Dinar Iraq Suatu Penipuan
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kewangan dan pelaburan memang tajuk kesukaan yang dah lama aku nak kongsikan tetapi belum sempat nak berkongsi rasa. Nak tersedak juga bila ada orang sebut-sebut nama aku dalam salah satu entri di blog Ariffshah “Kenapa Melabur Emas” suatu ketika dulu tentang matawang dinar iraq.
Slay : March 16, 2011 at 10:27 amSori bro off-topic sikit komen aku ni. Tapi sebab kau pun ada sentuh pasal nilai mata wang kertas kan dalam entri ni, jadi aku nak tanya sikit la. Apa pendapat kau tentang nilai mata wang dinar Iraq yang dijangka akan melambung tinggi dalam masa terdekat ni?
Ariffshah :Â oh. yang tu aku tak tau sangatlah. Kena tanya orang yang simpan mata wang tu.. Tapi kalau ikutkan, bila ekonomi dia dah kukuh, memang nilai matawang tu akan naik. Cuma nak cari bank/money changer yang boleh terima tukaran wang tu je yang mungkin bermasalah sikit.
Slay : Thanks bro. Saja nak tau pendapat kau tentang hal ni. Aku dah banyak baca pasal potensi mata wang dinar Iraq ni, dan macam berminat untuk invest tapi bila fikir-fikir balik macam ‘too good to be true’. Tak silap aku denaihati ada simpan. Dan kalau aku tanya orang yang simpan, confirm diorang kata yang baik-baik je ye tak?
Aku dah simpan matawang dinar iraq sejak 2006. Sejak itu nilai Dinar Iraq berbanding USD telah meningkat walaupun tak banyak. Matawang dinar iraq boleh ditukar dimana-mana money changer di negara Arab tetapi tidak di negara lain kerana nilai matawang belum diapungkan lagi. Sebelum Iraq di serang US dan Sekutu, matawang dinar iraq adalah kedua tertinggi di Arab setelah Kuwait.
Jika mengambil contoh kes Kuwait nilai matawangnya meningkat setelah di revalue selepas perang tamat. Cuba teman-teman lihat berapa nilai USD untuk setiap1 Dinar Kuwait. Perkara yang sama akan berlaku kepada Iraq yang merupakan mengekspot minyak utama dunia. Sebulan dua ni memang heboh diperkatakan nilai matawang dinar iraq akan di revalue dan khabarnya dijangka akan meningkatkan 3 digit. Nak faham apa itu peningkatan 3 digit boleh ke Blog Dinar Iraq.
Memang tidak dinafikan ada juga penipuan dinar iraq bukan pada sistemnya tetapi pada sebahagian kecil penipu yang telah mencetak matawang palsu jadi teman-teman perlu ada kemahiran untuk mengenal matawang dinar iraq yang asli bukan palsu. Untuk mengetahui perkembangan terkini matawang dinar iraq teman-teman boleh ikut Group Kelab Jutawan Dinar atau dapatkan info di Jadi Jutawan Dinar Iraq.
Semua penyimpan matawang dinar iraq harap bersabar kalau 3-4 tahun boleh tunggu kenapa tidak 3-4 bulan lagi. Kalau revelue separuh dari nilai Dinar Kuwait pun dah syukur sangat… tak lari gunung dikejar but its really true to be true.

