ESQ Agamawan menentang tanpa program pilihan
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua yang sudi memberi cadangan dan bantuan untuk menyelesaikan masalah blog loading time yang slow terutama kepada Mr. Josh, Serverfreak, Kak jie dan Mrkay2911. Walaupun sudah semakin baik tetapi masih sedang berusaha untuk memperbaiki supaya mendapat feedback yang baik daripada google dan ini pasti akan membantu untuk mengembalikan Pagerank yang sudah hilang sebelum ini.
Kita lupakan kisah loading time ni sebab aku nak bercerita kisah ESQ. Pertamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada Ustaz Sallehudin abang kepada Ustaz Rahim yang telah memperkenalkan ESQ 165 pada tahun 2007. Aku adalah antara ribuan peserta batch ke 6 Malaysia yang mengikuti seminar yang dijalankan sendiri oleh Dr. Ary Ginanjar. Yang menarik seminar ini bukan sahaja dihadiri oleh peserta muslin tetapi ramai juga cina, india dan lain-lain bangsa yang ikut serta.
Memang dah lama aku mendengar polimik di kalangan Agamawan di Malaysia tentang kewajaran Seminar ESQ 165 ada yang menentang dan rami juga yang menyokong sehinggalah Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa haram ke atas ESQ. Aku suka baca penjelasan ESQ di zaharuddin.net.
Melalui pengalaman aku sebagai peserta, seminar ESQ 165 ini membawa suatu idea kreatif dan berbeza dengan matlamat yang sama seperti apa yang dilakukan oleh para Agamawan yang mengunjungi surau dan masjid memberi ceramah. Hasil daripada seminar ESQ ini sungguh positif di mana banyak Syarikat dan Agensi kerajaan telah dapat menjimatkan kos sehingga 30% apabila staff yang hadir seminar ini telah berubah sikap dan cara kerja yang lebih bermotivasi. Yang lebih penting sebahagian individu yang menghadiri seminar ini telah berubah dengan pemikiran yang lebih positif dan dekat pada Allah dengan izin Allah.
Ceramah Agama di surau dan masjid tidak salah tetapi jika ianya dihadiri oleh Pack cik tua yang sama untuk sekian kali adakah ianya akan memberi kesan kepada masyarakat. Sudah tiba masanya para Agamawan ini di samping dimeriahkan di surau dan masjid sebagai ustaz, keluar ke jalan dan lorong berdakwah supaya ianya memberi kesan yang lebih baik kepada masyarakat yang sedang sakit. Mungkin kita tidak boleh buat serupa seperti Seminar ESQ tetapi jika dirancang dengan baik, insyallah para Agamawan mampu buat seminar yang lebih baik daripada ESQ sebagai pilihan semua.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi lampu hijau kepada ESQ meneruskan seminar di Malaysia dengan dipantau oleh Panel Syariah dan Akidah ESQ. Bagi aku sekadar menentang tanpa memberi program pilihan yang lebih hebat daripada ESQ tidak akan menyelesaikan masalah kerana di luar sana ramai yang sedang mencari program yang sesuai untuk memperbaiki diri mereka.
[ad#Mangga 300]

