Durian Musang King mana nak dapat

Spread the love

Assalamualaikum dan 1Dunia, durian ini memang feberet aku kalau tak dapat makan sebulan mesti mencari. Durian ini ada macam-macam jenis antaranya durian kampung, durian D24, durian 101, durian udang merah dan paling aku suka durian musang king atau terkenal juga dengan durian raja kunyit.

Durian bukannya ada sepanjang musim jadi kalau teringin nak makan kena pandai cari lokasi jual durian musang king. Antara lokasi feberet makan durian musang king adalah di pasaraya AEON Cheras Utara tapi boleh tahan lah harganya kalau bukan musim boleh mencecah RM80 satu paket.

durian musang king paling sedap

Kalau nak makan durian musang king dalam suasana bandar boleh terjah disebelah KFC Bukit Bintang, kat sini tak kira musim apa memang sentiasa sahaja ada durian musang king. Kalau makan kat sini paling bagus buka terus jadi kalau tak bagus boleh tukar. Rahsia makan durian mahal ini mesti makan di lokasi jualan jangan bawa balik. Kalau nak bawa balik kena siap-siap bawa tapperware.

Kalau nak makan durian seperti suasana restoran boleh makan di gerai durian di SS2 Petaling Jaya. Macam-macam pilihan ada memang pening kepala dibuatnya. Nak sedap makan jangan datang sesorang mesti dengan kawan-kawan baru best. Bukan setakat makan durian musang king boleh minun air kelapa yang memang sedap tu.

sedapnya makan durian musang king

Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut cerita durian musang king bagus klik kisah isteri blogger yang mengidam durian musang king.


Spread the love

118 Comments

  1. pergh..dah mula meleleh air liur dah rasanya bila tengok kekuningan durian ni. tapi first time dengar nama durian musang king. betul ke ada nama ni?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!