Usahawan Melayu jahil Trademark dan Paten

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku mengikuti perkembangan kisah paten tudung Fareeda yang hangat diperkatakan di sosial media. Isu ini timbul setelah serbuan dan rampasan dibuat kerana ada yang meniru tudung model “Fareeda Aisya” dan “Fareeda Mariya”. Sebagai seorang usahawan kecilan aku melihat dari sudut berbeza dengan menyokong tindakan yang dilakukan oleh syarikat Fareeda Resources.

Aku tahu ramai yang mencemuh Fareedah dan Mawar termasuk di kalangan blogger. Mungkin yang mencemuh ini kurang faham perjalanan sesebuah bisnis dan ada juga yang suka ikut-ikut. Orang kutuk kita pun menumpang kutuk.

gambar_tudung_fareeda_mariya

Kartunis Ujang hilang jenama

Aku nak bawa satu kisah. Dulu ada seorang kartunis bernama Ujang sangat popular di majalah humor Gila-Gila. Jenama “UJANG” sangat popular sehingga beliau bersama seoarang rakan kongsi telah membuat majalah humor sendiri bernama “UJANG”. Kesilapan kartunis Ujang apabila beliau tidak trademark nama “Ujang” yang akhirnya di trademark oleh orang lain. Kartunis Ujang telah disingkir dari syarikat penerbitan majalah humor Ujang. Kartunis Ujang berjuang untuk mendapat semula jenama “Ujang” naik turun makamah tetapi gagal sehingga khabarnya dia muflis papa kedana. Hari ini kartunis Ujang entah dimana tetapi majalah humor Ujang masih ada di pasaran tetapi hak orang lain.

Baru-baru ini seorang pengusaha kosmestik yang terkenal di Malaysia terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membeli semuala jenama mereka yang telah di trademark oleh orang lain kerana kelalaian tidak trademark jenama mereka. Ini antara sebahagian beribu kisah kejahilan usahawan Melayu yang terlupa untuk trademark dan paten jenama dan produk mereka.

Buku Denaihati

Kepentingan trademark dan paten

Di peringkat dunia kita sudah biasa melihat persaingan paten antara Samsung dan Apple sehingga terpaksa membayar saman berjuta dollar. Paten produk dari sekecil produk hingga sebesar produk telah menjadi amalan perniaga luar negara untuk melindungi hak intelektual. Jadi apasalahnya Fareeda mempatenkan tudung rekaan mereka. Tak kisahlah bagaimana model tudung mereka dari sudut perniagaan mereka ada hak untuk mempatenkan hasil kerja mereka. Usahawan Melayu lain juga mesti mencontohi mereka walaupun anda hanya perniaga kecil tepi jalan.

gambar_tudung_fareeda_aisya

Bayangkan jika esok tiba-tiba Blogger Hasrulhassan.com, Amanz.my, Beautifulnara.com dan mungkin anda disaman oleh seseorang yang telah mendaftar hak trademark nama blog anda. Dalam dunia bisnis semua boleh berlaku apabila nama dan produk tertentu mempunyai nilai yang sangat mahal. Jadi langkah Fareeda mempatenkan produk mereka adalah langkah yang tepat dan betul. Begitu juga hak aku trademark jenama “DENAIHATI” sebelum orang lain mengambil kesempatan. 2014001954 adalah no Trademark “DENAIHATI”. Anda bila lagi jangan dah terkena baru nak menangis. Inshaa Allah dalam entri yang lain aku akan kongsikan cara daftar trademark jenama kesayangan kita.

[box type=”shadow”]Kita doakan dengan kasih sayang pada mereka yang belum menutup aurat dengan sempurna atau pada yg belum menutup langsung..bukan senang kerja dakwah ni. Pada yg sudah sempurna pohonlah agar sentiasa istiqamah..siapalah kita kalau tidak dipilih Allah swt..suami perlu ambil peranan agar isteri terdidik dengan mendidik diri menjadi pemimpin yg boleh isterinya dengar cakap. Alangkah indahnya jika semuanya faham – Blogger Ustazah Noor Aini Samsusah 

Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!
[/box]

Cuma sedih sangat bila melihat orang Melayu rancak menghina bangsa sendiri yang berjaya dalam perniagaan. Melayu menguasai ekonomi Malaysia tak sampai pun 20% jadi suka sangat kah kita apabila usahawan Melayu yang berjaya seperti Fareeda jatuh melingkup. Bukankah lebih baik kita tegur secara berhemah sehingga mereka boleh perbaiki untuk menjadi usahawan yang lebih patuh syariat. Jasa mereka sangat besar kerana dapat memayung beribu-ribu usahawa kecil di bawah mereka. Kita yang mengutuk ini sudah banyak ke membantu ekonomi orang Melayu?


