Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua lagi kes terbaharu Novel Koronavirus (Covid-19) dikesan di negara ini.
Kes ke-24 ialah wanita berumur 41 warga Jepun yang bekerja di Malaysia kini dirawat di HKL
Kes ke-25 ialah lelaki 54 tahun warga Itali yang berkahwin dengan warga Malaysia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
#COVID19 Situasi terkini di Malaysia pada 28 Feb.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 28, 2020
1. Dua kes baharu iaitu kes ke-24 kini dirawat di HKL dan ke-25 dirawat di Hops. Sg Buloh.
2. Kerajaan kenakan sekatan sementara pelancong dari Korea Selatan.
3. Kaunter khas Imigresen bagi pelawat dari Jepun, Itali dan Iran. pic.twitter.com/JHrEzWe2bn
Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus
Kaunter khas Imigresen bagi pelawat dari Jepun, Itali dan Iran.
Sebelum ini, 22 pesakit COVID-19 daripada 23 orang yang disah positif di negara ini telah sembuh dan discaj.
Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun pada 23 Februari dan kemudiannya mengalami demam.
2 Comments
Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan wabak penyakit COVID-19 sekarang ni ,
Tambahan pula , ank2 kecil yang mempunyai antibodi yang lemah akan mudah terjangkiti dengan pelbagai penyakit .
Curahan rasa sakinah @ ..Kedai Bayi dan Farmasi Jual Balm Tasneem di Johor
kalau sudah tahap positif memang perlu berjaga-jaga nie.
susah kalau sudah merebak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bagaimana kita mencari titik perubahan
Comments are closed.