Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Dulu aku memang pengguna setia Nokia, modal terakhir Nokia E90 yang memang sesuai untuk usahawan. Bila Blackberry diperkenalkan majoriti rakan-rakan perniagaan berpindah dari Nokia E90 ke BB.
Lama juga aku nak ubah fikir dari Nokia ke Blackberry. Rakan-rakan bisnis ramai yang pujuk aku supaya tukar kepada BB katanya memudahkan urusan bisnis paling best ada BBM. Akhirnya dunia Nokia berakhir untuk aku bila berhijrah ke dunia smartphone paling top di dunia ketika itu Blackberry. Aku guna Blackberry bold hitam.
Kehebatan Blackberry tidak tahan lama apabila smartphone jenama baru iPhone dan Samsung dilancarkan. Blackberry tiada pilihan selain terpaksa transform mengikut trend semasa. Kalau dulu Blackberry terkenal dengan Qwerty Keyboard kini terpaksa juga berubah kepada touch screen dengan model Blackberry Z10. Setakat ini abang ensem masih setia dengan qwerty keyboard sehingga sanggup tak berubah kepada jenama lain.

Pada 25/9/13 Blackberry Malaysia serentak seluruh dunia telah melancar Blackberry Z30 dengan skrin besar lima inchi. Terima kasih kepada Blackberry yang telah menjemput aku bersama berberapa top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus, Abang Ensem dan Anne Raihan. Melihat Blackberry Z30 memang nostalgia mengingatkan aku pada Blackberry Bold yang dah kena rembat dengan pencuri masa rumah kena pecah.
[box type=”shadow”]BlackBerry Z30 membawakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, dan dilengkapi dengan BlackBerry OS 10.2, menyertakan beberapa penambahan fungsi baru bersama-sama dengannya. Sokongan kamera pada BlackBerry Z30 juga turut sama ditambah baik, selain mana menyertakan bateri berkapasiti 2880mAh, dan juga dilengkapi cip pemprosesan 1.7GHz dwi-teras. BlackBerry Z30 turut sama menyertakan sokongan audio yang lebih baik melalui Stereo Speaker yang disertakan bersama-sama dengannya – Amanz [/box]
Balckberry Z30 Malaysia telah memasuki pasaran pada 5/10/13 pada harga RM1998. Berita terkini aplikasi BBM telah dilancarkan di sistem iOS dan Android yang membolehkan pengguna ketiga-tiga sistem berinteraksi. Sambutan sangat hebat dimana dalam tempoh sehari sahaja lebih 10 juta pengguna iOS dan Android telah download aplikasi BBM dan menjadi top ranking di Apple Store. Selepas ini bolehlah Abang Ensem yang setia dengan Blackberry nya berinteraksi dengan aweks gelapnya yang pasti tak menggunakan BB. Jom download aplikasi BBM dan berinteraksi dengan kekawan yang masih menggunakan BB.
Cuma aku risau Blackberry Z30 menjadi antara produk terakhir Blackberry kerana ketidak stabilan syarikat Research in Motion. Berita terbaru Fairfax Financial Holdings Limited telah mengambil alih Research in Motion pada harga melebihi USD4billion dan menukar nama kepada Blackberry Limited. Ketidak stabilan Blackberry telah menyebabkan CEO Blackberry Malaysia, Annamalai Muthu meninggalkan syarikat tersebut dan digantikan oleh Ben Quirin.
Semuga perubahan ini akan membolehkan Blackberry terus bersaing dalam dunia gajet yang semakin dinamik terus berubah dengan berbagai aplikasi dan sistem terbaru terutamanya persaingan antara Apple dan Samsung. Kepada yang tak sangguh berubah pasti akan ketinggalan.
67 Comments
thanks udah bebagi… BB sekarang udah nggak nggigit kayak dulu ya.. apalagi sekarang banyak android udah bisa BBM an..
Lebih suka pake Samsung atau sistem operasi Android ketimbang BlackBerry. Lagian klo BlackBerry kan cuman bisa BBMan doang…. Sipp,, makasih informasinya..
Curahan rasa Deni @ ..Harga HP Terbaru Samsung Galaxy Young Neo Duos Lengkap Spesifikasi
Terimakasih informasinya mbak dehaihati, saya senang sekali berkunjung ke website anda semoga sukses selalu
Curahan rasa Amanda T @ ..Pengobatan Baru Untuk Osteoarthritis dan Nyeri Sendi
Handphone yang takde qwerty keyboard paparan skrinnya besar. Jadi sesuai untuk semua. Boleh scroll down and up je.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Blackberry sekarang dah mengikut trend smartphone terkini iaitu dengan mengaplikasikan penggunaan skrin sentuh. Sekarang semua suka smartphone yang takde qwerty keyboard.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Dulu pun ada juga hati untuk beli BB jenis qwerty…tapi, terbeli pula Samsung sebab ingin mencuba touch screen…hehe..
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Itulah. Saya pun ada niat nak pakai BB juga tapi selepas tu dunia smartphone semakin maju dan rancak dengan paparan skrin sentuh.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
blackberry ni macam apple, gunakan aplikasinya sendiri. bagus juga kerana mereka pandai berdikari. tapi wawa rasa mereka kena upkan sikit fungsi blackberry ni supaya tadi top balik sebaris dengan apple dan samsung
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
walaupun jenama blackberry semakin tenggelam, tapi tak mustahil blackberry dpat naikkan balik nama mereka. dengan upkan sikit kecanggihan pada smartphone mereka, comfirm pengguna akan tertarik
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Yup betul. Bila saya tengok z3 ni pun rasa dah tertarik. Sekarang banyak pilihan nak pilih smartphone. Tak macam masa tahun 2010.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Blakberry belum terkubur tetapi ianya semakin kurang mendapat perhatian dan permintaan. Perlukan sesuatu yang WOW factor dan Unik utk kembali bersaing
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Selama ini belum pernah lagi pakai smartphone blackberry. Blackberry ini macam menarik jugak lah. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
wawa pun belum pernah guna blackberry lagi. haritu try guna yang kawan, susah juga nak pakai mungkin blacberry ini bukan citarasa wawa
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Pernah pegang hp blackberry tapi tak pernah paki smartphone. Nampak phone ini agak keterbelakang sedikit. 😀
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
wawa pun sama. pernah pegang tp bukan kepunyaan sendiri. walaupun nama blackberry semakin pudar dalam ingatan pengguna, wawa yakin masih ada lagi pengguna yang menggunakannya
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
produk BB dah tak macam dulu. BB dah undur jauh dibelakan apple dan samsung
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
zaman wawa sekolah dulu, ramai students sekolah pakai hp blackberry berbanding hp samsung. sekarang walaupun blackberry dah slow tapi masih ada lagi yang setia menggunakannya
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Blackberry menggunakan aplikasinya yang tersendiri. Mungkin ianya adalah saingan iPhone yang juga menggunakan aplikasi sendiri. Tak pasti. Telah lama tidak memakai Blackberry.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hahaha…akhirnya goyang juga kan.
Sebelum ni BB kan mencuri perhatian ramai orang lain dengan kecanggihan apps nya tu.
Jadi nokia jugak la lepas ni.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
dari segi design menang cantik…tapi berat sikit lah…overall utk travel bbz30 ni memang sesuai. byk apps travel boleh di download..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Dapatkan Servis Dari Lelaki Gigolo
Comments are closed.