Wang Kertas RM20 baru

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terbaca pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan mengeluarkan reka bentuk wang kertas dan syiling yang baru secara berkala mengingatkan aku pada lagu Kembara berjudul Duit Duit. BNM akan mengeluarkan reka bentuk baru untuk wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10 dan RM100 serta mengeluarkan kembali wang kertas RM20. BNM juga akan mengeluarkan reka bentuk baru siling untuk denominasi 5sen, 10sen, 20sen dan 50 sen.

Gambar Duit Kertas RM20 yang lama - Sumber Nickasyraf.com

[ad#Adsense234x60]

Reka bentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir masa kini. Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas dan duit syiling siri baru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan secara berkala dalam tempoh 12 bulan. Pengenalan semula wang kertas baru RM20 bakal mengurangkan penggunaan Wang kertas RM10 dan RM50.

Nilai Ringgit juga dijangka akan meningkat berbanding USD untuk tahun-tahun ke depan. Ada baik dan buruknya apabila nilai matawang Ringgit semakin mengukuh berbanding USD. Meningkatan nilai Ringgit adalah akibat daripada menyusutan nilai Dollar yang semakin ketara dan ini sudah pasti memberi daya saing yang lebih positif kepada ekonomi negara. Kalau baca kisah gerakan FREEMASONS mereka sudah keluar dari USA dan ini bermakna ekonomi Amerika akan terus hancur dan tidak akan pulih kembali dan ini bermakna juga nilai USD akan terus merudum. Ini dunia akhir zaman.

[ad#nuffnang336]

20111221-224041.jpg
Gambar Wang Kertas RM20 Baru

Spread the love

77 Comments

    1. salam…

      sekadar meluahkan pendapat…

      memang sesuatu yang baik jika nilai matawang ringgit mengukuh..tapi jika nilai matawang kita menjadi lebih mahal dari matawang dollar US..kemungkinan akan memberikan impak negatif kepada Foreign Direct Investment (FDI) negara kita kerana negara luar perlu spend a lot of money to invest in our country…

      kemungkinan juga hasil eskport kita ke negara luar akan menyusut kerana produk kita telah menjadi terlalu mahal untuk dibeli oleh negara2 yang mempunyai nilai matawang yang rendah…

      saya menyokong penuh saranan Tun Dr Mahathir supaya nilai matawang dunia disandarkan dengan nilai emas…:)

      TQ
      Curahan rasa zainal @ ..How To Speed Up Windows XP PerformanceMy Profile

  1. salam..

    klu diamati dan difikirkan secara logik…

    mungkin tujuan pengeluarannya adalah sebagai satu bentuk peringatan
    kepada hamba rakyat..bahwa malaysia akan melangkah kearah menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020…

    mungkin hendak menunjukkan pada rakyat bahawa kerajaan amat komited untuk menruskan agenda wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir….
    Curahan rasa zainal @ ..How To Speed Up Windows XP PerformanceMy Profile

  2. saya masih ingat duit kertas RM20 yang lama, warna coklat pekat rasanya…dengarnya duit RM20 baru dibuat untuk minimumkan jurang antara RM 10 dan RM 50…
    Curahan rasa azura @ ..Cuti sekolahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!