Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru ini aku telah dijemput oleh Hyundai Malaysia ke majlis pembukaan Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd di Shah Alam. Selepas mesyuarat bersama team Denaihati Network aku, Jaws dan Eizil bergegas ke lokasi majlis. Alamat yang dituju Lot 7960, Jalan Batu Tiga, (Off Jalan Subang), Subang, cuba guna Google Maps iPhone 4S dan Samsung Galaxy Tab 10.1 tapi gagal dikesan. Setelah berputar-putar di Batu Tiga, Shah Alam dan Glenmarie lebih 50 minit akhirnya sampai juga setelah mendapat pedomanan daripada Staff Hyundai-Sime Darby Motors, Glenmarie.

Selain Denaihati rupanya ramai lagi Rakan Blogger yang dijemput iaitu Kujie2.com, Yanmieonline.com, Puanbee.com, Hatisamronkin.com, Fazreen.com, Benashaari.com dan ramai lagi lah. Paling menarik rupanya inilah kali pertama pertemuan antara Eizil dan Kak Jie yang memang dah biasa bekerja sama. Samalah macam kes aku dengan Ariffshah yang hanya bersua muka setelah bertahun bekerjasama. Memang best bila dapat berjumpa dengan Blogger hebat ni.

Rakan Blogger Hyundai

Seperti Sharp rupanya Hyundai juga adalah penaja utama Euro 2012. Aku memang tertarik dengan design kereta Hyundai ini dan antara kereta yang banyak kelihatan di Europe semasa kembara musafir Europe. Model paling baru yang dilancarkan oleh Hyundai adalah Elantra memang bergaya sesuai dengan slogannya ‘New Thinking, New Possibilities’. Mungkin kerana itu semakin banyak kereta jenama Hyundai kelihatan di atas jalan raya Malaysia.

Suasana dalam Pusat 3S Sutera Gemilang Auto

Beruntung sangat kepada pemilik kereta Hyundai di Shah Alam dan sekitarnya kerana dengan adanya Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd dapat membantu meningkatkan prestasi kereta mereka. Konsep Pusat 3S Sutera Gemilang Auto memang jauh berbeza dengan pusat servis yang biasa kita pergi. Dengan luas ruang 31,500 kaki persegi, pusat ini menyediakan 9 buah tapak penyelenggaraan untuk kenderaan pelanggan dalam satu-satu masa. Paling best ada ruang pemandangan bercermin yang membolehkan pelanggan melihat kereta yang sedang diselenggara.

Sutera Gemilang Auto menyediakan ruang rehat untuk pelanggan sementara menunggu kereta diselenggara dengan kemudahan wifi, televisyen , komputer, mesin air (panas dan sejuk ) , ruang kerja juga taman mini untuk pelanggan yang membawa anak-anak. Bolehlah Rakan Blogger menulis blog sambil menunggu kereta di selenggara.

Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

Untuk kemudahan pelanggan yang tak banyak ada pada pusat servis yang lain, Sutera Gemilang Auto akan menyediakan Perkhidmatan Drop off Key yang membolehkan pelanggan meninggalkan kenderaan mereka di pusat service tersebut. Untuk tujuan tersebut, perkhidmatan shuttle percuma setiap jam disediakan ke Citta Mall atau mana-mana sahaja dalam lingkungan 15 kilometer dari Pusat 3S Sutera Gemilang Auto.

Pusat 3S Sutera Gemilang Auto dibuka setiap hari termasuk bahagian penyelenggaraan.

Hari bekerja – 9 pagi – 8 malam
Hujung minggu dan cuti umum – 10 pagi – 6 petang

Hubungi Sutera Gemilang Auto untuk mendapakan segala maklumat semasa lagi pun sekarang Pusat 3S Sutera Gemilang Auto menawarkan promosi diskaun sehingga 10% bagi kos buruh dan alat ganti juga perkhidmatan mencuci kereta secara percuma.

No. Telefon (Jualan) : 03- 7832 4888 / 7832 4444
No. Telefon (Penyelenggaraan): 03- 7832 4333/ 7832 4555

Maps ke Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd (arah ke U6 Shah Alam).

Laman Web Rasmi – Hyundai
Facebook Page – Sutera Gemilang Auto


Spread the love

124 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!