Wajarkah Anwar Ibrahim iktiraf Isr4el

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri politik untuk mencari sokongan tetapi entri untuk dibahaskan berdasarkan prinsip sebuah perjuangan yang tiada noktah. Malaysia dan banyak negara di dunia tidak mengiktiraf Isr4el sebagai sebuah kerana telah merampas tanah Palestine sejak berpuluh tahun lalu dan semakin membesar kerana merampas tanah Palestine yang sekangkang kera. Is4el akan menyerang Palestine bila-bila masa bila perlu dan tiada satu kuasa besar pun yang berani menghalang. Atas apa yang berlaku adakah Isr4el mempunyai hak di atas bumi Palestine?

mayat palestine Gaza yang dikeluarkan dari runtuhan

Petikan ulasan DS Anwar Ibrahim dibawah ini diambil dari Malaysiakini bukan dari Utusan Malaysia atau ahli PAKATAN gelar Utusan Meloya yang tidak ada ditokok tambah untuk kita fikir-fikirkan.

Dalam wawancaranya dengan media antarabangsa Wall Street Journal Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Isr4el juga dihormati. Anwar juga berkata, pandangannya sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan “Penyelesaian Dua Negara” Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi,” katanya.

Ayat di atas tidak ubah seperti ayat semua calon Presiden Amerika yang mesti mengampu Is4el untuk menang pilihan raya. Adakah ini bermakna suatu hari nanti Malaysia di bawah pemerintahan DS Anwar Ibrahim seandainya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri akan mengiktiraf Is4el seandainya Isr4el ingin berdamai dengan Palestine setelah mengambil hampir semua bumi Palestine.

Mohd Zulkhairi Ab Aziz komen dalam isu ini di Facebook : Dlm politik atas pentas sebenar/praktikal, mnunjukkan sikap kompromi adlah bjiwa besar dan dihormati…semangat seerah pjanjian hudaibiyyah. Pertanyaan aku adakah Is4el selama sudi berkompromi dengan Palestine dan apa gunanya kompromi sekiranya hampir semua bumi Palestine dirampas oleh Isr4el.

Syaffiq Ubaidillah komen untuk isu ini : hehe. kita amal demokrasi. bukan sistem khalifah atau pun monarki islam. key point sy adalah bentuk pentadbiran sesuatu negara itu. federal constitution adalah undang2 tertinggi di Malaysia. bkn Al-Quran atau hadith. kalau UMNO perintah pun, x mustahil kita akn ad hubungan diplomatik dengan israel kalau mereka berbaik2 dengan Palestin. sama seperti Serbia dan Afrika Selatan. Komen aku demokrasi dan keadilan sejagat tidak boleh mengatasi Al Quran yang telah dengan jelas mengatakan y4hud1 adalah musuh Islam. Kalau UMNO iktiraf Isr4el (Kalau) mungkin tidak pelik kerana sejak dulu lagi pembangkang kata ini parti asabiyah tetapi PKR yang bekerjasama dengan PAS pasti sangat menjunjung perjuangan Islam.

Pandangan peribadi aku tidak wajar mengiktiraf Isr4el dalam apa juga keadaan setelah apa yang mereka lakukan kepada Palestine selama ini. Ini pandangan peribadi aku yang tidak perlu dipersetujui demi menyokong perjuangan Palestine yang berpanjangan yang entahkan bila akan tamatnya.

Sebelum komen sila tonton video ini (maaflah kalau jiwa aku selalu terusik bila menonton dan mana mungkin aku mengiktiraf Isr4el) :


Spread the love

183 Comments

  1. Israel tidak akan dicerobohi oleh mana2 negara lain selagi Amerika dan NATO menyokongnya. DSAI ibarat Obama mencari publisiti murah utk mendapat sokongan drpd org yahudi.

  2. Israel akan terus bermaharajalela di bumi Palestine lagi jika tindakan mereka itu mendapat sokongan daripada seorang yg berbangsa Melayu di bumi Malaysia yg beragama Islam. Menteri Luar Palestine terasa kecewa dgn tindakan salah seorang rakyat Malaysia yg bersuara menyokong negara Isreal atas tindkannya selama ini.

  3. Siapalah kita di mata mereka yg sentiasa menegak benang yang basah, walhal tindakannya itu melampaui batas2 kemanusiaan. Ibarat ikan bilis, bila2 masa saja ditelan sang paus,

  4. Apabila sesuatu tindakan yg melampaui batas kewarasan terlepas drp hukuman akibat tak cukup bukti, maka akan terjadi suatu tindakan yg melebihi boleh terjadi tanpa mempedulikan sensitivitinya.

    1. Sebut saja barangan berkenaan dgn teknologi semestinya bangsa yahudi (Israel) yg mereka ciptanya. Ini bukanlah kerana apa? Ia adalah ketidak majuan bangsa Islam kita sendiri.

  5. Permainan Be End untuk menjatuhkan DSAI, apa kata bro DH entri kan pula pasal Datin Rosmah Mansoq berboros belanja OK ?

  6. jika itu sebatas strategi untuk menyokong pencapaian tujuan kemerdekaan dan kemuliaan negara dan bangsa palestina, tidak mengapa. semua berpulang pada integritas DSAI….

  7. jika itu sebatas strategi untuk menyokong pencapaian tujuan kemerdekaan dan kemuliaan negara dan bangsa palestina, tidak mengapa. semua berpulang pada integritas DSAI….

  8. Kes Israel vs Palestin ni bleh dijadikan contoh paling baik. Kenapa Israel senang nak kuasai & buat sesuka hati kat Palestine bukan sebab sokongan Barat 100%, tapi sebab sama sendiri dia pun tak dpt nak bersatu (Fatah & Hamas).. sebab tu senang ditindas oleh pihak lain. Ini sepatutnya dijadikan pengajaran agar menjaga perpaduan dlm negara kita sendiri. Kita dijajah dulu pun sebab tidak bersatu padu. IMHO
    Curahan rasa shraqs @ ..Tips Sebelum Dan Selepas WordPress Anda Di Hack!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!