Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ALLAH punya kerja kebetulan tarikh Panda 4.0 dilepaskan oleh Google dengan kedatangan tetamu Malaysia dari China, Beruang Panda hampir sama. Cuma bezanya kehadirana Panda 4.0 tidak dikisahkan sesiapa tidak seperti beruang panda Fu Wa dan Feng Yi yang mendapat serangan cyber troops parti politik yang menjadi viral di sosial media. Memang tak pelik dengan serangan cyber troops politik yang bertujuan memanupulasi minda pengikut setia yang terus berjangkit dari satu smartphone ke satu smartphone dan jadi bahan bicara di warung kopi hingga ke surau.
Setelah aku buat sedikit kajian rupanya program Diplomasi Panda oleh Kerajaan China sudah berjalan sejak zaman Dinasti Tang pada tahun 625, yang pertama kepada Maharaja Jepun. Sudah lama rupanya programa ini berjalan kalau tidak disebabkan kontroversi Beruang Panda Malaysia ini mesti sampai mati pun aku tak tahu ilmu ini. Malaysia adalah antara banyak negara yang telah menerima Giant Panda untuk program Diplomasi Panda.
Dari pembacaan aku ramai yang mempersoalkan jumlah duit sebanyak RM70 juta yang Kerajaan akan keluarkan untuk panda Fu Wa dan Feng Yi semalam 10 tahun berada di Malaysia. Mungkin cara fikir kita berbeza. Melihat China sebagai kuasa ekonomi dunia yang baru dengan nilai perniagaan ber trillion dollar tidak salah Kerajaan mengeluarkan modal sebanyak RM70 juta dalam masa 10 tahun maknanya RM7 juta setahun untuk memelihara beruang panda demi untuk mendapat pulangan ekonomi yang lebih besar. Mana ada perniagaan tidak keluar modal terutama untuk mendapat nilai perdagangan ratusan billion yang akhirnya memberi nilai ekonomi seperti sumber pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia. Orang kita memang ramai yang suka berniaga dengan air liur tapi harap untung beribu lipat kali ganda tapi akhirnya semua jadi angan-angan Mat Jenin.
Beruang panda Malaysia, Fu Wa dan Feng Yi tiada bezanya dengan Google Panda 4.0 menjadi alat kepada mereka yang bijak mengambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaan. Alhamdulillah trafik blog Denaihati meningkat setelah Panda 4.0 dilepaskan oleh Google dengan berbagai keyword lama naik semula dalam carta carian pembaca. Bayangan kalau kita pandai menggunakan ilmu SEO dengan menggunakan keyword tertentu untuk menakluki Google dengan produk-produk tertentu sudah pasti hasil jualan melalui blog dan websita akan meningkat dengan kehadiran Panda 4.0.
[box type=”shadow”]Edinburgh Zoo received its pandas in 2011. An agreed annual sum, paid to the Chinese government, is earmarked for giant panda conservation projects in the wild. But shortly after the panda exchange, trade deals were signed for salmon, renewable energy technology and Land Rover vehicles contracts worth an estimated £2.6b. Additional, Scottish exports to China have almost doubled in the past five years to £500m ($800m) – Sumber [/box]
Tak boleh nak salahkan cyber troops memang tugas mereka menyerang tak kira baik atau buruk cuma kita sebagai manusia mesti menilai setiap informasi dengan wajar. Cakap politik memang tak susah nak hapuskan tol sebagainya tetapi parking yang entah berapa ringgit pun tak terhapus (heeee … marahlah ni sebab dah berapa kali kena saman parking kat Shah Alam). Memanglah kesan program Diplomasi Panda tidak secepat kesan Panda 4.0 yang boleh dilihat dalam tempoh beberapa hari sahaja setelah dilepaskan. Tapi itulah kekuasan ALLAH tidak menjadikan setiap manusia itu sama daripada apa juga segi termasuk cara fikir.
Syukur ALLAH bagi peluang kepada aku untuk melihat Beruang Panda ketika Kembara Beijing.
