Berapakah Margin Keuntungan Blog?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog ariffshah.com.  Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :

Penulisan blog boleh dijadikan sebagai perniagaan. Tak tipu. Ramai yang dah berjaya dan semakin ramai yang ingin  mengikut jejak langkah ini. Berapa banyak sebenarnya margin keuntungan seorang blogger?

Katakan income bulanan seorang blogger adalah RM1500. Konon-kononnya sebulan blogger tersebut dapat minimum macam tu.

Kos yang ditanggung oleh blogger tadi:

  • Bil elektrik – RM50/bulan
  • Bil internet – RM150/bulan
  • Installment komputer/laptop – RM 150/bulan
  • Kos server – RM180/tahun
  • Domain – RM40/setahun
  • Masa (minimum 1 jam sehari)

Jumlah kos tadi kita kira untuk setahun dan jumlahkan

(50*12) + (150*12) + (150*12) + 180 + 40 = 4440.

Pendapatan setahun adalah 1500 * 12 = 18000

Jumlah bersih = 18000 – 4440 = 13560

Peratus margin keuntungan = (untung bersih/kos)*100 = (13560/4440)*100 = 305.4%

Sekarang cuba cakap sikit, siapa tak nak ada kerja sambilan dengan margin keuntungan yang tinggi macam ni?

Saya kurang berminat untuk menjadi full-time blogger. Lebih selesa kalau ada kerja tetap dan blog sebagai sumber pendapatan tambahan (insya allah) kalau ada. Setakat ni, alhamdulillah. Cuma nak tunggu dapat kerja tetap je..

Saya juga kurang berminat dengan keuntungan yang sekejap. Contoh, buat blog copy paste dan feed pada fanpage banyak2. Kos banyak tu beb. Makan banyak masa. Lama-lama orang makin kurang sebab tak original dan entri copy paste. Lama-lama jadi tak releven. Saya lebih suka slow going but sure macam niche personal blog. Relax je. Income memang slow, tapi personal blog ni sampai bila-bila boleh maintain.

Kepada yang dah bertahun menulis blog, sudah sampai masanya anda mengambil kesempatan daripada blog untuk mengukuhkan ekonomi anda. Memang anda buat blog bukan untuk buat duit, tapi dalam Islam kita digalakkan mencari kekayaan. Takpelah kalau tak nak duit banyak, boleh beri pada pembaca setia. Boleh contohi konsep blog Denaihati – Hidupkan untuk memberi. Tak gitu? =)


Spread the love

446 Comments

  1. setuju dengan entri ni, tapi kena usaha lebih sikit lah, bukan apa, ada sesetengah orang, daftar blogspot, daftar nuffnang, seminggu lepas tu dah merungut2 earning ciput, terus quit. well, nama pun passive income kan…

    bagi aku, pandai-pandailah cari tempat nak buat duit. internet ni luas kan? kena sabar. haha.. btw, bukan nak ckp apa lah, aku cash-out reward denai hati ni lagi cepat dari cash out nuff..
    Curahan rasa Omar @ ..Aplikasi Trafik Kuala LumpurMy Profile

  2. salam bro. aku bersetuju yang menulis blog ada potensi sebagai sumber pendapatan. tp hendak menuju kepada memperoleh pendapatan tu bukan kerja senang. kita lihat blogger malaysia makin ramai, dan bertambah ramai, tp yang berjaya buat side income dengan blog berapa kerat sangat, ada yang dah blogging bertahun, berusaha mcm, tp still “did not able to make money blogging”. Mungkin belum rezki lagi. mungkin top blogger sprti Denaihati dan Arif Shah boleh share lagi byk tip and trick, mcm mana sebenarnya nak buat side income dengan blogging ni. just my 2cent.
    Curahan rasa Fyzal @ ..Who’s Serious Bloggers?My Profile

  3. Rakan Blog adalah website untuk exchange link sesama bloggers…pun boleh ping entry…tak kisah entry lama pun…
    ~bantu membantu sesama bloggers…lepas tu kita sama2 kira margin …ok

  4. teringin juga mendapat income sampingan dengan berblog ni.kalau ada rezeki adalah tu.apa pun selamat berblog kepada rakan-rakan blogger.

      1. Mungkin maksudnya kita menulis apa yg kita rasa nak tulis dan yang pwnting org suka dan ada yang datang membaca, jadi adalah income nya 🙂
        Curahan rasa Myra Jay @ ..BE Baru 2012My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!