihan yang bijak pasti memberikan kepuasan maksimum sama ada membeli iPhone X, iPhone 8 atau iPhone 8Plus.
66 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
sampai 15 juta lebih kalau rupiah luar biasa harga smartphone ini ck ck bisa buat pusing
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Fuhhhh…Apple ni betul-betul menekankan ciri-ciri keselamatan pemilik iPhone rupanya… dgn penambahan feature baru iaitu Face ID ni rasanya lagi bertambah la jumlah peminat iPhone ni…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare Review
Iklan iPhone 8 banyak kali lalu di FB dan Adwords nak suruh pembeli tempah sekarang juga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Fuh !! Laju betul teknologi upgrade.. penat juga nak mengejarnya hehehe.. =)
Kalau tak ikut perkembangan, teknologi akan tinggalkan kita tanpa sedar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Dulu teringin juga nak pakai Iphone. Sampai sekarang tak pakai lagi.
Cepat betul model Iphone ni keluarkan..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
Pakai bila perlu sahaja, sebab bukan semua fungsi iPhone diguna selalu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Ramai yang tak sabar menunggu kedatangan model terbaru dari Apple yang tampak lagi mantap, moden dan bergaya.
cepat betul masa berubah dan perdearan zaman pantas berlaku…baru berapa tahun sahaja dah mcm mcm keluar produk iphone ni.. hmm
Curahan rasa Produk Jenama Sendiri @ ..Hello world!
Comments are closed.