Assalamualaikum dan salam 1Dunia, lebih 3juta rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,00 dan kebawah layak menerima Bantuan Rakyat RM500. Bantuan “one off” dalam pembentangan budget 2012 ada pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan budget Malaysia. Ramai terutama Pembangkang yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah gula-gula pilihan raya. Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi Malaysia.
Setiap orang yang layak untuk menuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nak mendaftar di LHDN ni yang mengerikan sedikit untuk sesetengah orang tapi apa nak buat kalau nak RM500 kena jugalah daftar. Khabarnya dah ramai yang menyerbu kaunter LHDN untuk tujuan pendaftaran. Duit siapa yang tak nak. Bila dah dapat duit jangan pulak dibelanjakan ditepat yg tidak sepatutnya terutama masuk skim cepat kaya atau beli saham TOTO.
Kenyataan LHDN : “Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012 – Bernama”
Ini rezeki dari Allah SWT jangan lupa infaqkan sedikit walaupun RM1 insya Allah akan bertambah berkat rezeki dan tidak mustahil akan berlipat kali ganda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Kepada yang tak layak jangan cuba-cuba melayakan diri haram duit tu dan kepada yang tak setuju dengan Bantuan Rakyat RM500 janganlah tuntut walaupun layak tu baru gentlement. Aku pulak tengah kira-kira ni layak atau tidak.
Kepada yang layak dapat RM500 ini ada formula untuk RM500 jadi RM5000.
Terkini :
1. Borang bantuan rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini. 1/11/2011 – Utusan.com.my
2. KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. ”Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
3. Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didownload @ BR1M
143 Comments
Hehehe..bab2 duit ni jangan kira..ada org kenkadang dah tau tak layak tapi tetap nak jugakk…:)
Curahan rasa yas @ ..Kasihnya Ibu – Sanggup mengorbankan nyawa sekalipun
Harap pemberian RM500 digunakan sebaik-baiknya
Curahan rasa akubiomed @ ..Superbike exhaust show off
Kene check dulu jugak nih…tp gaye2nya cam tak dapek yoo…pendapatan dikira dalam setaun kan bro?
Curahan rasa yas @ ..Kasihnya Ibu – Sanggup mengorbankan nyawa sekalipun
saya rasa utk sebulan pendapatan isi rumah di bawah 3k
Curahan rasa manmala @ ..PC Tewas Kepada IPad Dan Telefon Pintar
Pendapatan isu rumah total RM3000 atau kurang sebulan makna pendapatan suami dan isteri..
Curahan rasa denaihati @ ..SEO Kujie2.com Memang Sedap
kalau pendaftaran online.. harap web lHDN tak jammedlah nanti..
Curahan rasa Mus @ ..Seram Sejuk!! Jumpa Budak Dalam Hutan!!
kalau saya ni, confirm dapat. hehehe
Curahan rasa manmala @ ..PC Tewas Kepada IPad Dan Telefon Pintar
Salam,
sah2 tak boleh dapat bantuan tu sebab dia nak pendapatan isi rumah bawah 3K kan?
Curahan rasa yanmie @ ..Kisah Lawak Aiman Di Kedai Gambar
mesti lbh dr 3k lah ni. rezeki org lain …
Curahan rasa manmala @ ..PC Tewas Kepada IPad Dan Telefon Pintar
bukan saya, tapi suami hehehe, saya tak keje, duk umah je 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Kisah Lawak Aiman Di Kedai Gambar
Kak Yan punya income blogging pun kena kira juga. Kan ramai Top Blogger sekarang dah bayar income tax.
Curahan rasa denaihati @ ..SEO Kujie2.com Memang Sedap
Rasanya ramai lagi yang masih tak tahu macam mana nak registerkan blog (Termasuk saya) dan bayar income tax bagi blogger yang perlu bayar income tax.
Curahan rasa Steward John @ ..Review: Sothink Video Converter Pro
Kak yan confirm tak layak dah. Income blog banyak…
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
Sangat bermanfaat post ni tuk rakyat. terutama bg yg tak tahu..
N btl tu, gula2 ke tak benda baik dan insentif tuk rakyat. Kalo x bg pon salah , bg pon di salah. sama dgn tag line “Apa Pon Tak Boleh” haha.
Bro kenapa eik blog denaihati jadi lambat loading?
“Waiting for cdn.innity.com” <– lama plak..
Curahan rasa shah blogger @ ..Meta Tag Untuk Blogspot
Innity punya code kadang2 memang lambat. Kena komplen kat diorang macam ni
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
kena daftar kat LHDN tuh….
Curahan rasa hafizal @ ..Panduan Sewa Kereta Ketika Melancong.
begitulah kalau mengikut drpd pengumuman PM masa pembentangan budget 2012
Curahan rasa manmala @ ..PC Tewas Kepada IPad Dan Telefon Pintar
agak2 senang ker nanti nak dapat rm 500 tuh…….
Curahan rasa hafizal @ ..Panduan Sewa Kereta Ketika Melancong.
hehehe…org tak sabar2 lagi nak duit. tapi jangan nanti terjerat…nak rm500 punya pasal….alih2 kena incom tax plak nanti….
Curahan rasa hafizal @ ..Panduan Sewa Kereta Ketika Melancong.
hahaha, sdh pulak kalau jd mcm tu
Curahan rasa manmala @ ..Gangguan Perkhidmatan Blackberry Merebak Ke AS
camne nak mohon?ce bagi link online registration lhdn tu
Permohonan belum dibuka. Tunggu pengumuman hujung tahun nanti
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
kenyataan yang akhir tu saya setuju sgt2.. kalau tak layak tu jgn la cari pasal.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..PRU 13 semakin hampir
alhamdulillah..sedikit sebanyak blh bntu org2 susah kt luar sana
Bagus juga kalau LHDN buat pendaftaran secara online,saya pun tengah berkira juga ni,layak ke tidak ek ?
Curahan rasa wazy @ ..Spontaneous Thursday #6
Harap² orang yang pergi mendaftar nanti tu semuanya yang layak untuk mendapat bantuan rakyat. Jangan ada yg ambil kesempatan sudah la ..
Curahan rasa anastasyea @ ..LHDN Buat Bayaran Bantuan Kewangan 500 Ringgit Kepada Isi Rumah Berpendapatan Bulanan 3 Ribu Ringgit dan Ke bawah
Comments are closed.