Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
pelbagai jenis perniagaan daripada ramai usahawan yang telah lahir di negara kita mahupun di dunia. Daripada sekecil-kecil bisnis di rumah secara sambilan sehinggakan sebesar-besar gudang yang mempunyai ribuan pekerja secara tetap.
Kita sering melihat pelbagai ekspo dan tapak pameran di mana cukup ramai peniaga yang berniaga di tapak jualan. Daripada jenis barangan kering mahu pun basah hatta haiwan ternakan pun ada dijual mencari pembeli yang selalunya ramai hadir.
Namun demikian dengan arus kemodenan zaman ini, teknologi tidak dapat dipisahkan. Ramai berpendapat jika menggunakan perniagaan konvensional dan online, platform online boleh meraih untung yang berlipat ganda. Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran.
Permintaan tinggi di luar negara
Seperti contoh usahawan seni ukir di Kangar, Perlis yang mengusahakan seni ukir. Bakat mengukir yang ada dipelajari turun temurun, diterjemahkan kepada sesuatu yang memberikan hasil di atas permintaan ramai. Sarung parang dan keris sering menjadi buruan peminatnya dan bukan juga mudah untuk menghasilkannya kerana memerlukan ketelitian dan kesungguhan dalam menyiapkan sesuatu ukiran.
Selain ukiran sarung parang, rantai kunci dan juga hiasan dinding juga mendapat tempat di hati pembeli. Usahawan seni ukir ini ingin meluaskan pasarannya ke luar negara kerana dimaklumkan peminat dan permintaan juga tinggi dengan harga yang berbaloi. Jesteru tanpa melengahkan masa lagi mendaftar program eUsahawan yang sentiasa membuka peluang dan ruang kepada yang ingin menjana duit secara digital.
Ingin eksport Pekasam ke luar negara
Di dalam program eUsahawan, para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Begitu juga anak muda yang berasal daripada Kuala Nerang, Mohd Nabil yang minat berniaga bersama rakannya sering ke ekspo, tapak pameran dan juga penghantaran ke kedai-kedai. Pekasam menjadi tarikan dan permintaan juga sama ada persendirian atau restoran.
Harga yang dijual pun amat berpatutan seperti pekasam ikan sepat, ikan lampan dan ikan gelama. Ada juga permintaan terhadap pekasam ayam dan pekasam daging.
Selain sebaran pemasaran secara offline, hebahan secara online juga membantu peniaga-peniaga ini contohnya dengan mengumumkan lokasi tapak jualan dari masa ke semasa. Menurut Encik Zul selaku pemilik gerai pekasam ini, beliau memang tertarik dengan progam eUsahawan yang membantu peniaga-peniaga melebarkan sayap perniagaan secara digital.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Bagi yang ingin menyertai program ini, boleh terus dapatkan informasi dan daftar di eUsahawan.
59 Comments
Kalau pakcik yang jual cencalok pun dah boleh ke luar negara, apa tidaknya pekasam ye tak?
Cuma macam biasa, zaman visual sekarang, packaging no 1.
Curahan rasa Suri @ ..Kurung Moden Songket Sale – 38% OFF
Sekarang jual budu dengan beberapa jenis makanan kering pun sudah dipasarkan ke luar negara, satu perkembangan bisnes yang sihat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sewa Beli Kereta Proton Untuk Pemandu Uber
industri kecil dan sederhana patut diberi pendedahan pada keusahawanan digital. tak boleh guna satu platform shj
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia
Selamat berjaya kepada usahawan ni. alang alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Hehe
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Khasiat vivix untuk kanser? Makanan anti barah FAKTA atau AUTA!
Sayangnya seni ukir manual saat ini mulai terlibas oleh mesin ukir kayu modern
Seni ukir rasanya semakin dilupakan.. Usaha yang bagus dari usahawan untuk kekal dan naikkan nama seni ukir di persada dunia..
Pekasam dengar2 sedap tapi sampai sekarang belum pernah makan
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
seni ukir ni sebenarnya boleh pergi jauh.. design kena kreatif dan promosi meti mantap
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia
keren dan bagus seni ukirannya..moga makin berjaya saja bisnisnya..amiin
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat herbal Ginjal ampuh dan jitu
seni ukir memang sangat unik dia adalah heritage dari leluhur yang memang layak untuk diekspor sampai keluar negeri
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Botok Jamur
yup..ukiran merupakan salah satu niche yang sangat power kt Ebay..kalau dapat bulk order tu memang lumayan
Curahan rasa reezluv @ ..Laksa Sedap Di Ipoh
betul jugak.. macam macam ada kat ebay tu.. dah la keuntungan dalam mata wang usd
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia
ikan pekasan pernah rasa tapi tak sedap tak kene dengan lidah.. Tapi daging pekasam pergh sodap bang.
Meamang untunglah mereka yang menggunakan platform pemasaran yang terkini dan boleh melangkaui seluruh dunia jika kena caranya.
Curahan rasa Azman @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred M41 LHDN
Ukiran kayu memang mahal, tapi kalau diukir dengan kayu yang ada gaharu, lagi la mahal harganya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sewa Beli Kereta Proton Untuk Pemandu Uber
kalau di ikutkan ramai saja yang pandai mengukir kayu. Tapi kehalusan tu yang jadi pembeza
antara pakar sebenar atau pakar celup
Curahan rasa Mama Hakim @ ..12 Tips bina rumah banglo dari Kontraktor supaya berkualiti: Site Visit Di Klang
Sedapnya pekasam, ada juga pekasam daging kan. Hari2 nampak lalu di newfeed facebook dan instagram 😊
Curahan rasa Nur Razali @ ..Cabaran Utama Kesihatan Semasa Hamil Yang Anda Perlu Tahu
memang suka makan ikan pekasam.
bab ukir ni, antara seni yang bakal hilang.
semoga seni ni tak hilang sebab dah ramai orang tak reti nak mengukir zaman sekarang nih.
Curahan rasa titan @ ..Buat Duit dengan ShushiVid
Kita seharusnya terus memberi sokongan moral dan mental kepada mereka kerana mereka ia tak lapuk dek zaman moden masa kini.
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Mak Surirumah, Ayah Kena Strok. Apa Yang Pelajar Ni Buat Untuk Sambung Belajar
Jangan tak percaya pekasam pun boleh sampai dieksport keluar negara.
Walaupun dulu-dulu ia hanya sebagai jenaka.
Curahan rasa onlajer @ ..Sehari bersama Legoland 5th Brick-versary
Comments are closed.