Usahawan Melayu jahil Trademark dan Paten

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku mengikuti perkembangan kisah paten tudung Fareeda yang hangat diperkatakan di sosial media. Isu ini timbul setelah serbuan dan rampasan dibuat kerana ada yang meniru tudung model “Fareeda Aisya” dan “Fareeda Mariya”. Sebagai seorang usahawan kecilan aku melihat dari sudut berbeza dengan menyokong tindakan yang dilakukan oleh syarikat Fareeda Resources.

Aku tahu ramai yang mencemuh Fareedah dan Mawar termasuk di kalangan blogger. Mungkin yang mencemuh ini kurang faham perjalanan sesebuah bisnis dan ada juga yang suka ikut-ikut. Orang kutuk kita pun menumpang kutuk.

gambar_tudung_fareeda_mariya

Kartunis Ujang hilang jenama

Aku nak bawa satu kisah. Dulu ada seorang kartunis bernama Ujang sangat popular di majalah humor Gila-Gila. Jenama “UJANG” sangat popular sehingga beliau bersama seoarang rakan kongsi telah membuat majalah humor sendiri bernama “UJANG”. Kesilapan kartunis Ujang apabila beliau tidak trademark nama “Ujang” yang akhirnya di trademark oleh orang lain. Kartunis Ujang telah disingkir dari syarikat penerbitan majalah humor Ujang. Kartunis Ujang berjuang untuk mendapat semula jenama “Ujang” naik turun makamah tetapi gagal sehingga khabarnya dia muflis papa kedana. Hari ini kartunis Ujang entah dimana tetapi majalah humor Ujang masih ada di pasaran tetapi hak orang lain.

Baru-baru ini seorang pengusaha kosmestik yang terkenal di Malaysia terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membeli semuala jenama mereka yang telah di trademark oleh orang lain kerana kelalaian tidak trademark jenama mereka. Ini antara sebahagian beribu kisah kejahilan usahawan Melayu yang terlupa untuk trademark dan paten jenama dan produk mereka.

Buku Denaihati

Kepentingan trademark dan paten

Di peringkat dunia kita sudah biasa melihat persaingan paten antara Samsung dan Apple sehingga terpaksa membayar saman berjuta dollar. Paten produk dari sekecil produk hingga sebesar produk telah menjadi amalan perniaga luar negara untuk melindungi hak intelektual. Jadi apasalahnya Fareeda mempatenkan tudung rekaan mereka. Tak kisahlah bagaimana model tudung mereka dari sudut perniagaan mereka ada hak untuk mempatenkan hasil kerja mereka. Usahawan Melayu lain juga mesti mencontohi mereka walaupun anda hanya perniaga kecil tepi jalan.

gambar_tudung_fareeda_aisya

Bayangkan jika esok tiba-tiba Blogger Hasrulhassan.com, Amanz.my, Beautifulnara.com dan mungkin anda disaman oleh seseorang yang telah mendaftar hak trademark nama blog anda. Dalam dunia bisnis semua boleh berlaku apabila nama dan produk tertentu mempunyai nilai yang sangat mahal. Jadi langkah Fareeda mempatenkan produk mereka adalah langkah yang tepat dan betul. Begitu juga hak aku trademark jenama “DENAIHATI” sebelum orang lain mengambil kesempatan. 2014001954 adalah no Trademark “DENAIHATI”. Anda bila lagi jangan dah terkena baru nak menangis. Inshaa Allah dalam entri yang lain aku akan kongsikan cara daftar trademark jenama kesayangan kita.

[box type=”shadow”]Kita doakan dengan kasih sayang pada mereka yang belum menutup aurat dengan sempurna atau pada yg belum menutup langsung..bukan senang kerja dakwah ni. Pada yg sudah sempurna pohonlah agar sentiasa istiqamah..siapalah kita kalau tidak dipilih Allah swt..suami perlu ambil peranan agar isteri terdidik dengan mendidik diri menjadi pemimpin yg boleh isterinya dengar cakap. Alangkah indahnya jika semuanya faham – Blogger Ustazah Noor Aini Samsusah 

Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!
[/box]

Cuma sedih sangat bila melihat orang Melayu rancak menghina bangsa sendiri yang berjaya dalam perniagaan. Melayu menguasai ekonomi Malaysia tak sampai pun 20% jadi suka sangat kah kita apabila usahawan Melayu yang berjaya seperti Fareeda jatuh melingkup. Bukankah lebih baik kita tegur secara berhemah sehingga mereka boleh perbaiki untuk menjadi usahawan yang lebih patuh syariat. Jasa mereka sangat besar kerana dapat memayung beribu-ribu usahawa kecil di bawah mereka. Kita yang mengutuk ini sudah banyak ke membantu ekonomi orang Melayu?


