Facebook memusnahkan rumah tangga

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekadar nak kongsikan kisah yang tertera di Harian Metro yang mungkin boleh menjadi teladan kepada semua yang kaki Facebook tetapi untuk aktiviti yang boleh meruntuhkan keluarga. Kisah ini adalah sebahagian dari ribuan kisah sedih kehancuran rumahtangga akibat salahguna Facebook.

Samseng Facebook – Sistem Trafik Percuma FaceBook!

Berikut adalah kisahnya :

Saya sebenarnya isteri bertuah tetapi tidak tahu menghargainya. Saya berkahwin hampir tujuh tahun lalu mempunyai dua anak. Suami saya baik, penyayang dan sangat mencintai saya, baik dengan anak, tidak pernah tinggal solat, malah boleh saya katakan dia miliki ciri-ciri suami yang susah dicari pada zaman ini. Pada saat kawan lain merungut dan kecewa dengan sikap suami masing-masing yang bermata keranjang, panas baran dan pelbagai sifat negatif lain, saya hanya tersenyum dan bertuah kerana suami tidak bersikap begitu.

Segala-galanya berubah apabila saya menghubungi kenalan pada zaman sekolah yang saya panggil Z melalui facebook (FB). Pada awalnya, saya cuma ingin bertanya khabar tetapi semakin lama semakin melarat. Betul kata seorang ustaz, bila umpan syaitan sudah mengena, yang haram dianggap halal. Daripada berhubung melalui mesej di FB, hubungan kami melarat melalui telefon dan sesekali bila ada peluang, kami berjumpa di luar.

Rahsia Menambat Nafsu Suami – Ebook terbaik buat para isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi

Saya tidak segan lagi mengucapkan perkataan rindu, sayang dan ingin hidup bersamanya. Biasanya kami berhubungan pada tengah malam ketika orang lain tidur. Saya sering memberi alasan kepada suami yang saya lambat tidur untuk menyiapkan kerja pejabat.
Saya mula mengabaikan keperluan batin suami. Saya benar-benar bahagia. Dalam sehari, tujuh hingga lapan kali saya menghubungi Z kerana merinduinya. Saya juga rela menghabiskan wang untuk membayar bil telefon kerana biasanya kami bergayut lama setiap kali ada peluang.

Seks Suami Isteri

Hubungan ini akhirnya dapat dikesan isterinya. Walaupun isterinya merayu supaya tidak mengganggu suaminya, saya tetap teruskan hubungan ini.  Akhirnya perkara ini sampai juga ke pengetahuan suami saya. Ketika membasuh kereta saya, suami terjumpa sampul surat mengandungi foto Z dan surat cintanya. Suami saya hampir pengsan apabila membaca surat berkenaan.

Gandakan Trafik & Prospek 300%

Dia langsung tidak menyangka saya tergamak berbuat begitu padanya. Malah, suami tidak boleh menerima kenyataan saya sanggup memusnahkan rumah tangga orang lain.  Sejak itu, saya benar-benar insaf. Sikap suami terhadap saya mula berubah walaupun sikapnya dengan anak masih sama. Saya juga tidak lagi menghubungi Z selepas itu.

Saya juga beberapa kali menangis di depan suami untuk meminta maaf daripadanya. Walaupun mulutnya berkata maaf, saya tahu dalam hatinya dia belum memaafkan saya.  Suami semakin menjauhi saya dan sering tidur bersama-sama anak. Tolonglah saya Dang Setia, saya benar-benar bertaubat.  Saya tidak mahu kehilangan suami. Dia terlalu baik kepada saya. Kepada pembaca lain, jadikan kisah saya sebagai pengajaran. Kini saya merindui senda gurauan suami. Sehingga hari ini saya belum dapat memaafkan diri saya.

SITI
Kelantan

Aku juga pengguna Facebook tetapi untuk promosi produk dan blog serta berkomunikasi dengan keluarga dan teman-teman bila perlu. Aku telah berjaya menjual produk bernilai berpuluh ribu ringgit dengan mengiklankan di Facebook. Facebook boleh diibaratkan seperti pisau kalau diguna untuk baik maka baiklah hasilnya tetapi jika digunakan untuk buruk maka buruklah hasilnya.

Mungkin teman-teman mempunyai pengalaman baik buruk menggunakan Facebook yang mungkin ingin dikongsikan sebagai pengajaran kita bersama.

60 Comments

  1. hmmm…isteri curang? Mesti gak ada sebabnya…memang kekadang suami baik hati…tapi pada masa yang sama sikap dan prihatin suami terhadap isteri tidak lagi sama seperti dulu…belaian kasih sayang tidak lagi seperti dulu..mungkin tumpuan suami lebih kepada anak-anak…
    Curahan rasa princessmia @ ..100% Authentic Coach PoppyMy Profile

  2. I enjoy you because of all your valuable work on this website. Ellie really loves engaging in investigation and it is obvious why. Most of us know all about the lively mode you produce vital guides on this web blog and as well as increase response from other ones on this concern and our favorite girl is truly being taught a lot of things. Take advantage of the remaining portion of the new year. Your performing a superb job.

    1. buat suami juga ye… yg penting hati kena kuat, jgn mudah terpengaruh dgn cinta lama. tak ada maknanya nak sambung semula kalau yg ada dah cukup bahagia. tiada siapa pun yg perfect… tetap ada lebih dan kurangnya.
      Curahan rasa Liza @ ..Nama yang menjadi ilham AlongxpMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!