World #QuranHour: Surah al-Mulk sebagai surah pilihan tahun ini

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sedia maklum bahawa program World #QuranHour yang dijayakan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Hussamuddin Yaacub telah lama diadakan dari tahun 2015 sehingga kini. Program ini mendapat sambutan yang sangat tinggi dari seluruh pelusuk dunia membabitkan 3,000 lokasi berdaftar dalam negara dan 300 lokasi di 76 negara lain.

Pada tahun ini program World #QuranHour kali ke-6 yang dijadualkan berlangsung pada 6 Mei bersamaan 24 Ramadan 1442H depan akan diadakan secara tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan akan disiarkan secara langsung di Astro Oasis dan TV Alhijrah.

Program World #Quranhour dijanga memperolehi 100 juta tontotan di televisyen dan platform digital yang lain tahun ini.

Pengerusi WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran itu dapat dicapai hasil kerjasama dengan rakan media yang memberi sokongan untuk menyebarluas misi #QuranHour di platform masing-masing untuk dekati lebih ramai masyarakat di dalam dan luar negara.

Sinergi Media merupakan gabungan yang terdiri daripada pelbagai agensi media antaranya Astro, TV Alhijrah, RTM, Bernama, Sinar Harian, Utusan Malaysia, The Star, Kumpulan Karangkraf, Nu Ideaktiv, IKIM FM dan Denaihati Network.

“World #QuranHour telah berjaya mencapai 21 juta tontonan di 10 negara pada 2015, 87 juta tontonan di 70 lokasi di 50 negara (2016), 357 juta tontonan di 2,000 lokasi di 15 negara (2017), 646 juta di 76 lokasi di 50 negara dan 1.46 bilion tontonan di 300 lokasi di 76 negara (2019) dan selepas covid melanda pada tahun 2020 mencatatkan 10 juta tontonan sahaja.

Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail berkata, pemilihan surah al-Mulk yang bermaksud (kerajaan) sebagai surah pilihan bagi World #QuranHour kali ini adalah mengambil kira situasi semasa yang melanda negara dan juga dunia.

“Kerana ini juga mengingatkan masyarakat bahawa kerajaan yang tidak ada maslah cuma satu sahaj iaitu kerajaan milik Allah SWT yang juga merupakan raja kepada segala raja.

Dalam pada itu, ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata Surah al-Mulk menjadi surah pilihan pada tahun ini dalam membina kerangka fikir dan karakter orang berjaya di dunia dan akhirat.

“Surah ini mengandungi tiga motivasi diri, enam pertanyaan dan enam jawapan, yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan keharmonian sejagat di Malaysia dan peringkat global”, katanya.

Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour di lokasi masing-masing dengan mendaftar di bit.ly/WQH1442H.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!