Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.
Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.
- Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
- Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
- Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
- Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
- Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
- Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
- Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
- Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
- Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
- Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
- Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
- Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
- Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
- Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
- Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati. Tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.
276 Comments
sukerlah tips nie. bagus semuanya
Curahan rasa Cik Lily Putih @ ..Sushi RM2 Sepinggan Je
thanx for the tips!:)
Tips terbaik. Kena ikut ni
Curahan rasa danish @ ..Wordless Wednesday- Hasil Seo
suka tips no 10..hehe
go go DH!!
Curahan rasa chekgu naman @ ..Rabu Tanpa Kata- Salah Satu Hobi Darwisy
yang no 14 sudah lama saya lakukan…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
Tq… Nice info.. Aku suka no 14 & 15
Curahan rasa Fazrol @ ..Wordless Wednesday #7 – Safety first!
nice tips…sememangnya anda sifu bloggers yang lain yang tak lokek ilmu..thx for sharing bro =)
Apa lagi kongsikan 15 cara ini kepada Blogger Melayu seluruh alam tapi jangan lupa kongsikan lah backlink blog ni heee. Ilmu yg baik bagus di panjang-panjangkan.
Curahan rasa denaihati @ ..Waktu Solat Malaysia
Nombor 6 tu sedang diusahakan.. Tips bro ni boleh kongsi dekat blog saya
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
saya pun nak minta izin nk copy entri ni ye… mungkin nak tambah sikit….
Curahan rasa manmala @ ..Bahaya Spa Ikan
saya pun mau minta izin tuk menshare lagi tips ini boleh tak?
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
terima kasih tips ni. banyak blog zulseffort boleh improve ni.
Curahan rasa zuls @ ..How to change the H tag for blogspot
kita banyak2 ucapkan terima kasih pada bro DH yang telah banyak memberi ilmu…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
wow! ringkas tapi tips yang cukup bagus. ada yang dah buat tapi ade yg belum cuba langsung.tahnks
Curahan rasa Lizz @ ..Part 1: Blogger vs WordPress, Mana Satu Lebih Berkualiti?
sis liz pon bley la kongsi cr liz lak naikkan trafik lps ni
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Labyrinth Aquarium: Akuarium Mewah Berharga RM20,200!
sama, saya pun belum pakai semuanya baru beberapa saja…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
15 fakta yang amat berguna..
tiada yang mustahil jika kita berusaha..
Curahan rasa Mus @ ..Ladang Teh Sabah
Betul kata bro tu. Tak ada usaha, manalah dapat hasilnya
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
semua tiada yang mustahil bila kita berusaha keras…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
dan dibarengi dengan doa tentunya…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
Blog BloggerWanita.com baru dapat dalam range 800 – 1000 pelawat sehari.. Alhamdulillah.. kebanyakan cara di atas Aya gunakan… Rakan blogger lain perlu cuba.. OK
Curahan rasa Aya @ ..Kejam ! Budak 2 Tahun Dilanggar dan Digilis Di China
wow.. trafik tu dah kira mantap..
Curahan rasa Mus @ ..Seram Sejuk!! Jumpa Budak Dalam Hutan!!
wah bagus banget udah dapat range 800-1000 dalam sehari, sukses ya Bu Aya.
Curahan rasa salsabila @ ..J Adore Perfume
alhamdulillah…dah banyak tuh traffiknya…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
hehe..dah pernah praktikkan kesemuanya..masih mencari teknik yang agak luar dari biasa..hehee
Curahan rasa reezluv @ ..Blog Niche Health, Adakah Menguntungkan?
Insya Allah nexy entri aku senaraikan cara luar tabii untuk meningkatkan trafik blog
Curahan rasa denaihati @ ..Menjawab Persoalan Tentang H Tags
tu yang tak sabar nak baca tu…
Curahan rasa Mus @ ..Saya Suka Melancong Di Sabah
wow! taktik luar tabii.. mesti tunggu tu..
Curahan rasa zuls @ ..How to change the H tag for blogspot
Ayat :luar tabii” tu yg aku tak tahan tu…..aku pun tertunggu2 gak ni bro…
Curahan rasa yas @ ..Kasihnya Ibu – Sanggup mengorbankan nyawa sekalipun
Entri yang ini juga sudah luar biasa bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..My Tehran For Sale
mesti mantap ni….
Curahan rasa manmala @ ..Bahaya Spa Ikan
bagi saya cara ini dah cukup, dan belum maksimal mempraktikannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
sangat berguna
terima kasih
Curahan rasa auc dot com @ ..Live Olympique Marseille vs Arsenal | UEFA Champions League 2011/12 | 20 October 2011
berguna untuk kita semuanya…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
thanx for the info. kebetulan i still baru dlm berbelog. so many things yg i tak tahu. 😛
Curahan rasa esya @ ..1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!
Tak apa, kita belajar perlahan2 dekat blog ni
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
samalah dengan saya, kita belajar sama-sama disini…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
submit url perkara asas yang kena buat… dulu
Curahan rasa zik @ ..Tips elakkan mengantuk didalam kelas!!
terima kasih untuk info ni… AYa nak cuba comment notifier la… hehe
Curahan rasa Aya @ ..Kejam ! Budak 2 Tahun Dilanggar dan Digilis Di China
saya baru menggunakan comment notifier
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
Comments are closed.