Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada saat semua orang enggan memberinya? Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah SAW keturunan? Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami pada saat semua orang membencinya? Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah a-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murabbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.
Aishah R.A merupakan wanita pertama di hati Rasulullah SAW selepas Khadijah R.A. Wanita ini memiliki tujuh kelebihan yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti ‘Imran. Aishah R.A lebih memilih kesederhanaan walaupun seringkali dilimpahkan kekayaan. Dia pernah membahagi-bahagikan 70,000 dirham wang perak padahal pada waktu yang sama dia menampal jahitan pakaiannya.
Siapa pula gerangan wanita tabah yang mekar berbapakan seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah? Wanita ini dengan penuh kecekalan hati mendukung anak dari buaian lalu membawanya menaiki unta. Biarpun tiada sesiapa yang menemani perjalanan panjang yang melelahkan dan berisiko tinggi itu, namun si ibu tekad meneruskan perjalanan untuk menyusuli suaminya demi menyatukan kembali cinta tiga beranak itu di Madinah. Itulah Ummu Salamah. Tokoh wanita agung yang ternukil dalam Siyar A’lam Al-Nubala’ hasil nukilan Imam Al-Zahabi.
Terlalu banyak srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW yang kisah kehidupannya wajar diselusuri untuk diteladani oleh wanita muslimah di zaman ini. Dalam setiap pancaroba yang dilalui, pastinya boleh dikaitkan dengan pengalaman eksklusif para wanita syurga yang diharungi hanya berpaksikan kesetiaan terhadap Allah dan Rasul. Masih ramai yang belum dapat dikenali, inikan pula untuk dihayati.
Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia.
Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai tonggak pemimpin masa hadapan ummah. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat.
‘The Bidadari’ merupakan sebuah festival, ekspo dan bengkel ilmu yang menyasarkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ilmu dan agama. Diadakan buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.
Dua hari yang sarat dengan keilmuan menjanjikan peluang untuk mengetahui dan mengambil ibrah srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW. Di samping itu, Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah mengenai para sahabat hasil didikan Rasulullah SAW melalui perjalanan dakwah, panduan dan kepimpinan yang sentiasa relevan dengan cabaran semasa.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 3,000 orang peserta dijangka hadir ke Konvensyen ‘The Bidadari’ pada kali ini. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com dengan harga tawaran sebanyak RM 100 sehingga 31 Julai 2014. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.
354 Comments
acara yang sangat menarik dapat menambah wawasan kita sebagai muslimin terutama muslimah,
Curahan rasa serumajaib @ ..Cara Pemesanan l’arome di jakarta
Semua yang ada pada diri Rasulullah adalah yang terbaik dan patut menjadi teladan bagi kita
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Hebatnya serikandi di sisi Rasul pilihan Allah ni..walau mampu hidup kaya raya tetapi memilih kesederhanaan. Kalau la dunia kita sekarang ni mengaplikasikan benda yang sama,sudah tentunya tak ramai orang yang menjadi miskin
Curahan rasa nord @ ..Diet Protein Menggemukkan?
Assalamualaikum semua.. hebat hebat latar belakang peribadi setiap isteri Rasulullah Sallallahualaihiwassalam ini.. jadi ikutan wanita muslimah di luar sana
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Adakah Anda Sanggup Memakan Coklat Berbentuk Pelik Ini?
setiap ahli panel yang jemput mempunyai pengalaman dan kekuatan masing-masing ini seronok sebaab tak semua orang berpeluang berjumpa dengan mereka secara live
Curahan rasa suri @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
bila ramai panel berkumpul macam ni, sudah tentu banyak ilmu yang bleh diperolehi.. boleh bertukar pendapat sesama mereka
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Wanita Bertubuh Besar Adalah Seorang Yang Ceria Dan Friendly?
kita seharusnya menjadikan mentor sebagai srikandi dalam kehidupan ini. banyak boleh kita pelajari tinggal lagi kita mampu buat atau tidak sahaja
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
jadi suri tauladan yang baik buat muslimah di luar sana.. tak cantik, tak apa asal elok budi pekertinya.. 🙂
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Adakah Anda Sanggup Memakan Coklat Berbentuk Pelik Ini?
tiga orang wanita yang kaya dengan kesabaran, kekuatan dan keteguhan iman dengan Allah melebihi sayangkan pada diri sendiri dari kejar dunia mereka rela bidadari akhirat sana
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
baru teringat di kelantan ada sebuah pasar yang dinamakan sempena nama salah seorang isteri baginda Rasulullah Sallallahualaihiwassalam yang merupakan seorang peniaga.. Siti Khadijah RA.. cukup sinonim dengan identiti pasar tersebut
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Wanita Bertubuh Besar Adalah Seorang Yang Ceria Dan Friendly?
