Cara membina jenama blog terkenal


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak kebelakangan ini semakin banyak pembaca yang mencari kata kunci Denaihati. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan peratusan pencarian kata kunci Denaihati di Google Analaytics. Adakah mungkin 2013 kata kunci Denaihati akan dapat menduduki antara top 10 keywords Google Malaysia sebaris dengan kata kunci Fatin Liyana yang telah menjadi google top 10 blog search 2011.

Screen Shot 2012 11 24 at 12.13.47 PM Cara membina jenama blog terkenal

Carian Kata Kunci DENAIHATI di Google Analytics

Blogger INI (setakat kopi secawan manalah nak dapat rahsia) sudah beberapa kali cuba mencungkil rahsia bagaimana jenama Denaihati boleh menyerap menguasai ruang angkasa Nusantara secara perlahan-lahan sedangkan blog Denaihati bukanlah popular seperti top blogger INI yang selalu sahaja bertahta di ruang majalah dan media Malaysia. Adakah semua itu nasib?

37 teknik luar biasa masalah kekeringan idea Cara membina jenama blog terkenal

Kali ini aku nak buka sikit rahsia bagaimana jenama blog Denaihati dibina tetapi tak bolehlah banyak-banyak sangat takut nanti Blogger INI tak boleh cari makan.

Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri. Lihat saja nama-nama domain terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, FACEBOOK, AMAZON bukankah pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri.

DENAIHATI terILHAM setelah difikir berminggu-minggu daripada berpuluh-puluh senarai nama yang lain. Nama DENAIHATI mengikut ciri-ciri pemilihan domain terkenal itu pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri. MISTERI menjadikan DENAIHATI lebih unik. Bertahun-tahun pembaca mencari apa itu DENAIHATI dan sehingga sekarang masih ramai lagi pembaca yang masih tercari-cari apa itu DENAIHATI. Semua ini tidak berlaku dengan sengaja tetapi dirancang sebagai satu strategi membina jenama DENAIHATI yang suatu hari nanti akan menjadi satu nama besar di dunia maya.

Nama sangat penting dalam proses membina jenama terkenal jadi kepada Blogger baru yang sedang terfikir-fikir mencari nama untuk blog pastikan pencarian nama mesti dalam radar ciri-ciri pemilihan jenama terkenal seperti yang telah dijelaskan di atas. Kepada Blogger lama tapi masih tersangkut tak naik-naik tak ada salahnya kalau nak buat menjenamaan baru seperti Blogger INI (mungkin kah?), in shaa Allah dengan penjenamaan baru akan mencetus motivasi baru dan rezeki baru.

Pasti Rakan Blogger masih ingat dengan entri bertajuk “Penjanaan Trafik berdasarkan kata kunci“, Eizil menulis bahawa blogger boleh membina nama dari kata kunci yang tidak popular untuk jadi popular sebagaimana YAHOO, GOOGLE dan FACEBOOK pasti bukan kata kunci yang popular pada mulanya.

In sha Allah di lain kesempatan aku akan kongsikan lebih banyak strategi yang telah digunakan oleh blog DENAIHATI untuk membina jenama sehingga menjadi pilihan banyak syarikat pengiklanan besar. Kalau buat eBook pun bagus ni.

Tiada yang mustahil sekiranya semua dirancang dengan baik berserta doa dan tawakal. Kejayaan tidak datang sekelip mata.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Mas 28 April 2013 at 6:24 pm

    tgh struggle untuk naikkan trafik blog..banyak ilmu dalam denaihati ni..
    Entri terbaru Mas – Hormon Tidak Seimbang Punca Masalah KesihatanMy Profile

  • Izzat Eshak 14 February 2013 at 12:48 am

    Satu entri yang baik =)
    Entri terbaru Izzat Eshak – Wordless Wednesday #2My Profile

  • Kazen 2 February 2013 at 7:32 pm

    satu entri yg sgt mberi inspirasi. thanks :)
    Entri terbaru Kazen – Welcome to khairulzamri™My Profile

  • kak mahh 27 January 2013 at 6:37 am

    informasi yang berguna,terima kasih tuan

  • jey 25 January 2013 at 8:47 am

    terbaekk..
    nama blog sy agak panjang..nampaknya perlu ubah supaya lebih mesra pengguna..hehee
    Entri terbaru jey – Tudung Bawal Rose 2 tonesMy Profile

  • razis 11 January 2013 at 2:02 pm

    dalam misi membina jenama utk blog juga. moga perkongsian di Denaihati ini dapat dijadikan panduan.

  • faizal 5 January 2013 at 1:11 am

    Salam

    Terima kasih Tuan Denai Hati. Setiap kali bertandang ke sini pasti ada info bermanfaat untuk kita semua.

  • Top 10 Entri Denaihati 2012 31 December 2012 at 2:02 am

    [...] 1. Cara Membina Jenama Blog Terkenal [...]

  • Zul AeriazZ 31 December 2012 at 1:16 am

    Penjenamaan sebuah blog itu sgt penting..bagi blogger baru kena fikir nama yang betul mantap dan unik.
    Entri terbaru Zul AeriazZ – Adam Dan Hawa Episod 73, 74. 75 dan 76My Profile

  • mia liana 29 December 2012 at 7:10 am

    terbaik… ;) nama blog yang unik..
    Entri terbaru mia liana – Premium Beautiful Corset – Year End Sale (sticky post)My Profile

  • Sya Isya 27 December 2012 at 6:16 am

    bila nak pilih nama blog, memang penat nak fikir nama yang bagus dan sesuai. tapi berbaloi meluangkan masa beberapa minggu fikirkan nama blog, sebab labanya dalam jangka masa yang panjang.
    Entri terbaru Sya Isya – SEGMEN EYRIQAZZ: ADA APA DENGAN NAMA BLOG?My Profile

  • CIRI-CIRI NAMA BLOG YANG BAGUS 27 December 2012 at 6:14 am

    [...] ayat dari entri CARA MEMBINA JENAMA BLOG TERKENAL [...]

  • [...] Pentingke Pemilihan Nama Blog dalam Berblog? . ” Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri” quote ayat dari entri INI . Yup, pemilihan nama blog adalah “Sangat Penting” jika mahu lebih maju, menjana lebih pendapatan dan nampak lebih profesional disamping mencari peluang yang terhidang di masa hadapan. [...]

  • ieta 18 December 2012 at 1:22 am

    Agak2 apakah nama yg sesuai utk blog sy ya?
    Entri terbaru ieta – TOLONG SAYA….My Profile

1 7 8 9


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network