Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ustaz Azhar Idrus nama yang tidak perlu diperkenalkan yang sentiasa menjadi buruan pencari-cari ilmu tidak kira muda dan tua. Ustaz Azhar Idrus adalah bukti bagaimana orang biasa boleh menjadi pendakwah tersohor dengan aura tersendiri apabila terpilih mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Terkenal sebagai pendakwah sejuta umat dapat menarik remaja cinta pada Islam.
Terima kasih kepada Imam Masjid Shah Alam, Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki yang telah mempelawa Denaihati bersama beberapa rakan mengiringi beliau ke Majlis Maulidul Rasul Masjid Sultan, Singapore bersama Ustaz Azhar Idrus. Sheikh Abdul Karim ditugaskan untuk azan dan mengimamkan Solat Maghrib dan Isyak. Laungan azan Sheikh Abdul Karim yang menyamai azan bilal Masjidil Haram dan bacaan ayat Al-Quran ketika mengimamkan solat yang menyamai imam Masjidil Haram menambah khusyuk jemaah bersolat.
Ustaz Azhar Idrus naik kepentas berkongsi ilmu selepas solat maghrib mengupas kisah RASULULLAH SAW selama sejam dan kemudian menjawab berbagai soalan daripada Jemaah. Keupayaan Ustaz Azhar menjawab berbagai soalan dengan Nas-Nas Al-Quran dan Hadith serta rujukan daripada ulama-ulama muktabar adalah kelebihan yang menjadi daya tarikan paling hebat yang dapat menarik ratusan ribu jemaah.
Jemaah duduk tidak bergerak walaupun majlis berlansung lebih daripada dua jam mendengar celoteh UAI yang diselang dengan jenaka berilmu. Mengikut Pengerusi Masjid Sultan, Singapore kedatangan Jemaah adalah rekod melebihi 20 ribu melimpah ke jalanraya.
Selepas Majlis Maulidur Rasul, Ustaz Azhar diserbu peminat Singapore yang ingin bersalaman dan bergambar dengan ustaz kesayangan mereka. Ini adalah kali pertama Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu dengan Jemaah Singapore dan pasti bukan yang terakhir.
Kami semua tinggal di hotel yang sama iaitu Hotel Royal Plaza on the Scotts salah satu hotel 5 star yang menyediakan makanan halal di Singapore. Alhamdulillah Ustaz Azhar dan Sheikh Abdul Karim mendapat layan istimewa daripada pengurusan hotel. Kami bersarapan bersama dengan dilayan oleh Pengurus Hotel. Pihak hotel juga menyediakan kek menyambut hari lahir Ustaz Azhar Idrus yang kebetulan baru sahaja lepas pada 12/2/13.
Memang tak pernah termimpi untuk bersama dengan Ustaz Azhar Idrus tapi mungkin doa supaya ALLAH SWT temukan dengan insan soleh termakbul. Denaihati Network sudah mencadangkan program bersama Ustaz Azhar Idrus semuga ALLAH SWT permudahkan.
115 Comments
wah..bestnya dapat jumpa UAI, tidak bosan dengar ceramah ustaz ni tapi kalau berpolitik malas da.
Curahan rasa wainazreen @ ..Bagaimana mengurangkan risiko menghidapi Kencing Manis
wahh..bestnye dapat jumpa UAI.
Curahan rasa wainazreen @ ..Bagaimana mengurangkan risiko menghidapi Kencing Manis
UAI ni memang celotehnya menarik dan berilmu..
Curahan rasa hairulafiz @ ..Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Felda United
Alhamdulillah dapat berkumpul bersama para Ulamak menjayakan majlis Ilmu. Allahu Rabbi
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Tips Dan Petua Berkesan Untuk Mudah Tidur Malam
Beruntung lah mereka..smG Allah SWT merahmati usaha2 kalian
Curahan rasa Noor Aini Samsusah @ ..DSP Pendidikan Islam Ting 1 [tambahbaik mulai Feb2013]
semoga ustaz dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan Islam … in shaa Allah
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Daun Sukun
nampak ustaz ada ciri2 yang diperlukan umat Islam masa kini … mampu berhujah dgn baik dan mampu bergaul dgn sesiapa sahaja …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Daun Sukun
kalau di kira like ustaz dapat dah berjuta kat youtube …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Daun Sukun
semoga ustaz dapat terus istiqamah dalam perjuangan Islam …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Daun Sukun
Keberkahan dan Rahmat Allah senantiasa ada dalam majlis menuntut ilmu
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Agar Produksi ASI Banyak
UAI memang mempunyai aura tersendiri. dimana saja beliau pergi pasti hadirin melimpah ruah..
Curahan rasa sohoque @ ..Header Baru Blog Sohoque.com, Cantik Tak?
Tengkiu sob. Ditunggu kunjungannya kawan2.
Untungnya…
Teringin juga…
Ramai yg hadir majlis ilmu nie..
Terbaik..
Curahan rasa Fazrol @ ..ww – Terlampau memilih!
Emm teringin juga nak mendampingi ustaz azhar ni..hehe..memang pengalaman berharga ni kan?
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Keempat Dari Jobdirumah
Saya baru tahu Ustadz Azhar Idrus 🙂 Terima kasih atas infonya
Curahan rasa Rohmatullah @ ..6 Fakta Unik dan Menarik NOAH
kat mana saja UAI ni ada mesti penuh orang utk dengar ceramah beliau….
Curahan rasa asraff @ ..Si Tanggang Sepak Ibu Kandung Kena Jel 24 Bulan
ok punya… sahrenya penuh isvirasi trim banyakk..
salam kenal
Curahan rasa farid @ ..Obat Herbal Penyakit Klep Jantung
Memang best dengar ceramah dia ni. Kelakar tapi banyak pengisian. Tapi kadang-kadang soalan diberikan sangat kelakar juga..Haha
Curahan rasa Qashmere @ ..Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Tonton Online – Episode 6
Comments are closed.