wanita dan srikandi zaman baginda boleh jadikan kita sebagai panduan untuk menyusur kehidupan. kita boleh jadi seperti mereka dengan mengikut sunah seperti mereka
Curahan rasa suri @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
kalau yang belum berkahwin itu pun masih boleh gekar srikandi jugakan mungkin untuk diri mengabadikan pada Allah dan kepada kedua ibu bapa juga
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
alhamdulillah tidak sangka para artis kita ada juga tersenari di dalamnya sungguh bertuah kerana mereka terpilihkan
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
mungkin berkat dari usaha usrah dikalangan rakan artis yang giat dijalankan akhir akhir ini.. alhamdulillah
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Adakah Anda Sanggup Memakan Coklat Berbentuk Pelik Ini?
lihat pada penyampainya semua hebat belaka kira ini semua majlis ilmu bukan mudha nak jumpa mana-mana tempat awam atau tertutup
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
sesiapa yang berpeluang ke sana memang beruntung.. ambil sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Adakah Anda Sanggup Memakan Coklat Berbentuk Pelik Ini?
Siapa yang menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan jalannya ke Surga
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
program yg sangat bagus memberi manfaat buat pembaca. begitu banyak pengorbanan yang mereka lakukan
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 5
kebanyakan wanita sekarang tidak setabah srikandi wanita zaman dahulu kalau ada tidak banyak dan sukar juga nak jumpaikan
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
tak dapat sertai event ini untunglah pada sesiapa yang mendapat ilmu darinya boleh ceritakan pada rakan dan anak-anak nanti
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
menjadi sesuatu yang terbaik bukan hanya untuk dunia sahaja tapi untuk bekal sana nanti. beruntunglah orang bijak menjadikan diri berharga dalam mengejar pahala dariNYA
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
kalau pelajar kita mesti belajar dengan bersungguh-sungguh macam isteri -isteri baginda perjuangan mereka untuk islam hingga ke akhir hayat mereka
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
setakat ini cuma ada buku agama campur dengan kisah baginda Rasulullah s.a.w sahaja. belum ada buku khas untuk kisah srikandi islam lagi
Curahan rasa suri @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
suka baca cerita pasal serikandi syurga ni,. tersentuh dalam hati. membayangkan perjuangan mereka,. program seperti ni bagus untuk masyarakat. alhamdulillah
Curahan rasa KANVASDAKWAT @ ..WARNA
perjuangan mereka begitu besar. boleh kita jadikan contoh teladan. wanita syurga srikandi mulia
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Magic – Sinetron Astro Ria
untuk para isteri pun molek juga inikan jadikan sebagai impian untuk mengejar indah jannah nanti bersama suami tercinta nanti.amin
Curahan rasa suri @ ..HILANG dan gILA
Jannah adalah impian paling utama kita dengan menjadi istri yang setia dan taat kepada suami
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita yang menyokongnya.. fitrah kehidupan manusia kan..
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Wanita Bertubuh Besar Adalah Seorang Yang Ceria Dan Friendly?
Wanita mulia semoga kita bisa mendapatkannya di dunia dan diakhirat nanti
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Alhamdulillah, saya diberi penghargaan untuk bersama promosikan The Bidadari ni … sgt mengujakan bagi saya, kiranya inilah penghargaan tertinggi buat saya dalam dunia blog … terharu.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Penghargaan Tertinggi Setakat Ini …
rasanya ada terbaca yang wanita syurga srikandi ni dalam blog tuan hasrul suatu ketika dulu. patut la macam pernah dengar nama tu
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Magic – Sinetron Astro Ria
ini bro hasrul cukup kaya dengan ilmu seo dalam entrinya.memang tak syak lagi dialah antara sebahagian ornag kuat dalam program the bidadari ini
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
alhamdulillah satu kejutan dalam tahun ini sebab berikan penghargaan itu.tahniah untuk bro hasrul.
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
bukan sesuatu perkara yang mudah bila ornag telah beri kerpecayaan pada kita dan juga blog.semua ini memang berkat kesabaran dan usaha admin itu sendiri
Curahan rasa suri @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
harapkan suatu hari nanti blog cahayacinta akan beri peluang suatu hari nanti macam belog bro hasrul itu
Curahan rasa suri @ ..HILANG dan gILA
Program yang baik dan boleh menjadi pencetus kepada wanita untu menjadi muslimah terhebat di masa akan datang…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
Rugi siapa yang tak kesempatan hadir ke majlis ilmu ni, saya lihat peserta yang hadir semua seperti ada tekad baru dalam diri … terbaiklah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Penghargaan Tertinggi Setakat Ini …
bila sudah dengar perubahan pelru lakukan dengan segera.kini tak boleh tanggugkan lagi pada tabiat yang lama
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
harapkan untuk anak-anak bakal masa depan akan lebih hargai wanita srikandi islam ini dengan lebih mendalam dan manfatkannya dalam kehidupan
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
Comments are closed.