9 Sunnah Rasulullah ketika berwuduk yang boleh diamalkan

Sesungguhnya perbuatan sentiasa memperbaharui wuduk ini merupakan sunnah Rasulullah SAW

إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أَوْ الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنْ الذُّنُوبِ

Maksudnya: Apabila seseorang muslim atau mukmin mengambil wuduk, lalu dia membasuh wajahnya, maka keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluarlah daripada kedua-dua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh tangannya itu bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua belah kakinya, maka keluarlah daripada kedua-dua kakinya itu setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir, sehinggalah dia selesai berwuduk dalam keadaan bersih daripada dosa-dosa.

Riwayat Muslim: 360. Sumber : Mufti Wilayah

7 Sunnah Rasulullah ketika berwuduk

  1. Membaca Bismillahirrahmanirrahim.
  2. Membasuh tangan sehingga pergelangan sebanyak tiga kali pada permulaan wuduk.
  3. Memulakan wuduk dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebelum membasuh muka.
  4. Menghembuskan air yang dimasukkan ke dalam hidung dengan tangan kiri (memegang hidung dengan tangan kiri). Ini berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w.

“Ketika ingin mengambil wuduk, Rasulullah membasuh
kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian
Baginda berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam
hidung, lalu menghebuskannya. Kemudian, Baginda membasuh
mukanya sebanyak tiga kali.”


(Muttafaqun ‘Alaih)

  1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan, kecuali untuk orang yang berpuasa. Ini berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w:

“Belau berlebihan semasa menyedut air ke dalam hidung kecuali ketika beliau berpuasa”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari, Muslim,
An-Nasaie, dan Ibnu Majah)


Maksud berlebihan semasa berkumur-kumur dan memasukkan air
ke dalam hidung adalah memasukkan air sedalam-dalamnya ke
dalam hidung hingga ke pangkal, kemudian menghembuskannya
semula.

  1. Berkumur-kumur menggunakan satu telapak tangan sahaja. Maksudnya, berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung daripada tadahan air dari satu tapak tangan sahaja.
  2. Bersugi ketika berkumur. Rasulullah s.a.w. menyatakan:

“Jikalau tidak menjadi keberatan kepada umatku, pasti aku akan memerintahkan mereka bersiwak (bersugi) setiap kali ingin mengambil wuduk.?”

(Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad dan An-Nasaie)

  1. Menyelak janggut yang tebal dengan memasukkan jari-jari tangan ke dalam janggut ketika membasuh muka. Ini berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w.:

“Rasulullah memasukkan jari-jemari tangannya ke dalam
janggutnya ketika berwuduk”
(Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmidzi)

  1. Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali ketika membasuh muka, tangan dan kaki.

Semoga sama-sama kita mengamalkan sunnah Rasulullah dalam berwuduk. Ianya bukan sahaja dapat pahala mengikut sunnah malah dapat gugurkan dosa-dosa daripada anggota tersebut. InshaAllah, Amin.

Follow juga kami di twitter :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!