Alexa Ranking tak penting

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alexa ranking tak penting kepada sebahagian blogger. Ramai blogger yang kata alexa ranking bukan satu-satunya indikator untuk menentukan kehebatan sesebuah blog. Banyak lagi indikator lain untuk menentukan kehebatan sesebuah blog seperti pagerank, jumlah trafik, jumlah backlinks, jumlah komen, jumlah pendapatan dan banyak lagi. Aku setuju alexa ranking bukan satu-satunya indikator. Keseimbangan kesemua indikator adalah penting untuk menentukan kehebatan sesebuah blog. Kesabaran sangat penting kerana kejayaan sesebuah blog tidak datang sekelip mata.

Beberapa bulan ini blog Denaihati memang fokus kepada alexa ranking. Aku memang follow tips dalam entri “Cara tingkatkan Alexa Ranking‘ dan hasilnya sangat positif mungkin Rakan Blogger boleh cuba terutama tips no 1 install Alexa toolbar. Kalau nak cuba install Alexa toolbar boleh klik banner di bawah ni.

Get our toolbar!

Terima kasih kepada 22 Rakan Blogger yang sudi review blog Denaihati di alexa blog review. Blog review adalah tips no 4 yang boleh membantu meningkatkan alexa ranking. Kepada yang sudi nak review blog Denaihati sila klik banner blog review di bawah ni. Manalah tahu dengan review Rakan Blogger boleh bantu menjadikan blog no 1 Malaysia mengalahkan blog Beautifulnara (Jangan marah ya abang Nara).

Review https://denaihati.com on alexa.com

Peningkatan alexa ranking blog Denaihati terutama alexa ranking Malaysia memberi kesan yang sangat positif. Terima kasih kepada banyak blog yang telah memberi promosi percuma kepada blog Denaihati dengan menyenaraikan dalam Malaysia top 10 alexa ranking. Hasilnya semakin banyak blogger yang ingin membeli ruang iklan di blog Denaihati dan ini bermakna pendapatan blog Denaihati semakin meningkat. Fenomena ini tidak berlaku ketika blog Denaihati dinobatkan blog berstatus PR4.

Rupanya alexa ranking sangat memberi pengaruh untuk menghasilkan pendapatan kepada blog Denaihati kerana banyak pengiklan yang pandang alexa ranking.

Nota : Jangan lupa daftar sebagai ahli alexa banyak juga faedahnya.


Spread the love

285 Comments

    1. yup..betul tu..ada sesetengah advertiser tidak memilih PR atau Alexa..ada yang hanya memilih geo location sesuatu site tu juga dan tak lupa juga niche bagi sesuatu site sahaja. PR,Alexa dan juga UV tidak diambil kira langsung.

      Jika untuk flipping,biasanya alexa tak dikira pun sebagai aspek utama blog tu mendapat bid yang tinggi,semuanya terpulang kepada advertiser nak yang bagaimana.

      p/s:Alexa rank tak semena-mena menilai blog-blog..ada kriterianya..:D

  1. Masih lagi perkara yang perlu menjadi agenda utama bagi seorang blogger itu adalah penerbitan artikel yang bermanfaat. Kedudukan di mana-mana carta sekalipun hanyalah pemangkin motivasi. Walaupun berada di puncak carta tetapi bahan yang disertakan tidak memenuhi kehendak pembaca atau pencari maklumat tertentu, maka kedudukan itu hanya sekadar kedudukan yang mengaburi mata tetapi tidak memberi faedah.
    Curahan rasa yusenze @ ..Pesanan Ibadah Korban Secara OnlineMy Profile

      1. Secara psikologi PR boleh menjadi daya penarik dan mungkin memberi pengaruh kepada SERP. Kalau hendak dinilai memalui jumlah pengikut rasanya ia bukanlah faktor yang kuat untuk mempengaruhi jumlah trafik unik bagi sesebuah blog itu. Pembaca akan menilai setiap bahan yang disampaikan bukan hanya pada dasar niche sesebuah blog tetapi juga berasaskan ketepatan dan keseronokan membaca bahan yang diterbitkan itu.
        Curahan rasa yusenze @ ..Pesanan Ibadah Korban Secara OnlineMy Profile

        1. Kalau bab psikologi, mesti orang lagi pilih blog yang mempunyai PR tinggi dan Alexa yang kecik berbanding dengan blog langsung tiada PR dengan alexa yang besar walaupun secara realiti blog tu sebenarnya mempunyai content yang berkualiti jika dibandingkan dengna blog yang mempunyai PR tinggi tu. Yer la.. kalau nampak PR tinggi mesti dorang kata blog tu dah established sangat, orang pun selalu datang merujuk sebab itu angka Alexa pun kecik
          Curahan rasa Steward John @ ..You are REAL Sabahan when…My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!