Spread the love

178 Comments

  1. patent, trademark, Industrial Design, Copyright semua dibawah Industrial Property Right IPR. Patent bukan suatu yg senang nak dapat.. kena ada novelty atau keaslian ada innovative.. kena apply dan kalau ada novelty baru dapat patent pending ada file no… lepas 4-5 tahun baru boleh dapat patent number…

    didalam website myipo, fareeda ada memohon ID keatas produk mereka.. tp tiada jumpa patent… blogger boleh betulkan statement diatas…

  2. kes ni ada positif dan ada negatif…
    Kita ambil yang POSITIF je dulu ;

    1. Trademark atau patern ni penting untuk usahawan yang baut satu benda yang lain terutama designer dan engineer. Jika kita tak paternkan product kita maka akan ada peniru. Kalau meniru hanya takat meniru takpa tapi kadang2 dia claim itu adalah patern asal lepas tu bawak nama buruk pada patern asal. Kalau setakat tiru design ada sikit kemaafan tapi kalau tiru one set (termasuk nama,tagging,pakej) tu melampau.

    2. Dalam hal yang lain, barangan tiruan adalah satu marketing untuk patern asli secara tak langsung. Mungkin pada awal orang tu blom cukup mampu untuk beli patern asli. Tapi lepas pakai yang tiruan so dia akan berfikiran patern asli tu adalah lebih baik. Mungkin dia akan kumpul duit untuk beli yang asli selepas tu ataupun tetiba dia ada rezeki jadi kaya dia akan mencuba yang asli. Terus terang saya seorang penjual pakaian. Saya import barangan dai UK (authentic) dan China (tiruan). Customer saya most of them middle class yang hanya mampu beli barangan middle range. Pada awal diorang cuma beli barangan china tapi selepas beberapa kali beli diorang dah mula bertanya harga barangan UK dan at last beli yang authentic.

    Ni just pendapat dan pandangan saya orang biasa dan penjual. Tak boleh nak cakap lebih sebab saya belom ada procuk sendiri. Mungkin3 bulan depan akan keluar produk sendiri InsyAllah dan time tu baru boleh saya bercerita pasal pentingnya patern ni 🙂
    Curahan rasa Bean Moreno @ ..Akaun Maybank Dibekukan. Kenapa Dan Apa Nak Kena Buat?My Profile

  3. Pingback: Salah Siapa?
  4. Melayu dgn iri hati, dengki, malas n sentiasa pilih jalan selamat berpisah tiada. Bg yg membuat perniagaan ramai yg paham mengenai menjaga hak intelektual ni. Bukan mudah kita nak cari idea n lebih2 lagi nak hasilkan seseatu produk. Lagi susah nak memasarkan produk tu supaya dpt diterima ramai. Denaihati pun berapa lama ia dibangunkan untuk mencapau tahap hari ni.

    Jadi sangat tak boleh kalau org lain ambil kesempatan kaut keuntungan hasil penat lelah org lain. Lagi2 kalau yg berkaitan idea dan konsep. Mahal harganya
    Curahan rasa Mohd rasul abu hanipah @ ..The Top 10 Most Tourist Attractions in JapanMy Profile

  5. Memang tidak dinafikan bahawa ramai yang mula rasa iri hati dengan kejayaan syarikat melayu ini. Ramai juga yang pelik dengan kerenah orang yang sanggup beratur panjang, bermalam dan beratur sepanjang mungkin untuk mendapatkan produk terkemuka ini. Mengapa perlu kita berasa irihati atau marah..Sepatutnya kita rasa bangga dengan kejayaan anak melayu yang mana akan membantu orang melayu.

    Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa jenama Fareeda ini asalnya dari Pulau Pinang. Syarikat ini telah banyak melakukan kebajikan dengan memberi sumbangan kain baju sekolah di sekolah tahfiz. Itu antara sumbangan yang orang tidak ketahui.

    Bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi untuk berkongsi pendapat.
    Curahan rasa mohd yazed @ ..Wordless WednesdayMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!