IKEA Meatball HALAL ke

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu makanan HALAL dan HARAM ni memang sensitif. Belum habis kisah Kluang Rail Coffee Halal Ke keluar pulak kisah meatball IKEA tak halal. Blog denaihati ini memang menjadi perhatian untuk isu HALAL dan HARAM terutama status kopitiam. Kalau ditengok entri paling banyak trafik di blog ini adalah Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM yang telah dikunjungi oleh 98361 pelawat dan mempunyai 401 berbagai komen yang marah, beri cadangan dan sebagainya.

Meatball sedapnya - sumber google
Meatball sedapnya sumber Google

Secara peribadi aku pernah ke IKEA Malaysia dan memang penuh cafe sehingga nak cari tempat duduk pun susah. Ketika melihat produk yang dijual seperti meatball dan sausage memang ada tanda tanya kehalalannya. 2-3 hari ini berita status halal meatball di IKEA telah berantai di Facebook, Twitter dan Blog.

Mengikut kenyataan En. Roslan juru bicara IKEA yang dipetik dari blog Yanmieonline menyatakan status meatball IKEA haram adalah tidak benar. Menurut En. Roslan IKEA meatballs mempunyai sijil halal dari JAKIM cuma tidak dipaparkan ditempat awam. Walaubagaimanapun cafe IKEA telah ditutup kerana terdapat produk lain yang bermasalah. Untuk maklumat terkini pembaca boleh lansung melayari blog Yanmieonline.

Semak status Halal Jakim online dan SMS @ Halal Jakim

[ad#eQurban300]


Spread the love