Hijrah Artis Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak. Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal. Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.

Hijrah Artis Malaysia

Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.

Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan. Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.

Hijrah Abby Abadi

Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.

Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.

---

  1. berhijrah kepada kebaikan harus disegrakan semoga banyak artis Disini yang berhijarah juga
    Entri terbaru munir ardi – ways to making soupMy Profile

  2. Penghijrahan bagus. Tapi masa membuat kenyataan pastikan hanya dalam skop tertentu yg kita tahu, skop2 tentang hukum hakam fekah biar diserah kepada pakar. Komen saya merujuk kepada komen Abby baru2 ni yg byk menyentuh hal2 di luar bidang pengetahuan beliau, walaupun ada benarnya kenyataan beliau sebaiknya jgn sampai terlibat dalam perdebatan hukum hakam. Ambillah skop2 lain tentang dakwah dan penghijrahan. Ia lebih sesuai dengan tempoh penghijrahan beliau yg dianggap terlalu baru.

  3. Inti hijrah kepada Alloh ialah dengan meninggalkan apa yang dibenci Alloh menuju apa yang dicintai-Nya.
    Entri terbaru Bang Iwan – Clara Schumann : Pianis Legendaris Jerman di Logo Google Hari IniMy Profile

  4. semoga mereka teguh dalam Iman
    Entri terbaru smp3lembang – London 2012 Fencing/ Anggar di Olimpiade London Logo Google Hari iniMy Profile

  5. steady klate. zaman gemilang b.sepak klate
    Entri terbaru drsuri – rawatan alternatif di shah alamMy Profile

Artikel pilihan...close