4 Cara Dapat Pendapatan RM3,000 Konsisten Setiap Bulan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 

Siapa yang tak kenal dengan Aqif Azizan? Ketua Pegawai Eksekutif di writetowealth, Copywriter, Penulis buku dan Trainer.

Beliau bertanggungjawab untuk memastikan enjin Write to Wealth terus panas dan bergerak dengan lebih pantas. Berpengalaman luas dalam membantu bisnes-bisnes di Malaysia untuk mencipta mesin duit dan menarik lebih ramai pelanggan.

Antara syarikat di bawah konsultansi beliau berjaya mengubah jualan secara drastik. Dari 5 angka jualan setahun, kini berkembang menjadi syarikat yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak 7 angka. Semuanya berlaku dalam tempoh kurang 12 bulan.

Aqif-Azizan-2013

Alhamdulillah, kali ini Aqif Azizan berbesar hati menjadi penulis jemputan untuk berkongsi tips beliau di Denaihati.com. Semoga tips dari beliau ini dapat kita semua manfaatkan.

Sedikit perkongsian dari Aqif Azizan

RM2,500 mungkin nampak sedikit bagi segelintir orang.

Namun, ia cukup bermakna bagi seseorang yang mahu hidup sepenuh masa dengan melakukan apa yang mereka suka – Menulis blog.

Di Malaysia, setiap hari akan ada orang yang berangan-angan untuk hidup dan jana pendapatan sepenuh masa dengan blog.

Soalan seterusnya adalah,

“Bagaimana?”

Terdapat 1 cara yang mudah, terbukti berkesan dan menjadi amalan ribuan blogger di Malaysia dan luar negara.

Cara untuk hidup dan jana pendapatan mewah menerusi blog adalah menerusi ebook.

Membantu pembaca dengan buku digital.

Apakah maksud ebook?

Ia adalah seperti buku yang mengandungi maklumat bermanfaat untuk pembaca. Bezanya adalah ia dibaca menerusi medium digital seperti smartphone, komputer, tablet dan sebagainya.

Kenapa tidak buat duit dengan iklan?

Medium menjana pendapatan yang popular menerusi blog di Malaysia adalah pengiklanan. Terdapat pelbagai isu apabila kita mahu menjana pendapatan mewah menerusi medium pengiklanan.

Pertama – Jumlah pelawat mesti tinggi.

Kedua – Apabila jumlah pelawat sudah tinggi, maka langkah seterusnya adalah mengekalkan jumlah itu secara konsisten.

Ketiga – Kita tidak boleh kawal pendapatan blog. Semuanya bergantung pada pihak pengiklanan.

4 Langkah cepat buat duit dengan ebook.

Bagaimana menjana pendapatan RM3,000 menerusi ebook?

1) Kenal pasti kategori pembaca blog.

2) Kenal pasti masalah pembaca blog.

3) Tulis ebook untuk selesaikan masalah itu.

4) Jual dengan harga penetration.

Langkah 1 hingga 3 sudah dikongsikan oleh kebanyakan blogger. Ia adalah langkah yang sangat penting.

Kata T. Harv Eker (Jutawan),

“If you want to make lots of money, then you must help lots of people.”

Apabila mahu menjual ebook, jangan niatkan mahu duit semata-mata. Niat yang terbaik dan mulia adalah mahu membantu mereka.

PENTING: Cara menjual ebook untuk blogger baru.

Harga penetration bermaksud harga penembusan pasaran.

Jika kita baru mahu menjual ebook, mulakan menjual dengan harga yang rendah.

Sebagai contoh,

1) Untuk 100 unit jualan ebook pertama, kita jual dengan harga RM10.

2) 200 unit jualan seterusnya, kita naikkan harga RM20.

Bagaimana wujudkan pendapatan RM3,000 sebulan secara konsisten.

Bagaimana untuk dapatkan RM3,000 pendapatan setiap bulan secara konsisten.

Ini adalah permainan asas bisnes ebook dan matematik.

Berdasarkan kajian, hanya 10% (maksimum) daripada jumlah pelawat setiap hari di blog akan membeli ebook kita.

Jadi,

1) Jika blog kita mempunyai 100 pelawat sebulan, maka 10 orang akan jadi pembeli ebook setiap hari.

2) 10 pembeli x RM10 = RM100 sehari.

3) Jika momentum ini kekal setiap hari, maka 300 pembeli (10% daripada 3,000 jumlah pelawat blog setiap bulan), akan beli ebook RM10.

4) 300 x RM10 = RM3,000 sebulan.

(NOTA: Ini adalah anggaran kasar. Ia bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pembaca, jenis ebook, dan pelbagai lagi).

Download sekarang: Formula Ebook Best-seller.

Cara memulakan empayar bisnes ebook, dan bertukar menjadi blogger sepenuh masa adalah menerusi ilmu.

Belajar cara-cara untuk:

1) Kenal pasti ebook yang mudah untuk jual 100 unit pertama.

2) Cara cepat untuk siap dan jual ebook.

3) Teknik-teknik berkesan untuk menjual ebook tanpa memaksa pembaca blog kita.

Belajar menerusi “Formula Ebook Best-seller 60 Hari.”

Sila download di sini –>> http://www.writetowealth.my/bisnes-ebook/

PS: Kata Albert Einstein, pelaburan yang digunakan untuk menuntut ilmu adalah pelaburan yang dijamin memberikan pulangan lumayan.

SIAPA PENULIS

Aqif Azizan merupakan blogger sepenuh masa, dan membantu blogger di Malaysia untuk jana pendapatan mewah menerusi bisnes ebook.


Spread the love

533 Comments

  1. Aqif Azizan .. pernah menuntut dengan beliau suatu ketika dulu.

    Sangat kagum dengan semangat dan idea seorang anak muda yang membina kejayaan dalam bisnes dalam usia yang sangat muda.

    Tips yang beliau kemukakan itu memang tiada kekurangannya jika di aplikasi dengan ilmu yang betul.

    Thanks for the sharing.

    Wassalam.

    http://www.blograidah.com

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!