Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
harini ini dan esok, Global Entrepreneurship Community 2016 sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, dua hari yang penuh dengan pelbagai sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh penceramah dari dalam dan luar negara.
Acara yang diadakan percuma ini memberikan pendedahan dan peluang untuk bertemu usahawan-usahawan pelbagai industri termasuk yang bergiat cergas dalam platform digital. Banyak perbincangan mengenai bagaimana perkembangan industri dan apa yang perlu dipersiapkan oleh para usahawan menjelang tahun 2017.
Belajar daripada pengalaman usahawan dari seluruh dunia
Acara ini diadakan dengan menjemput usahawan-usahawan besar dari dalam dan luar negara berkongsi bagaimana mereka bermula dan berkembang menjadi syarikat yang bernilai billion dollar. Sebagai usahawan yang baru bermula atau sedang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing, menghadiri program seperti ini akan memberikan kita sudut pandang yang berbeza.
Sekiranya kita berada dalam kelompok usahawan yang sama sahaja, sudut pandang kita akan terhad kepada pengalaman dan kemahiran kelompok usahawan tersebut sahaja. Ianya tetap mendatangkan faedah, tetapi apabila boleh mengetahui bagaimana usahawan daripada negara luar juga memulakan perniagaan mereka dan berkembang, ianya adalah ilmu yang sangat berharga.
Potensi masa hadapan, persiapan sebagai usahawan
Ada beberapa sesi perbincangan dalam acara harini yang berkisar mengenai perkembangan ekonomi dan potensi perniagaan yang mendatang. Perkara yang perlu kita persiapkan diri, apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk mengembangkan perniagaan dan ada banyak lagi tips-tips keusahawanan yang dikongsikan.
Barisan usahawan-usahawan hebat yang berkongsi sepanjang 2 hari ini memang mengagumkan, pengalaman mereka yang luas dalam bidang keusahawan, pengurusan, pemasaran dan banyak lagi semuanya dikongsikan kepada peserta yang hadir dalam sesi 2 hari ini.
Para usahawan di Malaysia seharusnya mengambil peluang untuk menghadirkan diri ke acara seperti ini untuk mendapatkan pendedahan dunia usahawan pada skala yang lebih besar. Ekonomi digital pasti akan berkembang pesat di Malaysia, banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan perbincangan yang berlaku sepanjang Global Entrepreneurship Community ini.
Tahniah kepada penganjur MaGIC yang menguruskan program di bawah Kementerian Kewangan dan National Entrepreneurship Development Office kerana menyediakan program yang memberi begitu banyak manfaat kepada peserta yang hadir.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
34 Comments
Semuanya hebat-hebat. Kena ambil peluang pergi belajar. Insyallah akan dapat ilmu yang dihajati di sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Bagi yang nak belajar. Peluang yang hadir macam ni jangan dilepaskan. Belajar dari mereka yang dah berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Bagus jika pergi berguru macam ni. Banyak peluang untuk menambah ilmu tersedia sekarang. Sama ada nak atau tak aje.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Mudah mudahan tahun 2017 lebih ramai usahawan muncul di internet untuk berbisnes.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Kesembilan Dari Uber
Amin. Mudah-mudahan ramai yang akan berjaya untuk tahun mendatang. Usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Amin. memang tak mustahil, sama2lah kita berusaha kearah kejayaan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Sifu Bisnis yang mengajar Denaihati kata
Mesti hebat speakers ni kan. Wakil usahawan hebat dari Malaysia ada tak agaknya?
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Umrah Ziarah Turkey Bersama Andalusia (Part 1)
Di Malaysia pun kita ada ramai usahawan internet yg hebat sebenarnya.. contohnya Irfan Khairi.. siap buat academy usahawan internet di Dhubai..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Patrick Chan usahawan internet dari Penang yang byk bagi talk dekat luar negara…
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Tak kurang juga hebatnya sifu Jamal fbads, Tuan Zamri Nayan, tuan Aqif Azizan dan lain-lain..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Zaman sekarang kalau nak hasil yang lebih lagi perlu usahakan untuk kuasai dunia internet juga kerana capaiannya jauh lebih luas. Moga bermanfaat ilmu-ilmu yang diterima daripada speakers tue nanti. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..9 Tips Persediaan Bercuti ke New Zealand Bersama Keluarga 9 hari 8 malam
bertuahnya kalau dapat attend seminar ni, ramai pakar dan jutawan internet berkongsi rahsia kejayaan mereka
Curahan rasa raihanah @ ..Manfaat Glucosamine Dalam Collagen Powder
Tu lah.. kalau kak Raihanah dapat join program ini memang elok sangat..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Dah alang-alang jalankan perniagaan secara full time di rumah.. elok belajar ilmu perniagaan internet dengan lebih mendalam..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
kita bole attend ke seminar ni? ingatkan macam untuk invited atau tertutup je.
Curahan rasa raihanah @ ..Jenis-jenis Psoriasis dan Komplikasinya
fuhhh.. hebat-hebat semuanya dan tak terjangkau income dorang nie.. wajib belajar dengan sifu2 nie
Curahan rasa Amin Hakim @ ..Resepi Popia Nestum Mudah Dan Sedap
Saya rasa merek yg bagi talk ni mungkin dah termasuk dalam senarai jutawan internet..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Program ni berakhir semalam.. siapa yang pergi ke program ini, mungkin boleh share input yang diperolehi sepanjang berada di sana..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Pasti ramai yang berminat nak tahu ilmu yang dikongsikan oleh usahawan internet dari luar negara ini..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Terutamanya bagi rakan-rakan blogger yang berminat nak tambah pendapatan secara online..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Belajar ke yang ahli sangat mempercepat kemampuan kita, saya juga belajar lewat blog ini.
masanya untuk peniaga tempatan cedok ilmu dari usahawan yang dah berjaya diperingkat antarabangsa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Waktu Terbaik Update Instagram
Betul tu saya setuju… Tapi dah ada aktiviti lain pada masa program tersebut diadakan… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
platform untuk menimba pengalaman daripada usahawan-usahawan yang sudah berjaya…sesiapa yang nak jadi usahawan kena rebut peluang ini
Curahan rasa siti hazreen @ ..Ekspedisi Bukit Laka – Program Lepas PT3
Semua orang perlu persiapkan diri sebagai usahawan digital.. tak rugi pun kita belajar berniaga..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Sebab 9/10 rezeki tu datang melalui perniagaan.. kalau kita bekerja makan gaji sekalipun.. bos di tempat kita bekerja juga mungkin menjalankan perniagaan..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Semua usahawan luar ni saya tak kenal.. tapi saya yakin dengan kepakaran mereka..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Semoga dengan kehadiran mereka ke Malaysia dapat membantu para peserta menjadi usahawan internet yang berjaya di peringkat global..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
wah! menarik perkongsian ni, lebih-lebih lagi ianya menjemput mereka yang sudah berjaya di dalam bidang perniagaan. kalau berpeluang, mahu juga sertai. kerna ilmu mereka pasti sangat mahal dan tidak terdapat di mana-mana.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Donald trump lantik bekas eksekutif WWE sebagai Small Business Administration
ya, ilmu yg dikongsikan amat berguna dan memang susah nak dapat, mungkin takde.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ekonomi Digital di Malaysia semakin pesat, sudahkah anda bermula?
Comments are closed.