Betul ke ganti MyKad siap dua jam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru minta kawan uruskan renew road tax kereta, memang boleh renew road tax online tapi saja nak bantu bisnis kawan-kawan. Lupa nak ingatkan kawan guna alamat baru jadi dia renew road tax ikut alamat lama yang tercatat di MyKad jadinya wakil MyEG pun hantarlah road tax itu ke rumah alamat lama. Susah juga bila MyKad guna alamat rumah lama jadi masalah bila dokumen penting menyimpang ke tempat lain. Nampaknya sudah tiba masanya aku tukar MyKad baru.

Sekarang mudah sebenarnya nak ganti MyKad boleh diuruskan secara online dan boleh semak status pemohonan MyKad secara sms. Tapi baru-baru ini aku terbaca status FB Kak Jie ramai kawan-kawan kongsi pengalaman boleh tukar MyKad dalam tempoh sehari sahaja. Isteri aku pun beritahu abang dia buat MyKad untuk anak di Pejabat Pendaftar Shah Alam di Plaza Masalam siap sehari je.

[box type=”shadow”]

Antara Pengalaman Ganti MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara

Muhammad Tarmizi : K.j kalau kat jpn putrajaya siap dlm masa 2 jam…parking public ada kat belakang jpn tu

cara_ganti_mykad
Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (MyKad) – Sumber google

Ellie Toh : Itu semua bohong semata. Siap dalam masa 2 – 4 minggu kakak ku sayang.  Ellie &family dah kena. Siap selepas 2 minggu. Buat di JPN Putrajaya. Ahhhhh… semua itu BOHONG!

Inginkan Harta Yang Diberkati?
[/box]

Bila baca status FB Kak Jie jadi pening pulak macam-macam pengalaman yang dilalui oleh kawan-kawan ketika nak ganti MyKad. Paling terbaik pengalaman Blogger Muhamad Tarmizi ganti MyKad hanya dua jam sahaja manakala Ellie Toh lebih dua minggu baru siap. Kenapa jadi macam ini kan sepatutnya Jabatan Kerajaan ada carta aliran kerja yang mesti dipatuhi.

ciri_ciri_keselamatan_mykad_baru

Memang sepatutnya semua Warga Malaysia sudah menukar MyKad yang lebih kualiti bermula Januari 2012 tetapi bukanlah wajib. Kelebihan pada MyKad baru ialah menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf. MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

kelebihan_mykad_baru

Kita tunggu apa pengalaman Kak Jie menukar MyKad suami beliau di Jabatan Pendafataran Negara Putrajaya. Kalau memang betul ganti MyKad boleh siap dua jam memang menjadi keutamaan aku untuk menukar MyKad yang sudah lebih 10 tahun ini. Kepada yang ada pengalaman ganti MyKad baru sila kongsikan untuk rujukan kita bersama.


Spread the love

138 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!