Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, ramai yang bertanya maklumat terkini tentang duit bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet tahunan. Sebelum ini Kerajaan telah umumkan cara tuntutan bantuan RM500 kepada yang layak. Mengikut sumber Berita Harian, kerajaan baru umumkan cara Duit bantuan persekolahan RM100 akan diagihkan. Duit bantuan RM100 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta dan kemudiannya diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid. Bayaran telah mula diagihkan pada Khamis lepas.
Bantuan persekolahan itu disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan tahun sebelumnya. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan tahun bajet disebut, pembayaran bantuan RM100 akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing. Ini untuk memudahkan urusan pembayaran kerana dikhuatiri pelajar bertukar sekolah.
Semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak masuk sekolah. Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu menerima duit bantuan persekolahan RM100 boleh mengisi borang menolak dan menyerah balik bantuan tersebut.
Rezeki jangan ditolak tetapi mesti diuruskan dengan betul supaya tiada pembaziran. Jangan pulak ada ibubapa yang menggunakan duit bantuan RM100 ini untuk kegunaan peribadi beli make up, baju atau rokok. Terbaik gunakan untuk membeli keperluan sekolah tahun 2012 atau simpan dalam akaun bank atau ASB anak kerana mereka yang lebih berhak.
Terkini : Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.
182 Comments
bestnya..tapi rasa RM100 tu sikit je..bagi la RM500..hahaha..
Curahan rasa paihujey @ ..Orang Gemuk Lebih Mudah Dapat Six Pack
ops..bersyukur jugak aku kalau dapat RM100..boleh buat bisnes dah dengan RM100..
Curahan rasa paihujey @ ..Orang Gemuk Lebih Mudah Dapat Six Pack
taau tak pe
Curahan rasa denaihati @ ..Nuffnang Blog Awards 2011, Here I Come
Kalau rasa sikit bagi je kat B3njy 50 dan denaihati 50 … amacam …
Curahan rasa b3njy @ ..KALAU BUKAN TAKDIR
Rezeki nie…gunakan untuk kebaikan dan pelajaran anak terutamanya
Curahan rasa LoveHijau @ ..Jerat Percintaan, Sukarnya Lepaskan Diri
gunakan untuk kebaikan anak². jangan disalahguna !
Curahan rasa anastasyea @ ..SAPS – Semak Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM Secara Online
Rasanya di sekolah mereka dpt minggu depan. Borang utk mendapatkan bayaran tunai itu sudah dpt, esok perlu dihantar segera jika mahu wang itu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Restoran Rakyat 1 Malaysia
Beruntungnya kalau anak ramai. Kalau 5 org dpt RM500. Tapi anak aku 2 org dpt lah RM200, bolehlah awal2 membeli kelengkapan sekolah mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Restoran Rakyat 1 Malaysia
sek kat tmpt org rumah saya mgajar dah dpt smua pelajarnya duit ni
perghh..kesian guru jadi securityforce…pegang duit banyak…bertambah lagi 1 la tugas guru ek?..hehehe..
http://dzuandiey.blogspot.com
Jangan sedih itu amanah namanya …
Curahan rasa b3njy @ ..KALAU BUKAN TAKDIR
SALAM, abg aku plak guru.. dia yg mengagih duit kepada pelajar di tempat dia..dah la duit tu simpan di rumah sewa dia.. mau xpergi mengajar dia..takot duit 2 hilang..giler kau pengang duit byk..perghh.. ok da selesai,.,..
Curahan rasa FURSAN @ ..Introducing November’s “On The Rise” candidates
esok escort pengetua dan PK1 pergi bank ambil duit..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Terbaru Dari Blogger- 7 Dynamic Views
Bahaya ni nanti ada orang ikut belakang heeeee
Curahan rasa denaihati @ ..Samsung Galaxy S II daripada Beta.my
tahun depan kalau ada lagi bantuan cam ni kerajaan kena tambah kos untuk upah arm guard untuk eskot guru besar/pengetua.
Curahan rasa b3njy @ ..KALAU BUKAN TAKDIR
supaya ibubapa betul2 gunakan duit tu untuk kegunaan pelajaran anak2..
Curahan rasa bardboo @ ..Bila Izz Ammar Meragam
betul. semua budak layak. tak kiralah dia kaya ke tidak..
Curahan rasa ohcikgu @ ..5000 Guru akan kerja 9 jam sehari tahun depan. Beban atau tidak?
Guna untuk beli buku or kelangkapan sekolah tahun depan. Jimat dan ringankan beban keluarga
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Anugerah Industri Muzik (AIM 18)
Adik aku dapat esok…. tiga orang sekali gus… =) boleh minta kt depa sikit… ahaha duit free kot….
Jangan pau diorang, Simpankan utk dorang takpe
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Anugerah Industri Muzik (AIM 18)
Minta belanja KFC udalah jangan lebih2 … kopak lah macam tu
Curahan rasa b3njy @ ..KALAU BUKAN TAKDIR
Pelajar IPTA pula bagaimana?
Curahan rasa Ikhwan @ ..Video Maharaja Lawak Mega Minggu Ketiga
Masih mencari info tak berapa jelas lagi. Mungkin dibatalkan kot .. ha ha ha
Curahan rasa denaihati @ ..Poligami Pengalaman Peribadi
akan dapat.. tapi tak pasti bila… kalau takda tu tak tau lahhh… hehehe
Tentu lama lagi. Settle kan yang sekolah ren & men baru Universiti pula
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Anugerah Industri Muzik (AIM 18)
Yup yang voucer rm200 tu macam mana?
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Anugerah Industri Muzik (AIM 18)
sekolah akak jumaat ni bayaran tok murid form 1,2, and 4.. form 3 22/11… jumaat ni bagi 100 mak bapak kena bagi balik 63.50 laa.. sebab 5 orang lagi blom bayar yuran sekolah 2011 RM33.50 dan 24 orang lagi blom bayar pibg RM30… tu laa sapa suruh berutang,…
Curahan rasa aimaniman @ ..Jangan Lebih2 Nanti Termengandung
kalau tak silap tahun depan dah tak ada yuran sekolah. Ya ke?
Curahan rasa denaihati @ ..Poligami Pengalaman Peribadi
Mungkin takda… dengar kata yuran akan di mansuhkan… mungkin kot…
A’ah dalam pembentangan tu kan ada cakap takde yuran di kenakan pada sekolah kerajaan. Correct me if im wrong 🙂
Curahan rasa shah blogger @ ..Pagerank Blog Naik PR0 – PR4
Comments are closed.