Berapakah Margin Keuntungan Blog?


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog ariffshah.com.  Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :

stockfresh 713310 return of investment sizeXS Berapakah Margin Keuntungan Blog?

Penulisan blog boleh dijadikan sebagai perniagaan. Tak tipu. Ramai yang dah berjaya dan semakin ramai yang ingin  mengikut jejak langkah ini. Berapa banyak sebenarnya margin keuntungan seorang blogger?

Katakan income bulanan seorang blogger adalah RM1500. Konon-kononnya sebulan blogger tersebut dapat minimum macam tu.

Kos yang ditanggung oleh blogger tadi:

  • Bil elektrik – RM50/bulan
  • Bil internet – RM150/bulan
  • Installment komputer/laptop – RM 150/bulan
  • Kos server – RM180/tahun
  • Domain – RM40/setahun
  • Masa (minimum 1 jam sehari)

Jumlah kos tadi kita kira untuk setahun dan jumlahkan

(50*12) + (150*12) + (150*12) + 180 + 40 = 4440.

Pendapatan setahun adalah 1500 * 12 = 18000

Jumlah bersih = 18000 – 4440 = 13560

Peratus margin keuntungan = (untung bersih/kos)*100 = (13560/4440)*100 = 305.4%

Sekarang cuba cakap sikit, siapa tak nak ada kerja sambilan dengan margin keuntungan yang tinggi macam ni?

Saya kurang berminat untuk menjadi full-time blogger. Lebih selesa kalau ada kerja tetap dan blog sebagai sumber pendapatan tambahan (insya allah) kalau ada. Setakat ni, alhamdulillah. Cuma nak tunggu dapat kerja tetap je..

Saya juga kurang berminat dengan keuntungan yang sekejap. Contoh, buat blog copy paste dan feed pada fanpage banyak2. Kos banyak tu beb. Makan banyak masa. Lama-lama orang makin kurang sebab tak original dan entri copy paste. Lama-lama jadi tak releven. Saya lebih suka slow going but sure macam niche personal blog. Relax je. Income memang slow, tapi personal blog ni sampai bila-bila boleh maintain.

Kepada yang dah bertahun menulis blog, sudah sampai masanya anda mengambil kesempatan daripada blog untuk mengukuhkan ekonomi anda. Memang anda buat blog bukan untuk buat duit, tapi dalam Islam kita digalakkan mencari kekayaan. Takpelah kalau tak nak duit banyak, boleh beri pada pembaca setia. Boleh contohi konsep blog Denaihati – Hidupkan untuk memberi. Tak gitu? =)

Istimewa di denaihati.com
  • anif 23 April 2012 at 11:35 am

    Cukuplah sekadar jadi blogger kecil-kecilan. Kalau pun hasilnya tidak seberapa, tetap puas hati :D
    Entri terbaru anif – F1- Sebastian Vettel Menang Di Bahrain!My Profile

  • sutera 23 April 2012 at 10:08 am

    betul tu…dulu pun sy berfikiran blogging hya suka2, tp kdg2 terfikir, smpai bila? mmgla just suka2 berkongsi, tp at least blh bg hasil jgk utk diri, so bt kptsn cuba beli domain sndri dulu..kalo dh okey, nk try beli hosting plak :)
    Entri terbaru sutera – KISAH PERKAHWINAN BLOGGER. TAK SANGKA DAH LAMA KENAL MEREKA SAMPAI DAH JADI ISTERI ORANG.My Profile

  • saifulizan 23 April 2012 at 8:39 am

    kalau 1500 sebulan mmg byk tu…….brapa pv sehari perlu untuk dpt 1500 tu?
    Entri terbaru saifulizan – 27 Gambar Kreatif dan Lucu AnakkuMy Profile

    • Nana 24 April 2012 at 1:09 am

      saya rasa kalau sya dapat sampai rm1500 sebulan, bail x payah kerja lain…tp mcm ner yer?
      Entri terbaru Nana – Masih adakah cinta sejati?My Profile

  • zool 23 April 2012 at 12:18 am

    Betul la tu.. Saya memang slow yang amat. hahahaha
    Entri terbaru zool – Ariff Zulkifly kini beraksi dengan kelab New ZealandMy Profile

  • saripati manggis 22 April 2012 at 9:12 pm

    kalau bagus blognya pasti lebih untung nih

    • Ibang S R 24 April 2012 at 7:52 pm

      Tentunya, bakalan punya untung yang sangat besar.
      Entri terbaru Ibang S R – Best CribsMy Profile

  • azura 22 April 2012 at 6:41 pm

    sangat berusaha untuk merealisasikannya
    Entri terbaru azura – Fizo Omar SingleMy Profile

  • Nana 22 April 2012 at 6:34 pm

    tringin nak jadi seperti bloger2 yg dh bjaya…
    Entri terbaru Nana – BercumbuMy Profile

  • dzuandiey 22 April 2012 at 5:21 pm

    setuju…saya tak akan jadi full time blogger..tapi blog ini sebagai tempat meluahkan segala benda yang boleh dikongsi.. :-)
    Entri terbaru dzuandiey – Suami Lemas Dalam DakapanMy Profile

    • Nana 24 April 2012 at 1:07 am

      yalah…klo ada masa terluang jer lah…
      Entri terbaru Nana – BercumbuMy Profile

  • Norizwan 22 April 2012 at 5:09 pm

    inyaAllah cuba cari duit melalui blog…:)
    Entri terbaru Norizwan – (8 gambar) Manusia dua kepala satu aggota badanMy Profile

  • 4d 22 April 2012 at 1:08 pm

    setuju juga tapi kononnya tertakluk kepada macam mana anda menjaminkan traffic ke blog anda. Kena tau sikit SEO dan cara untuk bawa traffic ke blog anda.

  • Buka Mata 22 April 2012 at 12:23 pm

    Lumayan jg kalau dihitung2. Artikel yg bagus. Thks ya informasinya.

  • Pisyek 22 April 2012 at 11:15 am

    lumayan jugak jadi blogger nih. hehehe :D
    Entri terbaru Pisyek – I am Nikon? No, I’m Pisyek!My Profile

  • rudy hartono 22 April 2012 at 10:15 am

    kalau saya belum terpikir ke arah sana, traffik blog pengunjung masih minim
    Entri terbaru rudy hartono – Barcelona vs Real Madrid Skor 1-2 (21 April 2012)My Profile

  • aelfi 22 April 2012 at 2:58 am

    laju sangat pun confirm terbabas.biar slow janji maintain.
    Entri terbaru aelfi – botol buruk ini menunggu masa untuk dibuangMy Profile

    • dzuandiey 22 April 2012 at 5:23 pm

      `sokong…huhu….steady jer kan..huhu
      Entri terbaru dzuandiey – Suami Lemas Dalam DakapanMy Profile

    • Nana 24 April 2012 at 1:05 am

      saya pun sokong jugak…
      Entri terbaru Nana – BercumbuMy Profile

  • sweetkurma 22 April 2012 at 12:45 am

    sangat setuju dengan entry ni, biar lambat tapi istiqamah, biar sikit tapi kumpul2 jadi banyak…

    • Nana 24 April 2012 at 1:04 am

      sikit2, lama2 jd bukit…
      Entri terbaru Nana – BercumbuMy Profile

1 6 7 8 9 10 11


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network