Doa Munajat siang dan malam Ramadan

Spread the love

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul“. – ayat 186 Surah Al Baqarah

Ya Allah Ya Tuhanku!

Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa ku, guru-guru, kaum keluarga, sahabat taulan dan muslim muslimat. Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah kami kemenangan ke atas kelemahan diri ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.

Terimalah doa-doa, ibadah dan amalan-amalan baik kami.

Ya Allah berkatilah kami dengan menyaksikan lailatul Qadr.

Tunjukkanlah kami ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.

Bantulah kami dalam mendapatkan khushu; dan ikhlaas dalam melaksanakan ibadah.

Bantulah kami untuk lebih mendekatkan diri kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.

Jadikan kami hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.

Tingkatkanlah tahap keimanan, tawakal dan keyakinan kami kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepada kami. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Berikan kami kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepada kami kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.

Jadikanlah Al-Quran sebagai teman kami di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhir, jauhilah kami daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid’ah (besar / kecil).

Golongkanlah kami dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah kami hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diri. Selamatkanlah kami daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.

Berkatilah kami dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi kami daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah kami dengan keupayaan untuk melakukan Tazkiyah jiwa  sepanjang perjalanan hidup.

Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hati. Pelawalah kami ke rumahMu untuk aku menyembahMu.

Ya Rabb, berikanlah kepada kami pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan kami suka dan gembira untuk bertemu denganMu.

Jadikan kubur & alam barzakh sebagai tempat kediaman yang aman dan sejuk. Kurniakanlah pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Berikan catatan amalan dari tangan kanan dan beratkan timbangan dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.

Permudahkan kami untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah kami Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.

Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara kami dan pasangan kami selama-lamanya.

Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasangan kami dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluarga.

Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada kami dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan demi agamaMu. Jadikanlah kami tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.

Ya Allah, bantulah kami dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak kami.

Peliharalah anak-anak kami supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan kami yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah kami dengan anak-anak yang soleh.

Jadikanlah anak-anak sebagai penyejuk mata dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagi kami & pasangan kami. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.

Lindungilah diri kami daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anak daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.

Berikanlah kejayaan kepada anak-anak dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah kami dan keturunan agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah selamatkanlah kami & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.

Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapa kami.

Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.

Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.

Berikanlah kejayaan kepada adik-beradik kami di dunia ini & akhirat.

Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.

Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.

Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.

Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.

Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.

Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Ya Allah Ya Qawiyy,

Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.

Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.

Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.

Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Ameen ya Rabb Al’alameen


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!