Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Adobe Creative Cloud adalah perkhidmatan yang diperkenalkan oleh pihak Adobe untuk menggunakan dan menguruskan semua perisian yang mereka tawarkan. Sebelum ini, ramai yang susah hati apabila ingin menggunakan perisian-perisian dari Adobe yang sememangnya mahal harganya. Ribuan ringgit perlu dikeluarkan untuk memiliki hanya sebahagian daripada perisian-perisian yang ditawarkan oleh pihak Adobe.
Adobe Creative Cloud ini didatangkan dengan tools atau control center yang membolehkan anda memasang, mengemaskini dan menguruskan perkhidmatan Creative Cloud yang disediakan. Perkhidmatan ini didatangkan bersama-sama ruangan simpanan awan yang membolehkan anda menyimpan fail rekaan anda terus ke ruangan tersebut. Selain itu, fungsi fonts atau dikenali sebagai Adobe Typekit membolehkan anda menggunakan font yang tersedia dalam perkhidmatan tersebut dari dari komputer anda. Dua perkhidmatan ini masih dalam pembinaan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sekiranya anda ingin melanggan perkhidmatan Adobe Creative Cloud ini, terdapat pakej untuk satu perisian sahaja ataupun untuk kesemua perisian yang ditawarkan dalam Adobe Creative Cloud ini. Harga langganan untuk satu perisian bermula dari RM60.99 sebulan (untuk langganan setahun), atau anda langgan versi penuh pada harga RM155 sebulan (untuk langganan setahun).
Pastinya langganan pakej keseluruhan lebih berbaloi disebabkan jumlah perisian yang anda boleh guna adalah begitu banyak. Tiada lagi masalah untuk menggunakan perisian Adobe apabila perkhidmatan Creative Cloud ini ditawarkan. Bayaran bulanan memudahkan para peniaga atau pengguna untuk membuat bayaran.
Perisian-perisian juga menerima updates yang agak kerap. Sepanjang penggunaan Adobe Creative Cloud ini, sudah beberapa kali kemaskini demi kemaskini di tawarkan oleh pihak Adobe. Sekiranya anda sedang mencari perisian untuk pengurusan grafik, video dan sebagainya, Adobe Creative Cloud adalah pilihan yang terbaik setakat ini.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, pihak Adobe ada menyediakan plan percubaan selama 30 hari. Anda boleh memasang semua perisian yang tersenarai dan menggunakan perisian tersebut seperti versi berbayar yang lengkap. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan langganan anda boleh membuang perisian tersebut daripada komputer anda.
57 Comments
Applikasi Adobe memang terbaik, especially Photoshop. Kalau dah terbiasa menggunakannya memang confirm susah nak tinggalkannya, sebab belum ada applikasi yang benar2 dapat menandinginya lagi.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Nutriferon Supplemen Terbaik Untuk Peningkatan Sistem Imunisasi
terimakasih atsa info nya gan , selamat siang semuanya , thantk u very much much much 😉
Curahan rasa obat alami penyakit nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
makaih infonya heheee
mkasih infonya gan ,m suskses selalu okeh
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Terima kasih bro Eizil berkongsi info. Walaupun memang setakat ni, takde keperluan ke arah ni, ambe simpan info ni utk pengetahuan. Mana tahu, akan terjebak dalam arena ni satu masa nanti…thanks bro eizil
Curahan rasa hafizmd @ ..Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.a
Terima kasih dengan info ni bro,dapat juga lah cuba dalam 30 hari, bayarannya pun masih boleh dikira sangat berbaloi
Curahan rasa wazy @ ..Apa Yang Anda Harus Tahu Tentang Salam Media
tak ada smartphone. Jadi, tak berapa berminat.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Panduan Jana Wang di rumah untuk Cikgu Wanita.
visit my web http://www.tokotenga.com
wah terbaru ni..
sangat bermanfaat
waa..terbaru ni.. best2..
Curahan rasa TENGKUBUTANG @ ..SELAMAT HARI LAHIR MY HUBBY MIAW2..
Hurmmm…. rasanya masih ramai pengguna yang lebih gemar dengan perisian percuma sahaja
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Restoran TABLETALK TTDI
Masih kurang faham dgn cloud ni, kalau Adobe Photoshop, Adobe Flash Player, Adobe Arobat Reader, Adobe Playpanel, tahulah jugak.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Kedudukan Terkini Senarai Peserta Contest SEO Eridy
clouad la plak..gua masih pakai css5 lagi
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Banjir Oh Banjir
semua dah main “cloud” dah sekarang. hehe..
Curahan rasa titan @ ..Hobbit, Ronin 47, Jiran sebelah dan Hanis.
Memang nampak berbaloi apps ini dengan harganya
Curahan rasa hafiz @ ..Tips mengelakkan bayi tersedak susu
Comments are closed.