Zikirnya mudah tetapi pahala bacaannya lebih besar daripada uhud

Spread the love

Kita akan sentiasa mengejar pahala dan Redo Allah selagi masih hidup. Setiap detik adalah peluang untuk kita berusaha sehingga perolehi syurga di tempat hidup hakiki iaitu akhirat.

عن عمران بن الحصين, ما يستطيعُ أحدُكُم أن يعملَ كلَّ يومٍ مثلَ أُحُدٍ عملًا؟ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ومَن يستطيعُ أن يعملَ كلَّ يومٍ عملًا مثلَ أُحُدٍ؟ قال: كلُّكُم يستطيعُهُ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ماذا قال: سبحانَ اللهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، ولا إلهَ إلّا اللهُ أعظمُ مِن أُحُدٍ، والحمدُ للهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، واللهُ أكبرُ أعظمُ مِن أُحُدٍ

Dari Imran bin Hussain ra,

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud?”

Para sahabat menjawab: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud?” Nabi SAW bersabda: “Kamu semua mampu.”

Mereka bertanya: “Bagaimana caranya?” Baginda bersabda: “Ucapan Subhanallah lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La ila ha illallah lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan Alhamdulillah lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan Allahuakbar lebih besar daripada Gunung Uhud.”

HR. At-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 398. Al-Haithami berkata dalam Majmu Zawaid no. 16859, perawinya perawi kitab sahih

Lebih besar daripada uhud, yang tidak tau besar mana. Sambil bawa kereta, sambil buat kerja, sambil berjalan, sambil berjalan dan semua aktiviti harian, jangan lupa untuk selitkan zikir ini. Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan lebih dekat dengan kita.

Disebut dalam hadis lain, kalimah سبحان الله الحمد لله ini juga memenuhi langit dan bumi. Disebut dalam sebuah hadis bahawa ganjaran bagi ucapan سبحان الله memenuhi setengah timbangan dan ganjaran bagi ucapan الحمد لله memenuhkan timbangan dan ganjaran bagi ucapan الله أكبر akan memenuhi antara langit dan bumi. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, Aku sukai kalimah سبحان الله الحمد لله لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ الله أكبر lebih daripada apa-apa yang disinari oleh cahaya matahari.”

Dikatakan bahawa Nabi Sulaiman AS sedang bergerak dengan takhtanya di udara, burung-burung sedang menaungi Baginda A.S dan bersama-sama Baginda A.S ada barisan tentera daripada jin dan manusia. Mereka melalui seorang ahli ibadat yang sedang memuji Nabi Sulaiman A.S kerana keluasan kerajaan dan pemerintahan Baginda A.S yang merangkumi seluruh makhluk di dunia. Nabi Sulaiman A.S berkata, “Satu سبحان الله dalam buku catatan amalan seseorang mukmin lebih baik daripada seluruh kerajaan Sulaiman bin Daud. Ini adalah kerana kerajaan Sulaiman akan binasa dan ganjaran bagi ucapan tasbih akan kekal.”

Jom amalkan bersama.

Dengarkan zikit almatsurat di waktu pagi

Buat pembelian Serum Ainaabeauty di Onpay


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!