Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ustaz Azhar Idrus nama yang tidak perlu diperkenalkan yang sentiasa menjadi buruan pencari-cari ilmu tidak kira muda dan tua. Ustaz Azhar Idrus adalah bukti bagaimana orang biasa boleh menjadi pendakwah tersohor dengan aura tersendiri apabila terpilih mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Terkenal sebagai pendakwah sejuta umat dapat menarik remaja cinta pada Islam.
Terima kasih kepada Imam Masjid Shah Alam, Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki yang telah mempelawa Denaihati bersama beberapa rakan mengiringi beliau ke Majlis Maulidul Rasul Masjid Sultan, Singapore bersama Ustaz Azhar Idrus. Sheikh Abdul Karim ditugaskan untuk azan dan mengimamkan Solat Maghrib dan Isyak. Laungan azan Sheikh Abdul Karim yang menyamai azan bilal Masjidil Haram dan bacaan ayat Al-Quran ketika mengimamkan solat yang menyamai imam Masjidil Haram menambah khusyuk jemaah bersolat.
Ustaz Azhar Idrus naik kepentas berkongsi ilmu selepas solat maghrib mengupas kisah RASULULLAH SAW selama sejam dan kemudian menjawab berbagai soalan daripada Jemaah. Keupayaan Ustaz Azhar menjawab berbagai soalan dengan Nas-Nas Al-Quran dan Hadith serta rujukan daripada ulama-ulama muktabar adalah kelebihan yang menjadi daya tarikan paling hebat yang dapat menarik ratusan ribu jemaah.
Jemaah duduk tidak bergerak walaupun majlis berlansung lebih daripada dua jam mendengar celoteh UAI yang diselang dengan jenaka berilmu. Mengikut Pengerusi Masjid Sultan, Singapore kedatangan Jemaah adalah rekod melebihi 20 ribu melimpah ke jalanraya.
Selepas Majlis Maulidur Rasul, Ustaz Azhar diserbu peminat Singapore yang ingin bersalaman dan bergambar dengan ustaz kesayangan mereka. Ini adalah kali pertama Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu dengan Jemaah Singapore dan pasti bukan yang terakhir.
Kami semua tinggal di hotel yang sama iaitu Hotel Royal Plaza on the Scotts salah satu hotel 5 star yang menyediakan makanan halal di Singapore. Alhamdulillah Ustaz Azhar dan Sheikh Abdul Karim mendapat layan istimewa daripada pengurusan hotel. Kami bersarapan bersama dengan dilayan oleh Pengurus Hotel. Pihak hotel juga menyediakan kek menyambut hari lahir Ustaz Azhar Idrus yang kebetulan baru sahaja lepas pada 12/2/13.
Memang tak pernah termimpi untuk bersama dengan Ustaz Azhar Idrus tapi mungkin doa supaya ALLAH SWT temukan dengan insan soleh termakbul. Denaihati Network sudah mencadangkan program bersama Ustaz Azhar Idrus semuga ALLAH SWT permudahkan.
115 Comments
orang mudah tertarik dengan pendekatan dakwah yang lebih mesra berjenaka..
menarik acaranya,,,semoga kedepannya juga berjalan dengan baik
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen Herbalife Gresik
ulama alangkah baiknya jangan berurusan dgn politik, ketika dakwah akan sebagian besar orang berfikiran negatif
Curahan rasa adesunandar @ ..Agen herbalife Makassar
mesti bangga dapat bersama ustaz
– Admins Blog 3 Dalam 1
Jom baca Artikel Terkini: Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela – Gossip Selebriti Malaysia
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/02/fizz-fairuz-bohong-saya-bukan-isteri.html
Curahan rasa Blog 3 Dalam 1 @ ..Punca Wanita Terjun Bunuh Diri Di Berjaya Times Square – Gambar Ngeri
ulama’-ulama’ besar berkumpul menjadi satu, salut nich.. semangat berjihad melalui dakwah…
Curahan rasa kursi makan minimalis @ ..Kursi Tamu Minimalis Baygon
Pasti Bro DH yang ngambil gambar, sehingga tidak nampak di gambar diatas
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Vania Larissa, Miss Indonesia 2013
saya cuma tak sukakan beliau dalam konteks politik…keterlibatan ilmuan dan pendakwah dalam konteks politik akan menyebabkan perpecahan yang lebih teruk…
tindakan beliau membeza-bezakan manusia lain berasaskan kepada sokongan kepada parti politik tertentu adalah salah satu sebab saya tidak sukakan beliau…
Curahan rasa Pendekar @ ..7 Jam Perjalanan Kuala Terengganu – Kuala Lumpur
selagi mana beliau melakukan sikap seperti ini dalam kembara dakwahnya…sama seperti kisah dia menerakakan manusia lain yang tidak pakai tudung… selagi itulah saya tidak akan pernah menyokong beliau…
Curahan rasa Pendekar @ ..7 Jam Perjalanan Kuala Terengganu – Kuala Lumpur
mungkin saja orang lain mempunyai pendirian yang berlainan dari saya… tetapi itulah pegangan saya… sikap ulamak tidak dihormati dengan banyaknya ilmu yang di sebar…tetapi sedalam apa ilmu itu di amal…
Curahan rasa Pendekar @ ..7 Jam Perjalanan Kuala Terengganu – Kuala Lumpur
perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam adalah akibat perdebatan para ulamak dan ilmuan untuk memenangkan diri mereka dalam segala aspek ilmu… untuk mendapat sanjung tinggi dari masyarakat…nama…pangkat….
Curahan rasa Pendekar @ ..7 Jam Perjalanan Kuala Terengganu – Kuala Lumpur
selagi mana ulamak tidak hentinya berbalah…selagi itulah perpecahan di kalangan umat Islam tidak akan pernah bisa di ubah…
Curahan rasa Pendekar @ ..7 Jam Perjalanan Kuala Terengganu – Kuala Lumpur
Ustaz azhar idrus mmg ada aura tersendiri…
Curahan rasa Petua Puteri @ ..Cara Memilih Jamu & Ubat Agar Tidak Memudaratkan Diri
UAI terbaik..semoga hebat program bersama UAI nanti..
Curahan rasa BUNDA @ ..Hadiah Terakhir Untuk Ibu…
belum pernah dengar life ceramah beliau..UAI terbaik, tak membosankan..
Curahan rasa nora @ ..Bapa Beralih Angin..
belum lagi berpeluang bersemuka dengan UAI…
Curahan rasa yangbaik @ ..Menahan bicara ketika bahaya
beliau memang terbaiklah. semoga apa yg dirancang berjalan lancar
Curahan rasa hairulafiz @ ..Keretaku sudah siap dibaiki
semoga program bersama UAI termakbul, amin. mesti hebat nanti.
Curahan rasa Amirez @ ..Pandangan Permai di Tanjung Dawai, Kedah
Jangan lupa ajak gua Bro kalau ada program dengan UAI ni lagi.
Curahan rasa abangensem @ ..Jejai – Damailah Kau Di Sana
pehh best giler tu dapat jadi pengiring UAI
Curahan rasa kak baery @ ..TUDUNG LAPIK DAGU – LYCRA DOP DYE CUSTOM MADE
Comments are closed.