Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Adobe Creative Cloud adalah perkhidmatan yang diperkenalkan oleh pihak Adobe untuk menggunakan dan menguruskan semua perisian yang mereka tawarkan. Sebelum ini, ramai yang susah hati apabila ingin menggunakan perisian-perisian dari Adobe yang sememangnya mahal harganya. Ribuan ringgit perlu dikeluarkan untuk memiliki hanya sebahagian daripada perisian-perisian yang ditawarkan oleh pihak Adobe.
Adobe Creative Cloud ini didatangkan dengan tools atau control center yang membolehkan anda memasang, mengemaskini dan menguruskan perkhidmatan Creative Cloud yang disediakan. Perkhidmatan ini didatangkan bersama-sama ruangan simpanan awan yang membolehkan anda menyimpan fail rekaan anda terus ke ruangan tersebut. Selain itu, fungsi fonts atau dikenali sebagai Adobe Typekit membolehkan anda menggunakan font yang tersedia dalam perkhidmatan tersebut dari dari komputer anda. Dua perkhidmatan ini masih dalam pembinaan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sekiranya anda ingin melanggan perkhidmatan Adobe Creative Cloud ini, terdapat pakej untuk satu perisian sahaja ataupun untuk kesemua perisian yang ditawarkan dalam Adobe Creative Cloud ini. Harga langganan untuk satu perisian bermula dari RM60.99 sebulan (untuk langganan setahun), atau anda langgan versi penuh pada harga RM155 sebulan (untuk langganan setahun).
Pastinya langganan pakej keseluruhan lebih berbaloi disebabkan jumlah perisian yang anda boleh guna adalah begitu banyak. Tiada lagi masalah untuk menggunakan perisian Adobe apabila perkhidmatan Creative Cloud ini ditawarkan. Bayaran bulanan memudahkan para peniaga atau pengguna untuk membuat bayaran.
Perisian-perisian juga menerima updates yang agak kerap. Sepanjang penggunaan Adobe Creative Cloud ini, sudah beberapa kali kemaskini demi kemaskini di tawarkan oleh pihak Adobe. Sekiranya anda sedang mencari perisian untuk pengurusan grafik, video dan sebagainya, Adobe Creative Cloud adalah pilihan yang terbaik setakat ini.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, pihak Adobe ada menyediakan plan percubaan selama 30 hari. Anda boleh memasang semua perisian yang tersenarai dan menggunakan perisian tersebut seperti versi berbayar yang lengkap. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan langganan anda boleh membuang perisian tersebut daripada komputer anda.
57 Comments
menarik nie…….tapi saya kurang arif tentang applikasi ini….
Curahan rasa sukma @ ..Kompeni Charlie Naib Johan Dalam Pertandingan 22 Challenge
Boleh dicoba versi trial nya dulu nih selama 30 hari hehehe
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menikmati Wahana Wisata Icakan Bersama Keluarga
takda alasan nak guna cetak rompak!
Curahan rasa Mus @ ..ATOZ2u Pilihan Tepat Membeli Ink Printer Secara Online
Aplikasi yang bagus juga untuk dipasang di komputer kita
Curahan rasa Ferry @ ..Cara Mengetahui Kelulusan Hasil CPNS 24 Desember 2013
Terima kasih atas perkongsian. Rasanya offer yang diberikan oleh pihak Adobe ni memang berbaloi.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Join Shaklee Dengan FREE
Langganan versi penuh RM1860 setahun…mahal.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Tarikh Peperiksaan SPM, UPSR dan STAM 2014
Boleh lah melanggan kepada mereka yang memerlukan apps ni.. mantop!
Curahan rasa KiD @ ..Tukang Urut
Konsep yang digunakan Adobe ini mungkin sedikit sebanyak memberikan pilihan kepada pereka grafik yang mempunyai bajet yang terhad untuk menggunakan mengikut kemampuan masing-masing. Walau apa pun, membeli lesen Adobe tidak bererti akan memberikan pulangan setimpal pada kadar segera, kerana bidang seni grafik seperti mana bidang memerlukan masa untuk mengembangkannya ke tahap yang sepatutnya.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Insan Jujur Perlu Dihargai Dalam Hidup Kita
Tahu guna adobe reader dgn adobe photoshop jer..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Fenomena pelik di Lahad Datu petanda apa
Kira kita tak beli lah lesen penggunaanya sbb ia tidak diinstall ke komputer kita? Kita cuma sewa guna bila kita connect di internet, mcm tu ke maksudnya bro? Kalau internet connection kurang bagus, rugilah kan? Cuma harganya mmg jauh lebih murah dari perisaian Adobe di pasaran ni.
Curahan rasa DuluLainSekarangLain @ ..Pembalasan Dendam 47 Rōnin
creative cloud masih install kat komputer kita… cuma licensing tu ada cloud panel untuk pengurusan… boleh juga guna time offline…
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Baitulmuqadis kali pertama
boleh guna time off line? Hmmm.. apa akan jadi bila license tu expired bro? Boleh terus pakai la kan? Cuma yg advance setting tu mungkin tak leh guna.
Btw, since ianya cuma guna space yg kecil utk install. Boleh tak guna di tablet? Ada apps utk nya juga? Thanks bro. Sorri banyak soalan.. 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..The Hobbit: The Desolation of Smaug
Hmmm.. Menarik Software ni.. Harganya pun berpatutan… Terima kasi di atas perkongsian info…
Curahan rasa Anuar @ ..Pulangan Pelaburan Sehingga 854% dalam tempoh 3 tahun (2011-2013)
oh kalau ada disediakan perkhidmatan bayaran bulanan memang lebih membantu…
Curahan rasa papa mifz @ ..Wordless Wednesday – Telur Sotong Goreng Tepung
dah lama tak meninggalkan jejak di sini.
Adobe pastinya yang terbaik kepada ahli grafik kan?
terima kasih atas informasi yang terbaik ini.
Curahan rasa yangbaik @ ..Kategori Penulisan
kalau part grafik and media editing, adobe memang terbaik…nice sharing TT 🙂
Curahan rasa Zufar @ ..Warung Power
nampak menarik aplikas ini
Comments are closed.