Yanmieonline.com lebih baik kalau

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa tak kenal dengan Kak Yan memang dah sinonim dengan blog Denaihati. Dua hadiah utama contest blog Denaihati Kak Yan dah angkut bawa balik Acer Aspire One dan iPad 2 jadi kalau aku tak join contest yang dianjurkan oleh blog Yanmieonline.com ni memanglah tak patut. Hadiah bukanlah keutamaan tetapi backlinks tu yang sangat dikejar kerana ada kualiti tu.

Kak Yan minta cadangan menambah baik kualiti blog Yanmieonline.com yang sememangnya sudah baik. Aku ada beberapa cadangan yang mungkin agak keterlaluan tetapi pasti akan meningkatkan martabat blog Yanmieonline.com.

  1. Templates sudah cantik tetapi susunatur terlalu simple tidak setanding dengan taraf Kak Yan sebagai antara Blogger Top Malaysia. Mungkin boleh survey beberapa Blogger Top lain yang menggunakan tema yang sama tetapi mengubahsuai susunatur dengan tambahan widget tertentu supaya kelihatan lebih berbeza dari yang lain.
  2. Blog Yanmieonline.com telah mempunyai ramai pengikut jadi tak salah sekiranya sesekali dapat menyelitkan entri ilmiah tentang kehidupan mengikut isu semasa yang boleh dijadikan panduan hidup kita yang membaca.
  3. Mungkin boleh mengurangkan entri Sinopsis Drama yang memang tidak dapat dinafikan dapat menarik trafik blog yang banyak tetapi rasanya macam downgrade blog Yanmieonline.com.

Jangan marah ya Kak Yan ini sekadar cadangan sahaja dari sudut pandangan yang berbeza manalah tahu boleh melonjakkan lagi blog Yanmieonline.com kemartabat yang lebih tersohor seantaro Nusantara. Rasanya sudah tiba masa untuk blog Yanmieonline.com go next level menjelang 2012.

“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal


Spread the love

98 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!