Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali terakhir menulis cerita Arsenal ketika Arsenal menewaskan Hull City 2 – 0 kira-kira dua bulan yang lepas. Bukan kerana aku sudah melupakan Arsenal tetapi tidak mahu kelihatan mendabik dada apabila pasukan kesayangan sedang bertahta di puncak liga. Menulis ketika pasukan diasak dikutuk kerana dibelasah lawan lebih bermakna daripada bermegah dengan kemenangan. Bukan senang nak bersama dengan pasukan yang sedang kalah seperti beberapa sahabat aku penyokong setia Manchester United yang sudah jemu dengan kisah kegagalan MU musim ini.
BPL musim 2013/14 adalah musim yang paling menarik sepanjang aku menjadi peminat setia Arsenal. Ada yang tanya sejak bila aku jadi peminat setia Arsenal … jawabnya sejak menulis blog Denaihati. Sehingga perlawanan minggu ke 24 perlumbaan liga tempat di atas dan di bawah masih bersaing hebat. Perbezaan mata empat pasukan di atas hanya 7 mata dan perbezaan 10 pasukan di bawah hanya 6 mata. Setiap minggu ada sahaja perubahan kedudukan setiap pasukan untuk yang menjadikan persaingan BPL 2013/14 sangat menarik. Pada pendapat aku kejuaraan BPL musim ini akan ditentukan oleh lima pasukan di atas yang tidak tewas kepada sepuluh pasukan di bawah. Maknanya kalau ada pasukan besar tercicir mata kerana tewas kepada pasukan lemah maka peluang pasukan tersebut untuk menjuari BPL adalah nipis.
[box type=”shadow”]
Keputusan Perlawanan Arsenal yang lepas
Arsenal 1 – 1 Everton
Manchester City 6 – 3 Arsenal
Arsenal 0 – 0 Chelsea
West Ham 1 – 3 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Crystal Palace
Arsenal 2 – 0 Cardiff City
Aston Villa 1 – 2 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Fulham
Southampton 2 – 2 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Coventry (FA Cup Pusingan ke 4)
Arsenal 2 – 0 Crystal Palace
[/box]
Februari adalah bulan yang paling mencabar kepada Arsenal. Jadual perlawanan Arsenal bulan Februari bermula 8/3/14, 8.45 pm waktu Malaysia menentang Liverpool di Anfield, kemudian di Emirates 13/2/14, 3.45 am menerima kedatangan Manchester United, 16/2/14, 3.45 am sekali menentang Liverpool untuk FA Cup pusingan ke 5, pada 20/2/14, 3.45 am menentang Bayern Munich untuk Champions League dan pada 22/2/14, 11.00 pm menentang pasukan yang semakin menganas Sunderland. Semuga tiada pemain utama yang tercedera untuk mengharungi perlawanan penting selang beberapa hari sahaja. (Macam manalah diaorang buat jadual ni!!!)
[box type=”shadow”]Keputusan Liverpool vs Arsenal : 5 – 0 [/box]
Bagi aku fokus paling utama Arsene Wenger adalah menewaskan Liverpool, Manchester United dan Sunderland untuk kekal ditahta BPL. Menewaskan Liverpool untuk FA Cup dan Bayern Munich untuk Champions League hanya bonus sahaja. Dalam perlawanan yang kritikal seperti ini sudah pasti Arsenal tidak boleh menang semua dengan mengorbankan pemain yang sama untuk bermain semua perlawanan kerana musim masih panjang lagi. Kecederaan pemain utama sudah pasti akan menganggu rentak kejuaraan yang diidamkan sejak 15 tahun lalu. Arsenal mempunyai gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda yang mantap sudah pasti dapat mengharungi semua perlawanan dengan kemenangan … Go Go Go Gunners teruskan meluaskan jajahan di tahta BPL 2013/14.
Live Keputusan Liverpool vs Arsenal @ Twitter
50 Comments
Hahaha…admin…give me five…kita geng…team arsenal..go go go arsenal… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Comments are closed.