Buat Duit dengan blog hanya dari Iklan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seronok baca komen entri penulis jemputan “Iklan di blog : Nak guna N ke tak?“. Entri ini telah berjaya menarik ramai silent reader untuk mengupas isu dan memberi pandangan secara ikhlas. Komen yang berkualiti boleh menjadi inspirasi untuk entri blog kepada yang berminat seperti Zulseffort dan mungkin ada yang lain tapi tak termasuk dalam radar.

Banyak isu yang dibincangkan antaranya isu tak pandai menulis blog mengikut teknik SEO yang betul. Bukan berat sangat sebenarnya nak menulis mengikut cara yang betul cuma kekadang kita tak ada masa nak mencari ilmu. Aku pernah berkongsi entri teknik menulis blog cara aku di entri “Ajarkan aku menulis“. Kak Jie juga pernah berkongsi entri bertajuk “Cara Mendapat Pembaca Setia Blog” dan En. Titan juga menulis dalam entri bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Update Blog“. Semua ada cara menulis tersendiri tetapi asas penulisan hampir sama untuk menjadikan sesebuah blog mesra Google dan mesra pembaca setia.

Bagaimana membina blog yang baik
Sekadar gambar hiasan – kredit : topseopicks.com

Isu yang lebih berat dalam komen-komen tersebut terutama kepada Blogger baru berpendapat Pendapatan Blog hanya daripada IKLAN sahaja sehingga ada yang kecewa apabila tidak mendapat duit yang banyak daripada iklan N. Persepsi ini mesti dibetulkan dan pasti lebih daripada 200 Blogger yang telah menghadiri seminar buat duit dengan blog (SBDdB) telah mengetahui ada banyak cara untuk buat duit dengan blog.

Mungkin komen daripada Irsah boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua :

[box type=”shadow”]
Dipetik “Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N…..” Jika di ikutkan mana2 sykt pun akan teritorial, berkemungkinan terhad eksklusitiviti mereka ketika mengikat kontrak/projek dengan bakal advertisers demi menjaga kepentingan masing2..

Bagi kami adalah sebaliknya.dalam isu ini. Pasang atau tidak jenama “N” tetap menerima imbuhan yg sama. Projek reviews dan adverts tetap diterima dari jenama “N”, syarikat mahupun individu dari berbagai arah. Kenapa? Diterangkan/bermula pada POIN #2 oleh saudara Ariff. Cuma mungkin cara kami membuat advert atau penulisan yg tidak terlalu spesifik terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan yg membolehkan kami menarik berbagai projek ulasan reviews yg berkenaan niche kami.

Kami menerima jemputan oleh jenama “N”, namun semuanya tidak dilaksanakan/ditolak secara baik (kerana lokaliti event, masa dan demi menjaga kepentingan klien2 kami juga). Namun tetap menerima jemputan lagi dari jenama “N”, menunjukkan mereka tidak prejudis mahupun “memilih” ataupun dasar populariti sesebuah blog, dsbnya. Jenama “N” ingin bersaing dan kekal kompetitif dalam industri mereka dan mengkaji setiap blog yang diberikan peluang tersebut (it’s all about the target and business! IMHO)

Berfikir di luar kotak, kaji pesaing/sahabat blogger anda, hala tuju amat penting seperti disarankan. Setiap post dipublish samada berbentuk personal mestilah ada kaitan dengan niche anda juga. Ini menambahkan seri blog anda kelak serta memikat pembaca/advertisers serta sentiasa kekal relevan dan kompetitif.

