Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
semalam berkesempatan untuk menghadiri majlis pre pelancaran, mesyuarat & taklimat sinergi media World Quran Hour 1439H/2018M yang diadakan di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah sebagai perbincangan awal untuk aktiviti QuranHour yang akan dijalankan pada tahun ini.
10 media utama hadir untuk bersama-sama mengusahakan program yang masuk tahun ketiga penganjurannya. Program QuranHour ini telah dicetuskan oleh Kumpulan Media Karangkraf yang diketuai oleh Datuk Hussamuddin Yaacub, selaku Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media Karangkraf.
World #QuranHour bertujuan untuk memahami dan mengamalkan Al Quran
Gerakan #QuranHour telah bermula pada tahun 2015 di bawah Warisan Ummah lkhlas Foundation (WUIF), program satu jam bersama al-Quran sebagai sebuah permulaan untuk melakukan mindset change melalui QTT (Quran, Tadabbur, Tazakkur), mengambil nilai-nilai dari al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai muslim sejati.
Sehingga kini jangkauan di media sosial telah mencapai 357 juta social media reach pada tahun 2017 berbanding 87 juta social media reach pada tahun 2016. Kita berharap pada tahun 2018, kita mendapat 1 billion atau 1000 juta social media reach don pelaksanaan World #QuranHour di 100 buah negara pada 22 Ramadan 1439H ini bersamaan Khamis, 7 Jun 2018.
Beberapa peringkat #QuranHour sepanjang tahun
Ada beberapa peringkat utama yang akan berlaku dalam perjalanan kempen #QuranHour ini. Antaranya adalah My Family #QuranHour yang akan berjalan sepanjang tahun, World #QuranHour pada 22 Ramadan bersamaan 7 Jun, Arafah #QuranHour pada 9 Zulhijjah bersamaan 21 Ogos dan akhir sekali Malaysia #QuranHour yang akan diadakan pada 18 Zulhijjah bersamaan 30 Ogos 2018.
Ini merupakan usaha kita bersama, kempen ini yang memfokuskan kepada mempelajari dan memahami intipati Al Quran agar dapat mengubah mindset keseluruhan masyarakat di Malaysia dan di seluruh Dunia. Sasaran 1billion social media reach akan dapat dicapai andai kita bersama-sama untuk mempromosikan dan membuat hebahan kepada sesiapa saya yang kita boleh capai.
Dalam masa yang sama, kempen ini bukan hanya fokus kepada umat Islam semata-mata, kita ingin membawa pengajaran dalam Al Quran kepada semua individu tak mengira agama, kerana itulah kelebihan Al Quran, ianya dapat dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan oleh sesiapa sahaja.
Sasaran kempen #QuranHour untuk tempoh 2018-2022
Antara sasaran utama kempen #QuranHour ini dianjurkan adalah seperti berikut:
- Membimbing 3000 keluarga di bawah #SavingFamilies, My Family #QuranHour
- 100 Organisasi membina polisi berlandaskan Al-Quran
- 100 dari 195 negara bersama di misi #QuranHour
- Penubuhan 3000 Pusat Pembelajaran Quran percuma (RumahNgaji) dalam Malaysia
- 10,000 guru ngaji & imam diperkasakan dengan Model Interaksi : 114 Model
- 100 QTT Jurulatih (tempatan dan luar negara)
- 1 Juta “Sahabat Quran”
- RM100 Juta Tabung Quran
Ini adalah sasaran yang realistik untuk dicapai andai kita semua memberi sokongan dan kerjasama berdasarkan kepakaran masing-masing.
Denaihati Network sendiri telah dan akan menggerakkan aset-aset digital kami untuk kempen #QuranHour. Tiada yang mustahil andai kita bekerjasama untuk menjayakan kempen ini.
Bahan dan hebahan #QuranHour
Di bawah ini, kami menyediakan beberapa bahan yang anda boleh gunakan untuk bersama-sama membuat hebahan mengenai kempen #QuranHour ini. Anda dibenarkan untuk terus hotlinking fail atau muat turun terlebih dahulu.
