Genneva Pelaburan Emas jadikan pengajaran

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, enam individu antaranya pengarah dan pengurus besar syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai hampir RM5.5 bilion, dua tahun lalu. (27/9/13)

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS

Emas memanglah salah satu sumber menambah pendapatan seperti telah diterangkan dalam entri sebelum ini “Emas dan Perak Sumber Pendapatan Sampingan“. Terbaru pakar ekonomi menjangkakan harga emas akan melangkaui USD2000 atau RM6,158 se ounce dalam tempoh dua tahun. Memanglah sangat menarik untuk berinvestasi dengan emas.

Pada tahun 2005 aku telah didatangan oleh seorang teman yang mengajak untuk berinvestasi emas. Oleh kerana belum pernah mencuba jadi aku mengambil peluang yang diberi. Mengikut cerita sahabat tersebut pelaburan emas tersebut mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM). Dengan modal RM10,000 aku mendapat empat jongkong emas dengan pulangan 3% sebulan. Selepas 4 kali aku mendapat pulangan 3% sebulan syarikat tersebut telah diserbu oleh BNM kerana tidak mengikut peraturan perniagaan yang telah ditetapkan oleh BNM. Sehingga sekarang tak tahu apa jadi pada syarikat tersebut dan aku menghadapi masalah untuk mendapat modal semula kerana ketika join dulu empat jongkong emas yang aku dapat dinilai melebihi nilai harga pasaran. Ketika itu kalau nak jual balik hanya dapat RM3500 sahaja.

Selepas peristiwa tersebut banyak lagi syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh BNM dan harta syarikat dibekukan antaranya Golden Bright Sdn Bhd. Yang terbaru adalah Genneva Malaysia Sdn Bhd bersama dengan tiga syarikat yang lain.

Genneva Malaysia Sdn Bhd

Aku juga telah didatang beberapa orang kawan yang menawarkan peluang pelaburan emas syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd tetapi tidak tertarik atas sebab

1. Menggunakan nama Bank Negara Malaysia secara berlebih-lebihan.

2. Mana-mana syarikat yang berdaftar di Malaysia yang memberi pulangan pelaburan bulanan pasti akan diambil tindakan oleh BNM samada cepat atau lambat.

3. Jongkong emas yang diberi dinilai pada harga yang terlalu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli balik pada harga yang terlalu rendah seperti ada unsur cekek darah. Contohnya kalau harga emas dipasaran 1 gram RM185 tetapi dinilai oleh syarikat sehingga RM250 dan beli balik pada harga RM145.

Sekarang ini ramai pelabur Genneva Malaysia Sdn Bhd yang mengeluh kerugian kerana kehilangan sumber pendapatan katanya. Aku dapat tahu ada pelabur emas bukan sahaja di Genneva Malaysia Sdn Bhd yang berhenti kerja dan tidak buat aktiviti lain untuk menjana pendapatan setelah mendapat pulangan bulanan daripada pelaburan emas yang mereka sertai.

Berhenti kerja dan mengharap seratus peratus pulangan daripada pelaburan emas adalah konsep yang salah. Pelaburan emas adalah salah satu cara mendapat pendapatan sampingan. Seandainya kita telah mendapat pulangan walau sebanyak dan sebesar mana pun … kita mesti berusaha mencari pendapatan daripada sumber-sumber yang lain. Bukankah mendapat income dari berbagai sumber itu lebih baik daripada mengharap hanya daripada satu sumber. Pelaburan pasti ada risikonya jadi jangan mengharap seratus peratus daripada satu pelaburan.

Sepatutnya dengan pulangan lumayan yang diperolehi daripada pelaburan emas tersebut boleh digunakan untuk menjana pendapatan lain. Contohnya seorang teman telah menggunakan hasil pendapatan untuk membeli emas fizikal yang kemudian diletakkan di Ar Rahnu, Bank Rakyat. Ada rakan lain yang menggunakan keuntungan untuk jual beli saham di BSKL. Ada juga yang membeli property untuk disewakan tapi jangan pulak beli property super mahal sebab susah nak disewa atau dijual balik.

Kalau bijak memang boleh kita kembangkan keuntungan pelaburan dan bolehlah bersara awal seperti Blogger Ini atau Blogger ini yang ada berbagai sumber pendapatan.

Ingat kata-kata orang tua “Dengar guruh di langit, Air di tempayan dibuang jangan”. Apa sahaja pelaburan sekecil mana pasti ada risikonya dan kita perlu bersedia apabila menjejaki kaki dalam dunia pelaburan. Jangan takut untuk melabur tetapi mesti melabur ikut kemampuan risiko.


Spread the love

143 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!