Your comment will be visible after approval

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini kita dah baca isu “Blog kenapa disable right-click” yang dibincangkan oleh Blogger Eizil di Group FB Denaihati. Aku tertarik juga dengan isu yang dibawa Blogger Azman Ishak yang telah lama menjadi isu kepada diri aku sendiri. Lama nak tulis isu ini tapi tak berkesempatan.

Blogger Azman Ishak : “Your comment will be visible after approval … bila dapat je notification macam tu… terus aku kata.. “ishhhh…

Perbincangan dibawah mungkin boleh dijadikan tips blogging kepada semua Blogger baru dan lama.

Your comment will be visible after approval

Mohamad Izwan : haha. pernah gak activate function tu. approval comment sebab kena serang spam trackback byk sangat. tapi lama2 malas plak nak approve satu2.

Anarm Khairul : dia rajin check semua komen yg masuk.. bior jela..

Muhamad Azman Ishak : hehehe, itu hak dia.. hak kita, cuma boleh kata ishh je.. jangan nak kata lebih2. lol~

Mia Namia : itu bagus untuk elak orang2 hantar spam .. kihkihkih

Muhamad Azman Ishak : itu la Mia Namia, maaf, saya dah lama sangat tak guna blogspot. jadi saya tak faham apa yang sedang dihadapi oleh pengguna blogspot pada masa ini dengan kejadian spam. kalau kat wordpress, komen2 spam boleh difilter tanpa perlu moderate semua komen terlebih dahulu. mudahkan pengurusan blog.untuk mereka yang bercadang berpindah ke Wordpress atau mencarik-carik hosting, pihak EZ Network *(corrent me kalau salah) ade menawarkan perkhidmatan share atau dedicated hosting. boleh rujuk pada saudara Hadihaizil Din TQ!

Anarm Khairul : Saleiz Webhosting

Kamil Salleh : sangat menyusahkan kena masukan cide lagi, kadang2 ini membuat kita malas nak komen di situ.

Hisyamudin Fadzil : akismet dengan GASP.. tak cukup?

Denaihati Ilhamku : Sampai sekarang masih tak faham kenapa mesti ada approval utk komen blog terutama blog yg dah top. Kenapa takut pada SPAM??

Nazrien Zaraini : pendapat aku sebab utama comment approval itu bukan sebab spam. Tapi sebab bimbang pada komen yang komen yang merbahaya haha. Kalau blog biasa macam blog aku memang tak rasa sangat, tapi kalau blog top yang ada komen sampai berpuluh-puluh atau beratus-ratus tu salah satu cara nak filter dulu la kalau ada pape komen yang tak elok. Kalau takde approval, memang susah nak pantau.

Sebab no 2. Untuk memudahkan admin respon pada setiap pertanyaan atau komen. Masa nak approve komen tu mesti admin kena baca dahulu setiap satu komen masa tu la senang nak respon apa-apa.. kalau dah banyak komen sekali masuk memang liat la nak respon 1-1 hehe..

sebab no 3 /4 baru masuk bab spam. Sekian hehe

Siti Nurafiza : tapi kadang2 bila komen, komen sebelumnya ok, komen no 2 ada tulis macam tu.. kenapa ek?

Hafiz Mohd : ayat ni mmg byk kali berjaya mematahkan semangat utk terus beri respons di mana2 entri.

Hisyamudin Fadzil elakkan guna word verification.. approve kan aje.. untuk spam, pakai akismet atau GASP

NorMaira Roslan : Macam MJ buat komen approval sebab senang boleh ‘jejak balas’ blog yang singgah.. Lagipun penting sebab MJ ‘bercuti’ lama dari blog, jadi dengan ini mudah trackback komen yg ditinggalkan untuk entry mana.
Sebab kadang ada komen berbentuk pertanyaan   Mudah la nak balas pertanyaan tersebut.

Blog aku … aku punya pasallah kan Malaysia amalkan demokrasi ada pulak yang cakap macam tu. Nak masuk lagu ke … nak approve komen ke aku punya suka lah. Memang kita semua tak kisah pun cuma kita menegur kepada yang nak menerima. Pengalaman blog walking Blogger profesional di merata dunia tak pernah pulak guna “Your comment will be visible after approval”  .. jadi kita mengikut budaya Blogger yang sudah super berjaya.