Kedua-dua kaedah dibenarkan. Apa yang penting adalah untuk memastikan capaian 1 billion media sosial reach akan terlaksana dan akan lebih ramai umat manusia yang mendapat manfaat daripada kempen ini.
Memahami dan mengamalkan Al Quran dalam kehidupan akan membolehkan kita hidup dalam suasana yang aman dan harmoni insyaALLAH.
50 Comments
Moga akan ramai rakan blogger yang ambil bahagian untuk hebahkan nanti. In Sha Allah …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..6 Perkara Penting Urus Bisnes Homestay
Program keagamaan memang kurang publisiti sebab tak mendatangkan keuntungan wang ringgit dunia. Tapi akhirat baru nampak
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkan
Ya. ramai yang fikir begitu, namun in Sha Allah .. ada golongan lagi yang nampak kebaikan ini untuk disebarkan. Dah usaha, kita doa sahaja pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Ez Buy Kini Dengan JD.com & Mogujie Untuk Lebih Pilihan Bershopping!
pendekatan menggunakan quran hour merupakan cara terbaik untuk menarik minat supaya ramai lagi mencintai Al Quran
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Makan Seminggu
World Quran Hour mempunyai mesej tersendiri dalam menyampaikan ‘hasrat’ al-Quran untuk penelitian umat. Hebahan dan kerjasama daripada kita semua insya-Allah diganjari sebaik-baik amalan usaha.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Blogger Malaysia kena bekerjasama buat ni .. banyak grup blogger boleh naikkan banner di grup masing2
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Ez Buy Kini Dengan JD.com & Mogujie Untuk Lebih Pilihan Bershopping!
program yang sangat baik dan bermanfaat bagi kita semua mudah”an slalu di beri kemudan dalam menjalan kan nya..aminn
Program terbaik!! InsyaAllah dapat tarik lebih ramai untuk amalkan bacaan Quran & semoga istiqamah. We support you.
Hidup dan mati biar bersama al quran sebab kalau kita amalkan surah contohnya al mulk setiap malam, akan jadi peguam kita dalam kubur terhadap malaikat munkar nankir
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!
Anak-anak sejak dari kecil perlu didedahkan dgn Al Quran. Ibu bapa kena main peranan ni. In Sha Allah, ada tips di blog saya berkaitan ni.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..7 Tips Agar Anak Suka Membaca Al-Quran
Jom kita sama2 baca Al quran . Alquran peneman kehidupan . Jom cuba skrg kurangnya satu helai sehari
Curahan rasa Tah @ ..Kurangkan Sakit Senggugut Supaya Tak Perlu Ambil MC Setiap Bulan
Berita macam ini saya sokong untuk di hebahkan sebab membawa kebaikan. Terbaik usaha dan teruskan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Skincare Terbaik Malaysia Yang Paling Berkesan? Ini Cara Ringkas Untuk Buat Pilihan!
Alhamdulillah … mudah mudahan program seperti ini tak tumpu pada satu negeri sahaja … sebaiknya buat di setiap negeri supaya semua dapat manfaat in sha Allah
Curahan rasa homestay putrajaya @ ..Kelebihan tinggal di Palm Homestay Putrajaya
Setuju cadangan program ini perlu di perluaskan, tahun lepas dapat join dekat Masjid Dato Onn JB. Saya harap tahun ini program ini ada di buat di JB lagi..
Alhamdulillah. Usaha yang sangat murni. Semoga Istiqamah dan sentiasa mendapat sambutan yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia khususnya.
Alhamdulillah , usaha yang sangat murni, semoga ramai yang terbuka hati untuk lebih mendalami Al-Quran..
amin amin amin Ya Allah.
Alhamdulillah , usaha yang sangat murni , semoga ramai yang terbuka hijab untuk memahami Al-Quran.
amin amin amin Ya Allah.
alhamdulillah ada juga program program yang ilmiah begini yang boleh menambah ilmu masyarakat…moga admin mendapat barakah…
Comments are closed.