Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih sangat kepada Vision Karisma dan Finas yang sudi menjemput aku jadi speaker untuk latihan Sosial Media Network. Peserta dilatih menggunakan Facebook, Twitter dan blog yang sudah menjadi trend masakini. Bertuahlah diaorang ni dulu aku semua merangkak belajar sendiri.
Penganjur telah menjemput Amanz.my, Beautifulnara.com dan Denaihati.com untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta. Aku ambil perluang untuk berkongsi sejarah blog Denaihati dan susah payah membina jenama mengguna berbagai strategi. Bukan senang nak jadi terkenal perlu ada usaha, strategi dan sentiasa mesra dengan blogger lain.
Aku tak berkesempatan mendengar perkongsian kejayaan Amanz.my kerana beliau dijemput sehari lebih awal. Berkongsi pengalaman di hadapan Blogger #1 Malaysia, Abang Nara memang mendebarkan. Sesekali aku toleh kearah beliau ketika presentation beliau akan tersenyum.
Pengalaman awal Abang Nara menulis blog sama juga seperti blogger terkenal yang lain. Awal-awal dulu setiap 5 minit dia refresh blog untuk lihat jumlah trafik blog yang masuk dan bila tak ada trafik akan rasa kecewa. Semua tergelak besar bila dengar cerita benar Abang Nara. Pengalaman yang sama juga aku lalui dan mungkin juga perkara yang sama dibuat oleh blogger yang lain. Rupanya makna Beautifulnara tu negara yang cantik, Nara tu bahasa Korea almaklumlah dulu Abang Nara belajar di Korea.
Nak terkeluar biji mata bila tengok jumlah trafik blog Beautifulnara.com sekarang, sehari lebih kurang 200 ribu dan sebulan lebih kurang 5 juta. Abang Nara juga tunjukkan trafik dua tiga tahun lepas memanglah jauh berbeza dari sekarang. Yang paling menarik angka untuk Bounce Rate hanya 1.89%. Maknanya 92% pelawat blog Beutifulnara akan klik entri lain dan lain apabila datang melawat. Memang hebat gila lah blog ni sehingga Abang Nara berhenti kerja untuk fokus pada blog beliau. Memang tidak pelik kalau mengikut alexa ranking blog Beautifulnara adalah blog #1 Malaysia.
Berapa bounce rate blog anda? Bounce rate blog Denaihati 68% jauh sangat nak dibandingkan dengan blog Beautifulnara. Kepada Student Akademi Denaihati nak tahu bounce rate ni kena daftar dengan Google Anakytics.
Pernah terbaca katanya bounce rate yang terbaik adalah kurang dari 30%. sekadar cadangan mulai hari ini apa kata setiap kali kita blogwalking blog kawan- kawan jangan hanya baca entri terbaru tapi ringan-ringankan tangan klik entri yang lain. Apabila kita rajin klik dua tiga entri lain pasti bounce rate blog tersebut akan menurun begitu juga apabila pelawat buat perkara sama kepada entri blog kita maka bounce rate blog kita juga akan berkurangan. Sebelum kita harap pembaca setia kita klik banyak entri setiap kali mereka singgah kita pun kena buat perkara yang sama pada blog kawan-kawan kita. Nak canggih lagi setiap kali kita baca entri rajin-rajin juga klik button FBlike dan retweet untuk berkongsi trafik, kan hidup ini untuk memberi.
Antara perkara yang boleh kita tambah dalam blog untuk membantu pembaca setia klik entri-entri yang lain antaranya memasang Related post, Popular post, Most comment post, Trending now dan tips Abang Nara letak gambar yang menarik dalam setiap entri sebab pembaca suka tengok gambar. Kalau belum pasang semua ini kena fikir-fikir untuk mula memasang segera bagi menurunkan Bounce Rate blog kita.
315 Comments
huh hebat bebenor tu, tabik2
blog AUC hanya 1.22% ok ke nih?
kena banyak belajar lagi nih..
