Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ALLAH punya kerja kebetulan tarikh Panda 4.0 dilepaskan oleh Google dengan kedatangan tetamu Malaysia dari China, Beruang Panda hampir sama. Cuma bezanya kehadirana Panda 4.0 tidak dikisahkan sesiapa tidak seperti beruang panda Fu Wa dan Feng Yi yang mendapat serangan cyber troops parti politik yang menjadi viral di sosial media. Memang tak pelik dengan serangan cyber troops politik yang bertujuan memanupulasi minda pengikut setia yang terus berjangkit dari satu smartphone ke satu smartphone dan jadi bahan bicara di warung kopi hingga ke surau.

gambar Beruang panda akan diterbangkan dari China oleh MASkargo
Beruang panda akan diterbangkan dari China oleh MASkargo

Setelah aku buat sedikit kajian rupanya program Diplomasi Panda oleh Kerajaan China sudah berjalan sejak zaman Dinasti Tang pada tahun 625, yang pertama kepada Maharaja Jepun. Sudah lama rupanya programa ini berjalan kalau tidak disebabkan kontroversi Beruang Panda Malaysia ini mesti sampai mati pun aku tak tahu ilmu ini. Malaysia adalah antara banyak negara yang telah menerima Giant Panda untuk program Diplomasi Panda.

gambar panda Fu Wa dan Feng Yi
Beruang Panda Fu Wa dan Feng Yi

Dari pembacaan aku ramai yang mempersoalkan jumlah duit sebanyak RM70 juta yang Kerajaan akan keluarkan untuk panda Fu Wa dan Feng Yi semalam 10 tahun berada di Malaysia. Mungkin cara fikir kita berbeza. Melihat China sebagai kuasa ekonomi dunia yang baru dengan nilai perniagaan ber trillion dollar tidak salah Kerajaan mengeluarkan modal sebanyak RM70 juta dalam masa 10 tahun maknanya RM7 juta setahun untuk memelihara beruang panda demi untuk mendapat pulangan ekonomi yang lebih besar. Mana ada perniagaan tidak keluar modal terutama untuk mendapat nilai perdagangan ratusan billion yang akhirnya memberi nilai ekonomi seperti sumber pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia. Orang kita memang ramai yang suka berniaga dengan air liur tapi harap untung beribu lipat kali ganda tapi akhirnya semua jadi angan-angan Mat Jenin.

gambar kandang beruang panda Malaysia
Rumah Panda Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara

Beruang panda Malaysia, Fu Wa dan Feng Yi tiada bezanya dengan Google Panda 4.0 menjadi alat kepada mereka yang bijak mengambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaan. Alhamdulillah trafik blog Denaihati meningkat setelah Panda 4.0 dilepaskan oleh Google dengan berbagai keyword lama naik semula dalam carta carian pembaca. Bayangan kalau kita pandai menggunakan ilmu SEO dengan menggunakan keyword tertentu untuk menakluki Google dengan produk-produk tertentu sudah pasti hasil jualan melalui blog dan websita akan meningkat dengan kehadiran Panda 4.0.

[box type=”shadow”]Edinburgh Zoo received its pandas in 2011. An agreed annual sum, paid to the Chinese government, is earmarked for giant panda conservation projects in the wild. But shortly after the panda exchange, trade deals were signed for salmon, renewable energy technology and Land Rover vehicles contracts worth an estimated £2.6b. Additional, Scottish exports to China have almost doubled in the past five years to £500m ($800m) – Sumber [/box]

Tak boleh nak salahkan cyber troops memang tugas mereka menyerang tak kira baik atau buruk cuma kita sebagai manusia mesti menilai setiap informasi dengan wajar. Cakap politik memang tak susah nak hapuskan tol sebagainya tetapi parking yang entah berapa ringgit pun tak terhapus (heeee … marahlah ni sebab dah berapa kali kena saman parking kat Shah Alam). Memanglah kesan program Diplomasi Panda tidak secepat kesan Panda 4.0 yang boleh dilihat dalam tempoh beberapa hari sahaja setelah dilepaskan. Tapi itulah kekuasan ALLAH tidak menjadikan setiap manusia itu sama daripada apa juga segi termasuk cara fikir.

Syukur ALLAH bagi peluang kepada aku untuk melihat Beruang Panda ketika Kembara Beijing.

153 Comments

  1. Tuan denaihati,

    Saya kurang faham pasal panda 4.0 tu. Tak dapat nak hadam lagi ni. Hehe. Panda Fung Wa dan Feng Yi dapatlah faham.

    Saya perasan banyak kempen/promosi menggunakan panda setelah kedua panda ini viral kat Malaysia. Kalau tak takkan tetiba ada biskut panda. kan?
    Curahan rasa AlamHati @ ..Rebet Khas RM50 #MYCyberSALE LazadaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!