Berani bercita-cita untuk mati, tidak semua mampu

Spread the love

Dalam perang uhud, sayyidina Abdullah bin jahsh R.A telah berkata kepada sayyidina saad bi abi waqqas R.A. “Marilah kita berdoa bersama-sama. Setiap orang berdoa sesuai dengan keinginannya dan yang seorang lagi mengaminkan doa itu maka peluang doa itu diterima ialah lebih besar”

Maka keduanya pergi ke suatu penjuru dan berdoa. Doa sayyidina saad R.A “Ya Allah, esok sewaktu peperangan berlaku, tentukanlah untukku seorang lawan yang sangat berani dan dia melawan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah dia menyerangku dwngan garang dan aku juga menyerangnya dengan hebat. Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalanMu dan supaya dapat aku memiliki harta rampasan.” Maka sayyidina Abdullah berkata “Amin”.

Kemudian Sayyidina Abdullah R.A pula berdoa “Ya Allah, esok dalam medan peperangan, temukanlah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan sungguh-sungguh dan dia pun akan melawan daku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari akhirat apabila dibentangkan amalan dihadapanMu, Engkau akan berkata “wahai abdullah, kenapakah hidung dan telingamu telah dipotong? Lalu aku menjawab “Ya Allah, hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalan-Mu dan di jalan Rasul-Mu” kemudian Engkau akan berkata “Benarlah, ia telah dipotong di jalan-Ku” Sayyidina saad RA pun berkata “Amin”

Pada keesokan hari, peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana yang telah dipinta. Sayyidina saad RA berkata “Doa Sayyidina Abdullah bin jahsh RA lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku melihat telinga dan hidungnya telah dicucuk dengan benang. Dalam perang uhud itulah, pedang sayyidina saad RA telah patah. Rasulullah SAW telah memberi kepada beliau sebatang ranting yang kemudiannya bertukar menjadi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau. Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar

Pengajaran kisah ini

1. Keberanian yang sejati. Mereka bercita-cita berjumpa lawan dengan yang gagah.

2. Ketulusan cinta. Berani mati di jalan Allah.

Mungkin sifat berani mati untuk Allah ini belum ada dalam diri tetapi berdoalah pada Allah pada setiap perkara, setiap keadaan dan setiap apa yang dirasai. Allah sentiasa mendengar.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!