Kepada semua Rakan Denaihati joom sama-sama kita kongsi Tips Blogging yang boleh membantu meningkatkan prestasi kita semua di Group FB Denaihati. Kita kan semua masih belajar dan akan terus belajar tak kira Blogger baru atau lama.


Spread the love

151 Comments

  1. saya setuju dengan pendapat Nazrien Zaraini, kerana jika kita terus bagi auto approval nanti admin tak tahu siapa yang komen dan berapa banyak entry dia dah komen.

    Komen di blog saya masih boleh kelihatan walaupun perlukan approval…jadi admin masih boleh menilai yang mana komen betul dan mana satu spam. kadang2 ada juga yang guna translation text lepas tu paste kat komen, bila cek link dia blog tu tah bahasa apa tak tau… jadi kes kes macam ni la yang kena pantau….satu cara kalau sesiapa nak auto approve comment letakkan intensendebate, Disquss atau yang sewaktu dengan nya…tak perlu bimbang lagi soal spam tu…(pendapat peribadi saja)
    Curahan rasa syarih @ ..Angin Syurga | Misha Omar.My Profile

  2. Untuk platform Wordpress rasanya tiada masalah, sebab boleh setting yang approval ini hanya untuk komen yang pertama sahaja. Komen yang kedua memang automatik akan terus muncul di ruangan komen apabila komen pertama tadi sudah di approve. Tapi jika tuan punya blog tak aktif, memang banyaklah komen pertama yang belum di approve, dan memang kesianlah orang yang buat komen tu sebab komen dia tak muncul-muncul. Macam blog sy, ada lebih kurang 50 komen yang belum di approve… 🙂

    Untuk platform blogger.com (blogspot), yang ni pun rasanya ada setting dia. Tapi kalu tuan punya blog guna setting “Your comment will be visible after approval” rasanya tiada masalah. Melainkan jika tuan punya blog memang tak aktif, jadi macam sia-sia bagi orang yang tinggalkan komen kat blog mcm ni… Tak pasti jika komen yang kedua terus muncul atau memang kena tunggu approval dulu.. Kalau komen yang kedua kena tunggu approval jugak, agak kesianlah dekat orang yang buat komen tu… 🙂
    Curahan rasa Azuan @ ..Pengiklanan Hubungi Terus Kadangkala MenguntungkanMy Profile

  3. Jarang sangat blogspot saya kena spam dah setahun lebih ada lah 6 ke 7 komen yang terus masuk spam event blogspot saya pun membenarkan anon membuat komen ya la mana tahu komen dari anon lebih bernas. Tapi untuk wp aku adoi banyak betol yang masuk nasib ler ada function filter kalau tak biar je lah dekat situ
    Curahan rasa onlajer @ ..Kata Usahawan Kecil ?My Profile

    1. wordpress tak leceh.. double click je, nanti dah muncul nama, email dan website.. kalau dah save tu senang. terus komen.. blogspot ni kalau comment terus tu ok je. tp kalau mereka ada pasang isi tu la, isi ni la.. payah
      Curahan rasa Datin Tyka @ ..Jangan Kau BerlagakMy Profile

  4. Saya suka baca komen satu persatu dan reply terus…kalau approve semua..memang agak liat utk membalas komen..pluss..rasa kurang teruja banyak komen byk2 terus…
    Curahan rasa eyriqazz @ ..Kisah malam jumaatMy Profile

  5. Serius byk kali jenguk blog2 sedemikian. Paling leceh bila nak kena masukkan word verification.

    Elok rasanya kita permudahkan pelawat, tak semua pelawat yg singgah adalah blogger, ada yg mungkin nak bertanya itu dan ini…sekali kalau sudah tak boleh komen, mungkin pelawat ‘lari’.

    1. Bila open komen tanpa approval kina ada filter. Ada banyak fasiliti untuk filter komen bagi mengelakan SPAM ni inshaa Allah akan buat spesial entri.

  6. Kalau saya lebih baik tidak mengaktifkan moderasi komentar,karena cape’,tetapi cukup kita pantau komentar dari pemberitahuan email saja kalau ada komentar spam,tetap bisa ketahuan di email pemberitahuan dam langsung di hapus…

  7. itu hak diorang. blog diorang. itu yang diorang nak. kita tak boleh nak pertikaikan sangat sebenarnya. diorang tak nak komen kita..kita tak rugi..depa gak tak untung. habis cerita. tak yah pening kepala sangat. aku tak layan sangat blog jenis macam tu.
    Curahan rasa titan @ ..Tukarkan batu menjadi emas.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!