Ustaz Azhar Idrus di Singapore bersama Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ustaz Azhar Idrus nama yang tidak perlu diperkenalkan yang sentiasa menjadi buruan pencari-cari ilmu tidak kira muda dan tua. Ustaz Azhar Idrus adalah bukti bagaimana orang biasa boleh menjadi pendakwah tersohor dengan aura tersendiri apabila terpilih mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Terkenal sebagai pendakwah sejuta umat dapat menarik remaja cinta pada Islam.

Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki

Terima kasih kepada Imam Masjid Shah Alam, Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki yang telah mempelawa Denaihati bersama beberapa rakan mengiringi beliau ke Majlis Maulidul Rasul Masjid Sultan, Singapore bersama Ustaz Azhar Idrus. Sheikh Abdul Karim ditugaskan untuk azan dan mengimamkan Solat Maghrib dan Isyak. Laungan azan Sheikh Abdul Karim yang menyamai azan bilal Masjidil Haram dan bacaan ayat Al-Quran ketika mengimamkan solat yang menyamai imam Masjidil Haram menambah khusyuk jemaah bersolat.

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus naik kepentas berkongsi ilmu selepas solat maghrib mengupas kisah RASULULLAH SAW selama sejam dan kemudian menjawab berbagai soalan daripada Jemaah. Keupayaan Ustaz Azhar menjawab berbagai soalan dengan Nas-Nas Al-Quran dan Hadith serta rujukan daripada ulama-ulama muktabar adalah kelebihan yang menjadi daya tarikan paling hebat yang dapat menarik ratusan ribu jemaah.

Ustaz Azhar Idrus

Jemaah duduk tidak bergerak walaupun majlis berlansung lebih daripada dua jam mendengar celoteh UAI yang diselang dengan jenaka berilmu. Mengikut Pengerusi Masjid Sultan, Singapore kedatangan Jemaah adalah rekod melebihi 20 ribu melimpah ke jalanraya.

Ustaz Azhar Idrus

Selepas Majlis Maulidur Rasul, Ustaz Azhar diserbu peminat Singapore yang ingin bersalaman dan bergambar dengan ustaz kesayangan mereka. Ini adalah kali pertama Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu dengan Jemaah Singapore dan pasti bukan yang terakhir.

Ustaz Azhar Idrus

Kami semua tinggal di hotel yang sama iaitu Hotel Royal Plaza on the Scotts salah satu hotel 5 star yang menyediakan makanan halal di Singapore. Alhamdulillah Ustaz Azhar dan Sheikh Abdul Karim mendapat layan istimewa daripada pengurusan hotel. Kami bersarapan bersama dengan dilayan oleh Pengurus Hotel. Pihak hotel juga menyediakan kek menyambut hari lahir Ustaz Azhar Idrus yang kebetulan baru sahaja lepas pada 12/2/13.

Ustaz Azhar Idrus

Memang tak pernah termimpi untuk bersama dengan Ustaz Azhar Idrus tapi mungkin doa supaya ALLAH SWT temukan dengan insan soleh termakbul. Denaihati Network sudah mencadangkan program bersama Ustaz Azhar Idrus semuga ALLAH SWT permudahkan.


Spread the love

115 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!