Spread the love

178 Comments

  1. kalau dalam perniagaan tu memang hak cipta atau paten ni memang perlu ada..macam tu jugak dalam industri prfileman.ada hak cipta..tapi bg isu ni..tak blh nak komen banyak la..kena ada bukti2 dlu baru la blh orang nak komen.Kalau nak ikot wajar dgn tak wajar tu..kita tunggu dan lihat jela..mcm2 skrg ni orang bercerita dan tokok tambah…tapi ape2 pun..tak mampu den nak beli tudung paridah ni….hihihi
    Curahan rasa Diyanahani @ ..Artis Ke Kau????My Profile

  2. Setuju sangat dengan apa yang tuan sampaikan. Paling setuju dan tersentak sentap sikit pada part yang last sekali “Kita yang mengutuk ini sudah banyak ke membantu ekonomi orang Melayu?”. Kenapa kita tak sokong dan bersikap positif dengan bangsa sendiri kan? Cuba tengok bangsa paling kaya Negara kita, apa yang diorang buat dan amalkan dalam berbisnes? Jaga kualiti, hati customer dan jangan dengki2. Cth: 1 kedai ni takde gula, apek tu boleh suruh beli kedai sebelah padahal sama2 niaga runcit.

    p/s: reminder to me self.
    Curahan rasa ciknadz @ ..Do u wanna be my chammak callo?My Profile

  3. Ya saya setuju perihal hak paten. Tapi sampai sekarang Fareeda tidak mengemukakan hitam putih paten yang dia daftarkan. Jadi macam mana tu?

  4. Kita setuju part trade mark ni. Nampak tak penting tapi kalau kita seorang usahawan, memang penting. Kalau produk tu tak popular ok, tapi bila dah popular memang akan persaingan. So kena hati-hati. Kisah ujang tu memang kesiankan…moga dia akan dapat hak dia one day..
    Curahan rasa Raudzah @ ..Fenomena Bulan DarahMy Profile

  5. Suka bab kisah Ujang tu… baru tau kisah tu selepas baca entri nie….
    Nampak cam kena trademark jugak blog aku nie…walaupun xde isi lagi ni… hahaha
    Curahan rasa Mohd Ilham @ ..Hello world!My Profile

  6. kadang2 perkataan yang digunakan boleh menyayatkan hati orang lain… yg jadi kecohnya bila ada ayat “kalau tak mampu tak payah berfesyen…” jadi kenalah berhati2 bila keluar kan statement. Apa2 pun dlm suasana sekarang trade mark @ paten memang penting untuk mengelakkan kerugian.
    Curahan rasa KelipKelip @ ..4 Tips Buat Duit Dengan Program AffiliateMy Profile

  7. Mmg pahit nk terima tp ak sedar bfesyen ikut kemampuan… ak gji xsmpai 5k.. jadi ak kne bjimat n elakkan pmbaziran dlm bfesyen. Korang jgn la xsedar dri.. bunyi angkuh ke? X itu kesedaran dri elak bhutang

  8. Salam.

    Saya pernah terbaca kisah trademark dan paten ni di blog kartunis ubi. Antara karya beliau adalah Budak Hostel dan Aku, Dia, Dan Volkswagen. Beliau juga menceritakan masalah yang sama antara Ujang dan MOY Publications.

    Saya pun bersetuju dengan Fareeda sebab bukan mudah untuk memerah otak memikirkan rekaan terbaru. Tau2 dah siap je orang ramai plagiat hasil mereka. Dah la target mereka untuk pasaran high-end punya tudung. Terus spoil market mereka.

  9. kenapa orang melayu suka sangat kianat sesama sendiri bila nampak orang lain maju sikit mula la nak jumpa bomoh la apa la . sampai bila orang melayu hendak duduk di takut lama dan sampai bila asik nak wat keja syirik dan terkutuk sanggup menduakan allah . ntah la duania dah jadi macam dulu balik pemainan ilmu hitam making menjadi – jadi balik . yang herannya solat tak penah tinggal apa ntah lagi haji dan umrah tapi bila kedai orang lain maju sikit mula la nak jumpa bomoh tutup rezeki orang wat macam – macam . insaf la wahai orang islam jangan la jadi melayu lagi jadi la orang islam yang sebenar .

  10. Bukan masalah paten, Tapi masalah statement dangkal dia “Kalau tak mampu, tak payah berfesyen” kahkahkah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!