Wang Bantuan Rakyat RM500 jadi RM5000

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kata-kata seorang Pegawai Kementerian Kewangan dalam rancangan bual bicara di Astro Awani, katanya bagi orang miskin wang Bantuan Rakyat RM500 budget 2012 sangat besar nilainya. Teringat ketika zaman sesak aku dulu ibarat kata orang kais pagi makan pagi kais petang makan petang memanglah setuju dengan kata-kata Pegawai Kementerian Kewangan ni tapi soalnya kalau wang RM500 dibelanjakan sekali shopping kat Giant mesti habis punyalah.

Bukan kah bagus kalau wang Bantuan Rakyat RM500 ini boleh dikembangkan menjadi RM5000 atau mungkin RM50,000. Boleh ke RM500 jadi RM5,000? Kalau boleh memanglah bagus sangat barulah berkembang duit dan berpanjangan duit tu. Rakan Blogger ada ke cadangan bernas untuk membantu mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat menggunakan duit ini dengan cara yang betul.

Cadangan aku  gunakan wang RM500 untuk modal perniagaan antaranya :

1. Modal beli kerepek dan jual di pejabat atau tempat kerja. Kalau untung bersih 20% jadi dengan modal RM500 boleh dapat untung RM100. Pusingan kedua sudah ada modal RM600. Kalau kita boleh buat 5 pusingan dengan pulangan 20% tanpa mengambil keuntungan maka dengan modal RM500 boleh jadi rm1243. Selepas 5 pusingan kita keluarkan 10% untuk belanja rumah dan selebihnya  jadikan modal untuk mengembangkan perniagaan. Perniagaan ini sudah pernah aku lakukan dan memang boleh berjaya yang penting kena buah sifat malu. Jual beli krepek lebih mudah kerana kita tidak perlu beli peralatan hanya perlu beli daripada pembekal dan jual semula.

2. Modal masuk syarikat Multi Level yang terkenal seperti Cosway, Zulian atau sebagainya (jangan masuk syarikat MLM yg tak tahu hujung pangkal). Usaha bersungguh-sungguh ikut sistem dan cara yang betul insya Allah RM500 boleh jadi RM5,000 dalam tempoh 6 bulan. Kalau tak nak buat network boleh jual barang sahaja kerana biasanya ahli MLM akan mendapat harga yang lebih murah daripada pelanggan biasa.

3. Apa pulak cadangan Rakan Blogger untuk RM500 jadi Rm5,000?

Aku tak nampak cara lain untuk menyelesaikan masalah kewangan melainkan dengan cara berniaga. Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada ilmu berniaga dan jangan takut untuk gagal. Semuga cadangan kita dapat membantu semua yang ada masalah kewangan yang berpanjangan.

Jangan lupa juga keluarkan sedikit daripada RM500 infaqkan kepada yang memerlukan kerana sudah janji ALLAH SWT setiap infaq yang ikhlas akan diberi ganjaran dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Buangkan perasaan tidak cukup kerana perasaan itu hanya mainan syaitan yang akan menjerat manusia untuk tidak mendapat rezeki yang lebih banyak.

Hayati Firman ALLAH SWT yang maksudnya : “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.

 

Nota : Kepada yang belum tahu cara tuntut wang Bantuan Rakyat budget 2012 sila lansung ke entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat RM500“.


Spread the love

130 Comments

  1. Setuju!! Yups, memang betul. Berniaga boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan jika berusaha betul-betul dan kena pada caranya.

    Jangan juga dek kerana nak kejarkan keuntungan, macam-macam hal kotor kita buat
    dalam perniagaan macam naikkan harga sukati, timbangan lah, kurang berkat nanti.

    Apapun, biarlahbenda tu mendatangkan faedah~
    Curahan rasa Omar @ ..Pengalaman selepas 2 tahun bersama P1 WimaxMy Profile

  2. saya pun mempunyai pendapat yang sama bahawa perniagaan dapat multiple money tapi jangan merapu udah modal xbalik rugi dapat je.. background pendidikan saya tidak tinggi tapi melalui perjalanan perniagaan dapat la bernafas 🙂 tapi bab2 networking2 nie (MLM) kurang setuju sebab dari 500 nak jadi 5000 lambat sangat nak tambah downline susah 🙂 betulkan saya kalo salah
    Curahan rasa Muhamad Aizat Chik Suliman @ ..Di Maxico : Piramid Bawah Tanah?My Profile

  3. Pndpt nk jdkn RM500 ke RM5000…bagus..tp kalau smua nk buat kerepek,semua nk buat perniagaan MLM…sapa pulak jd pembelinya?..yg pnting duit tu digunakn sbaiknya oleh rakyat…tuk keperluan yg betul2 penting dan berfaedah…

  4. betu tu … kalu nak berniaga kena buat muka tebal, x leh malu tp mesti penuh mesra … oug marah pun kita masih kena senyum! 🙂
    Curahan rasa Acik @ ..Mana Mak?My Profile

  5. Apa pun wang yang diberi harus digunakan sebaik mungkin.Kerana pada pendapat saya ada juga yang menggunakan duit itu untuk benda2 yang x befaedah.

  6. Part MLM tu mmg x setuju..sbb kos utk satu2 brg MLM tu lebeyh murah dari ape yg dijual..disebabkan melalui byk peringkat sebb tu harga di mahal..

    Ibarat jual ikan..dari nelayan ke peraih..peraih ke pemborong..pemborong 1..2..3..sampai peruncit dh berapa level..sbb tu harga mahal..ada parasit yg mkn sikit2..kalo la nelayan jual sama harga cam penjual ikan dipasar..dh kaya raya dh nelayan..
    Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Homestay di LangkawiMy Profile

    1. yela..kalo x silap..knorr ade kuarkan produk kit meniaga nasik ayam hainan…dlm kit tu ade disertakan cd memasak nasik ayam hainan..ade pula bg info psl cara nk serve dan optimum kan penggunaan ayam cm cth..kebiasaan ayam boleh ptg 10-12..dlm video tu ada ajar cara nk ptg ayam smpai 14..kit tu harga die dlm RM20++..ok gk wat modal meniaga..
      Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Homestay di LangkawiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!