Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Rata-rata sudah mengetahui Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog yang akan berlangsung pada 13 Disember 2014 pada Sabtu ini di Dewan Sultan Muhamad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Alhamdulillah, pelbagai pihak sudi memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan seminar ini. Inilah yang dinamakan power of networking.
Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf, Jopana Resources, Sinar Harian, Amariman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen, Klikjer , Choc4gaza dan semua penaja-penaja lain yang telah membantu menjayakan majlis ini secara lansung dan tidak lansung.
Aturcara pun sudah dikemaskini dan kini sudah hampir kepada proses penyiapan tempat di mana akan berlangsungnya seminar tersebut. Seunit iPhone 6 yang baru sahaja dibeli akan menjadi cabutan bertuah untuk peserta yang hadir.
Satu lagi keistimewaan mereka yang hadir pada seminar kali ini adalah perkongsian dari speaker yang berpengalaman di dalam bidang affiliate ini. Bagaimana untuk memulakan langkah yang bijak bagi menjana pendapatan ekonomi gaya baru. Blogger kini perlu lebih proaktif dalam mencari income tambahan dan tidak hanya kepada iklan dan advertorial sahaja. Bagi yang kurang masa untuk pergi ke event yang kebanyakannya di Lembah Klang, inilah masanya untuk pelajari teknik membuat duit.
Alhamdulillah sehingga kini ada peserta dari negara jiran Indonesia, Singapore dan Kemboja sudah mendaftar. Ada juga peserta dari Jitra, Pulau Pinang dan Johor Baharu yang sudah mendaftar maknanya lokasi bukanlah alasan untuk mencari ilmu.
Zeo Unic dari utara tanahair mampu menjana wang dari affiliate ini. Apakah kita masih di takuk lama dan selesa dengan apa yang ada? Seminar ini bertujuan untuk membuka mata dan minda rakan-rakan sekalian. Kepada yang di luar sana masih ada masa untuk mendaftar di Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini. Jom Daftar!!
89 Comments
Yang bagi tips semuanya yang hebat2 dan berjaya. Tu yang jadi inspirasi yang lain ehhh..
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..17 E-Book Buat Duit Online Terlaris Di Pasaran
jadi peluang lain selain iklan dan advertorial dan sudah banyak yang membuktikan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
mungkin akan menjadi peluang baru dalam mencari duit sebagaimana yang sudah dilakukan encik titan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Gigitlah Sunnah Ini Dengan Gerahammu
bertuah yang dapat join event ini akan beroleh ilmu berharga tentang afiliasi dan blogging
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
semua slot speaker begitu menarik encik Titan Eizll dan Prof Hariz sifu dalam dunia blogger dan online media
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
cemburu betul tengok siapa yang dapat pergi. satu ilmu yang sangat berharga ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..5 Bulan Tanpa Laman Sosial
team denaihati sudah sangat bermanfaat karena memberikan pengetahuan baru, sukses terus
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Harapnya ramai sudah mendapat bahagian ilmu masing-masing. Dan moga mereka yang dah berikan ilmu akan bertambah rezeki yang baik. Amin.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Shawl Rekaan Terkini Cantik Bidadary.my
jika ada program seperti ini pada tahun 2015, harap diberitahu awal2 ya 🙂 – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Lawak AC Mizal – Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7
Terima kasih untuk informasinya sangat bermanfaat karena memberikan pengetahuan baru, sukses terus
Terima kasih untuk informasinya sangat bermanfaat dan memberikan pengetahuan baru, sukses terus gan
Huhu…sedihnya tak leh nk join…speaker tu ilmu banyak ha…
Curahan rasa Hafizul @ ..Gaduh Suami Isteri
Akan ada lagi banyak seminar serupa .. jangan risau .. in SHa Allah akan ada peluang, yang penting kena niat dalam hati dan azam.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Shawl Rekaan Terkini Cantik Bidadary.my
semoga team denaihati akan selalu menyelenggarakan event semminar seperti ini di tahun 2015
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
Seminar ini besar ertinya kepada blogger, pasti diadakan lagi jika betullah ada sambutan yang mengalakkan. Semoga banyak memberi manfaat kepada peserta yang hadir.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Itu Lejen IM
saya berharap ada blogger yang menulis tentang pengalaman mereka selepas menyertai seminar buat duit ini
Curahan rasa Kakiblog @ ..Servis Promosi Blog Di Ilancee.com
Bertuah sekali yang pergi ke seminar anjuran denaihati ini,melihat rakan blogger yang pergi dan menceritakan pengalaman ke seminar ini..ada sedikit rasa kecewa dan jelous hehe.. apapun tahniah yang telah ke seminar ini,dapat ilmu lebih besar dari harga yg harus di bayar..
Berhubung saya kurang ngerti dengan yang namanya seminar, ikut nimbrung saja saya mah gan gpp kan??
seminar maksudnya seperti berkursus sahabat, mudahan sahabat juga boleh sertai akan datang
Curahan rasa Denaihati @ ..Sumbangan untuk Pertubuhan Nur Kasih
Memberikan ilmu adalah tugas yang sangat berat, yang tidak mungkin dilakukan oleh sembarang orang
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Seminar ni betul2 membuka minda..terima kasih atas perkongsian yang hebat ini.
Curahan rasa ummi @ ..5 Tips Mudah Nak Cantik
Jika dah datang .. dah dapat ilmu, jangan lupa praktikan .. tak perlu tunggu esok lusa, balik je terus buat.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Shawl Rekaan Terkini Cantik Bidadary.my
Comments are closed.