iPhone 5 gadget impian

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah lebih sebulan aku menggunakan iPhone 5 memang ada kelainan dengan siri iPhone yang sebelumnya. Guna iPhone 5 sorang-sorang macam tak best je tapi kalau nak kongsi dengan semua, ramai sangat pulak yang berminat pasti tak termampu. Untuk itu aku akan membuat pemilihan berdasarkan tugasan yang disediakan. Rakan Blogger yang berjaya dalam tugasan yang disediakan akan berjaya mendapat iPhone 5 impian.

Tugasan

1. Pasang button G +1 di blog anda. Kalau dah pasang baguslah. Blog tanpa button G +1 automatik terkeluar daripada saingan. (Rayuan tidak diterima). Cara pasang button G +1 boleh cari di entri-entri lama Denaihati.

button G +1

2. Buat satu entri tentang iPhone 5 dengan tajuk “iPhone 5 gadget impian” yang kandungannya :

  • Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.
  • Tuliskan kenapa anda minat sangat iPhone 5.

3. Tinggalkan link entri iPhone 5 anda di ruangan komen dan terbaik gunakan CommentLuv.

4. Jadikan entri iPhone 5 anda sebagai Sticky Entry selama tugasan berjalan.

Tarikh Tutup Penyertaan

11.59 pm, 6/11/12.

Tarikh Tutup Cabaran

Akan dimaklumkan kemudian

Syarat-syarat

1. Terbuka kepada semua Rakan Blogger setia Denaihati.

2. Entri boleh ditulis dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.

3. Penganjur boleh mengubah syarat bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Hadiah

1. iPhone 5 Baru, warna hitam/putih, 16GB.

iPhone 5 Malaysia

2. Hadiah saguhati akan diumumkan kemudian setelah mendapat pengesahan daripada beberapa penaja. (Geng-geng yang ada eBook tak teringin nak sponsor ke???).

Minta kerjasama kepada semua Rakan Blogger tidak tinggalkan komen selain daripada link penyertaan. Komen yang tidak berkaitan akan di delete untuk memudahkan pengurusan.

Sebarang pertanyaan, info terkini dan senarai penyertaan boleh lansung ke Group Denaihati Network (Kalau belum jadi ahli just apply).

Comments

  1. says

    Hari ini adalah hari pengumuman kontes ini. Tahniah kepada pemenang yang mendapatkan rejeki iPhone 5 ini.
    Terima kasih pula kepada sahabat Denaihati yang menganjurkan kontes ini sehingga persahabatan antara keseluruhan peserta semakin terasa.
    Selamat berjuang seluruh sahabat peserta kontes di hari akhir ini
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Memberi Nama Baik Untuk AnakMy Profile

Trackbacks

  1. […] Contest iphone 5 pondok kecil tengah tunggu keputusan. Contest blog popular, pondok kecil dapat hadiah. Boleh la duit tu dikumpulkan untuk membayar domain. Huahuahua. Tak banyak tapi padan la dengan usaha. Contest 2012 tahun yang kacak, pondok kecil dapat hadiah saguhati. Itu pun berbaloi juga dengan usaha. Tu jer yang mampu pondok kecil usaha kan untuk contest SEO pada penghujung tahun 2012. […]