Namun langkah2 awal memulakan arena blog-ing haruslah diterapkan dahulu, seperti dikongsikan A-Z di Denaihati (samada oleh penulis jemputan mahupun admin sendiri) kerana ia adalah asas, “seperti mendirikan rumah seharusnya bermula dengan tiang yg kukuh….”[/box]

Blog telah terbukti boleh menjana pendapatan lumayan kerana sudah ramai yang berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesioal terutama di luar negara. Blogger mesti berfikir di luar kotak untuk bersaing dengan ratusan ribu Blogger yang lain. Blog itu sendiri mesti kukukh dan kuat jenamanya. Nasihat dari Top Blogger ini kena ikut :

[box type=”shadow”]
Encik Titan : Baik, K,I atau N atau G, atau GA, atau B, C, J sekalipun, hangpa semua kena buat kerja. Pemalas, memang tak dapat apa-apa.[/box]

Ingat nak buat duit dengan blog bukan hanya IKLAN sahaja tapi ada banyak cara lagi seperti buat duit dengan affiliate dan semua itu perlukan ilmu. Jangan malas nak cari ilmu dan jangan lokek nak keluar sedikit modal untuk pulangan berganda. Ada masa terluang selongkar blog kawan-kawan yang dah berjaya baca entri-entri lama tips untuk berjaya yang pernah mereka kongsikan.

Kongsikan cara anda buat duit dengan blog selain daripada iklan.


Spread the love

111 Comments

  1. oohhhhh….bersambung pulak ye dr entry yg lepas.. mmg hot betul la pasal ni ye… banyak cara nak dapat duit dari blog ni… sekarang ni dah banyak program…contest untuk blogger pun banyak, tambah2 yg tawarkan duit sebagai hadiah.. boleh cuba jgk.. untung nasib boleh menang….

    nak mengharap sangat kepada iklan semata2 pun tak boleh jgk.. tambah2 kalau blog yang suam2 suku macam blog saya ni… yg penting bak kata titan… mau rajin la.. kalau penyakit M tu melanda mmg tak dapat apa…. 🙂
    Curahan rasa zie fauzi @ ..Puasa Yang Yuk | Iklan Raya Aidilfitri TM – 2013My Profile

  2. Macam-macam boleh buat dengan blog. Nak jadi famous boleh, nak jadi infamous pun boleh. Nak buat duit boleh, nak perabih duit pun bolen.
    Nak kaya dengan blog? Secara realistiknya tak ramai yang boleh.

  3. Betul tu… Saya setuju… Ada banyak cara untuk menjana pendapatan melalui blog… Cara yang terbaru adalah dengan mendapatkan komisyen secara berterusan (Pasif Income) melalui kedai yang kita daftarkan dalam Program MyKad Smart Shopper…

    Melalui cara ini usaha kita mempromosikan apa juga kedai makan/hotel/pusat pelancongan tidak akan sia-sia… Trafik pun dapat, dalam masa yang sama boleh dapat komisyen berterusan melalui kedai tersebut…
    Curahan rasa Anuar @ ..Promote 1, dapat 2 kedai.. Syukur Alhamdulillah…My Profile

  4. apa yg titan tu ckap memang betul..aku sendiri pernah je buat post psal N,A ni semua..mungkin post tu tak femes kot..ahaha..

  5. memang hot topik ni tn.. Setuju dgn komen titan.. Nak berjaya kena buat kerja.. Kalau mls memang tak dpt apa2.. Sy selain dari ikln pernh juga dpt tawaran buat review produk yg dibayar…

  6. @Denaihati,

    Saya juga ada masalah dengan iklan ‘N’ tu. Letak
    hanya sekadar hiasan sahaja.

    Fokus utama
    pada servis atau produk sendiri di blog.. Lebih masyuk.. ~~

    Memang banyak peluang, tetapi tak semua peluang
    buat duit boleh ambil.

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Jurutera SEO Malaysia
    PAKAR NIAGA
    Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..TEKNIK SEO | WWW Atau TANPA WWW?My Profile

  7. Dlm penulisan kena bagi nampak apa
    kepakaran kita. Bila ada pembaca inginkan perkidmatan kita, inn sya allah ada rezki kita. Walaupun asalnya penulisan kita asalnya sekadar perkongsian, perkhidmatan di luar penulisan blog adalah perkhidmatan bertaraf profesional.

  8. Alhamdulilah N dah mula suka blog aku, tapi yang penting kena buat kerja macam t cakap kalau malas tak buat kerja mana nak dapat duit

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!