153 Comments
comei anak panda ni..xberkesempatan lagi na melawat kt zoo..
Comelnya beruang panda Fu Wa dan Feng Yi ini. Teringin jugak nak tengok beruang panda ini. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
mereka memang comel..dalam gambar pun dah comel..inikan pulak tengok depan-depan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
bila nak pegi zoo negara ni..tak sabar nak tengok panda..berapa RM ye nak masuk zoo negara?selain panda..nak tengok jugak haiwan-haiwan lain
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
kalau tak baca blog tuan Denaihati teman taktau pun nama panda ni.. Fu wa dan Feng Yi.. sangat-sangat comel
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
alahai.. comel pulak Beruang Panda yang tengah gigit jari tu.. hahahaha.. gigit jari ke tu?
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
tak pernah tengok panda tuh lagi dan tak minat pun .. tapi saa masih lagi tak faham pasal panda 4.0 tuh .. kena banyak baca lagi nampaknya baru faham …
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
teman pun tak berapa nak faham tenatng panda 4.0 tu, pastu ada Penguin lak? adeh.. memang ketinggalan rupanya teman ni..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
Saya pun sama ni sis, masih tak faham pun tentang panda 4.0 ni apa. Hehe 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Panda 4.0 juga memberi kesan besar terhadap trafik blog saya yang meningkat berkali ganda serta semakin mendapat perhatian robot Google untuk mudah berada dikedudukan terbaik dienjin carian. Namun yang tak bestnya… Nak tengok Panda di Zoo kena bayar lebih! huhu…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
ha2.. tengok Panda di zoo kena bayara lebih? betul ke ni? ada beza lak haiwan2 kat zoo tu yea?
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
memang betul, kalau nak tengok panda ni kena bayar lebih. mahal pulak tu. haha
binatang yang comel dan cute panda kan hihih..comel ja..ok jugak dia bawa ke malaysia boleh gak rakyat tgk secara live
Curahan rasa adna2029 @ ..A young mother does the unexpected when protecting her daughter from the rain. Watch.
Panda sebagai tanda ikatan diplomatik Malaysia dan China. Sekurang-kurangnya dapat juga rakyat Malaysia tengok Panda depan mata
Curahan rasa kizmyself @ ..This Is Kuala Pilah Legend
ada jugak peluang utk rakyat malaysia tengok panda ni depan depan. lagi pun dia hampir pupus
Persamaan Panda 4.0 dan Panda Malaysia:
1. Kedua-duanya ada perkataan Panda.
2. Kedua-duanya jadi buah mulut yang panas.
Selain daripada tu, saya nampak perbezaan je. Hehe
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Terima kasih kerana membuka minda berkenaan isu panda ini. Walaupun tak pasti berapa pulangannya, mungkin membuka peluang urusan ekonomi dan kerjasama yang jauh berlipat kali ganda, haraplah ianya berbaloi kelak.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
rm70 juta ke wang dikeluarkan untuk memelihara Fu wa dan Feng yi? Baru tahu kisah sebenanya. Sebelum ni dengar orang bercerita je. KAlau kelapangan nanti nak juga pergi melawat fu wa dan feng yi ni. Bila tengok gambar diaorang rasa nak peluk pulak panda tu.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Banyak wang yang di gunakan untuk panda ini, tempat tinggal panda pun dilengkapi macam2 demi untuk keselesaan panda Fu Wa dan Feng Yi..memang mewah panda panda ni,
saya belom kesempatan lagi nak melawat panda ni,
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
sehingga ada pulak yang kata mewahnya hidup panda, maka teringin nak jadi panda pulak diorang.. ha2.. sekadar jenaka jer tu, takkan nya diorang nak duduk dalam kandang panda kot yea..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Banyak dilaburkan duit untuk panda ni kan..secara tak lansung panda terus di kenali ramai..belum bekesempatan nak menjengah panda Fu Wa dan Feng Yi ni secara live.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
mewahnya hidup panda2 ni.. maintenance tinggi nak bela panda. tapi berbaloi ke?
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.