Curahan rasa auc dot com @ ..Johor FC vs Kelantan | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
bounce rate saya lagi tggi 72%.huhu
Curahan rasa rozuan @ ..SERTAI KONSERT KENANGAN SUDIRMAN
hohoho… ofCoz ler abang Nara hebat.. Cerita bab panas2
tentang artis.. Congrats tu u brother…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Rahsia di sebalik solat
kena fikir saham akhirat jugak tu melalui blog..saham apa yang kita bawa , kan?
kdg² check jugak bounce rate, tapi xberapa faham lagi, kena study lagi ni 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Nak Jadi Model Ubat Gigi
Dalam penulisan entri ini kita berkongsi teknikal sesebuah blog bagaimana boleh mencapai bounce rate yang bagus mengikut google soal saham apa yang kita kongsi kita tulis itu hak individu sebab kekadang satu jari menunjuk orang tapi jangan lupa empat jari menunjuk diri kita.
sudah tentulah bukan mengenai entri ini , secara umum saja..cuma berlapik 😉
sorry kalau silap faham
dan saya amat bersetuju ‘satu jari menunjuk orang tapi jangan lupa empat jari menunjuk diri kita’
Dan saya amat faham tujuan entri ini iaitu penerangan mencapai bounce rate secara teknikal 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Nak Jadi Model Ubat Gigi
bounce rate kita 72++% huhuhu..
Curahan rasa eliss @ ..Bunga pahar / bunga telur dan bunga dulang, kat mana nak cari?
kalau saya 48%, masih dibawah 30%….
Curahan rasa Dadan @ ..Mashur Dalam Pandangan Allah
maaf salah…maksudnya masih di atas 30% hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Mashur Dalam Pandangan Allah
Blog Denaihati juga ada buat ujikaji berkenaan dengan bounce rate ni dulu kan? saya rasa bila kita mula sama-sama baca entry lain kita dapat sama-sama menurunkan bounce rate. apa yang penting…. kerjasama..
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Cara Mudah Buat Backup Blog
Memang susah nak bagi turun bounce rate ni sebenarnya kan? Lagi-lagi untuk yang baru nak naik. Macam saya.
Curahan rasa Fadzmie @ ..Bercuti untuk beberapa hari
Tapi saya ada terbaca plugin untuk related post seperti linkwithin contohnya menaikkan bounce rate kita.
Sebab bila orang tekan pada entri kita di linkwithin, traffik akan masuk ke website linkwithin dulu dan kemudian baru redirect semua ke blog kita. Maknanya traffik tu akan keluar dulu dan lepas tu baru masuk semula ke blog kita.
Macam mana ek? Betul atau tak perkara ni?
sama je, lagi bagus yang tu input traffic..hehe
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Let’s Settle This First
Betul la tu, LinkWithin akan naikkan bounce rate sebab redirect dulu ke site LinkWithin.
Cubala nRelate, tiada redirect.
Curahan rasa GreenLava @ ..How to reinvigorate your blog after a long break
Linkwithin tu memang nampak cantik menarik dengan thumbnail lagi tapi tak sesuai utk menurunkan bounce rate jadi lebih baik guna WP plugin atau kalau pandai adjust coding sendiri.
serius? haha abang nara macam saya la dulu, setiap kali refresh..
tapi sekarang dia femes dah woot!
bounce rate saya lagi gila, nak tengok? hehe
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..iCopy – Pengimbas Printer Mudah Digunakan
Nara mmg inspirasiku. Orang pun tak lokek ilmu dan rendah diri. Idola blogger malaysia. Nama ada tapi tak lupa diri. Mmg respect
blog paling spontan! kan best kalau dia lawat & drop comment..hihi
1st nampak obe lepas sini 🙂
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Google Update Pagerank Kedua 2012
abg nara memang awesome…abg denaihati pon ape kurangnye kn..hehe
Curahan rasa paih @ ..Debat PTPTN Khairy – Rafizi [FULL]
pergh, terbaik lah abang nara
Curahan rasa azriMy @ ..Ulasan 1Malaysia Pad
Mesti sabar betul baru bisa seperti mereka ini dan perlu belajar menulis dengan baik dulu
Curahan rasa Munir ardi @ ..Saya, Denaihati dan Bang Iwan
trafik 200 ribu sehari?????? dasyat gilerla… trafik sy nak cecah 300 sehari pun sakit…hihi
Curahan rasa lin azlina @ ..Mohon dihebahkan SOS! Adik Iskandar
benarlah 3 tahun ngeblog tak bisa sebanyak itupun CK ck
Curahan rasa Munir ardi @ ..Saya, Denaihati dan Bang Iwan
Bang Munir dah tak bisa, apalagi saya…
Curahan rasa Dadan @ ..Mashur Dalam Pandangan Allah
nak try la …
Curahan rasa spudin @ ..Tazkirah : Lelaki Berinai Adalah Haram
Comments are closed.