Dana Tanah Kebun Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan entri “Setiap Klik digandakan RM1” usaha untuk membantu Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi untuk mengumpul dana membeli tanah kebun. Insyallah tanah kebun tersebut akan diusahakan dan hasilnya akan digunakan untuk pembiayai Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi. Alhamdulillah terharu sangat dengan sokongan yang diterima daripada Rakan Blogger.
Berikut jumlah follower yang lama dan baru :
|
Jumlah Follower Lama
|
Jumlah Follower Baru
|
|
|
Fanpage FB
|
15,122
|
18,351
|
|
Twitter
|
15,859
|
15,960
|
|
Google +
|
110
|
118
|
Jumlah total klik = 3,229 (FB Fanpage) + 101 (Twitter) + 8 (Google +) + 100 (Retweet) + 50 (FB like) + 29 (Google + 1) = 3,512
Jumlah infaq tunai = RM16,475
Jumlah Dana Terkumpul = 3,512 + 16,375 = RM19,992
Alhamdulillah syukur daripada RM40k yang diperlukan Rakan Denaihati berjaya menyumbangkan infaq sebesar RM19,892. Insyallah semua menyumbang walaupun dengan hanya 1 klik akan mendapat bahagian daripada ALLAH SWT selagi ada Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi.
Firman ALLAH SWT yang maksudnya : “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.
Kepada yang ada niat untuk infaq sebahagian rezeki sila baca entri “Hidupkan Untuk Memberi“.
