Cara Tuntutan Duit Bantuan Persekolahan RM100

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, ramai yang bertanya maklumat terkini tentang duit bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet tahunan. Sebelum ini Kerajaan telah umumkan cara tuntutan bantuan RM500 kepada yang layak. Mengikut sumber Berita Harian, kerajaan baru umumkan cara Duit bantuan persekolahan RM100 akan diagihkan. Duit bantuan RM100 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta dan kemudiannya diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid. Bayaran telah mula diagihkan pada Khamis lepas.

Bantuan persekolahan itu disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan tahun sebelumnya. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan tahun bajet disebut, pembayaran bantuan RM100 akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing. Ini untuk memudahkan urusan pembayaran kerana dikhuatiri pelajar bertukar sekolah.

buat-duit-dengan-blog

Semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak masuk sekolah. Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu menerima duit bantuan persekolahan RM100 boleh mengisi borang menolak dan menyerah balik bantuan tersebut.

Rezeki jangan ditolak tetapi mesti diuruskan dengan betul supaya tiada pembaziran. Jangan pulak ada ibubapa yang menggunakan duit bantuan RM100 ini untuk kegunaan peribadi beli make up, baju atau rokok. Terbaik gunakan untuk membeli keperluan sekolah tahun 2012 atau simpan dalam akaun bank atau ASB anak kerana mereka yang lebih berhak.

Terkini : Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.


Spread the love

182 Comments

  1. hari ini saya ke sekolah nak ambil RM100 tu. anak tahun enam tapi diberitahu kena tunggu sehingga januari. dari maklumat yang saya dengar pihak jabatan pelajaran menyalurkan keseluruhan bayaran untuk pelajar tahun 1 hingga tahun 6 keakaun sekolah namun pembayaran untuk pelajar tahun 6 kena tunggu januari. ini akan menimbulkan masalah kepada pihak sekolah kerana tidak semua pelajar tahun 6 akan mendaftar di sekolah menengah yang sama. apa salahnya diberikan terus serentak dengan pelajar-pelajar yang lain. waris bagi anak2 tahun 1-5 sudah bergembira menggunakan wang untuk membeli buku dan sebagainya walhal waris pelajar tahun 6 masing-masing mengeluh…..
    Curahan rasa Syarih @ ..Teknik Tingkatkan Trafik Ke Blog – Mitos Atau Kenyataan.My Profile

  2. salam 1 dunia,,,
    meski saya tidak mengerti tentang kisah di seberang,,, tapi saya juga berharap untuk pemberi dan yang di beri bisa saling bijaksana dan konsisten

  3. Assalamu`alaikum DH,
    syukur Alhamdulillah walau taklah sebanyak mana tapi sudah cukup untuk meringankan beban untuk perbelanjaan persekolahan pada tahun depan. Anak saya akan mendapat bantuan yang dimaksudkan pada hari esok..
    Curahan rasa Mama Murai @ ..klise pemblogMy Profile

  4. Bgz lah…x sbr juga nk dpt voucher RM200 utk pelajar IPT next sem..ringan ckit bebanan beli buku..:)

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!